Page 4 of 4 FirstFirst ... 234
Results 46 to 49 of 49

Thread: koleksi pemandangan dan panorama yg tak seberapa

  1. #46

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Re: koleksi pemandangan dan panorama yg tak seberapa


    Foto ini saya rakam di Batu Feringgi Pulau Pinang bersama keluarga sewaktu cuti sekolah pada 15/16-12-2012.
    Masa foto ini dirakam sekitar pukul 2.30petang menggunakan filter murahan berjenama "Tianya nd8". Keburukan filter ini ialah ianya mempunyai color cast magenta/merah yang sangat kuat tetapi saya dapat kurangkan dengan menetapkan wb fluorescent didalam kamera dan didalam sofware canon dpp sebelum tonemaping dalam photomatix.
    3 exposure | iso100 | f29 | 17mm | 500d | tamron 17-50mm
    Last edited by airsejuk; 20th December 2012 at 11:42 PM.

  2. #47

    Join Date
    Dec 2012
    Posts
    9

    Re: koleksi pemandangan dan panorama yg tak seberapa

    saya suka tgk photo photo saudara .... sebenarnya bukan photo saudara je sy suka..tp mana mana photo yg wt kita tertanya tanya ''knp aku tak nmpak keindahan tempat ini sama seperti aku tgk photo ni''.

    sy harap dapat menghasilkan sesuatu seperti ini suatu masa nanti....

  3. #48

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Re: koleksi pemandangan dan panorama yg tak seberapa

    Quote Originally Posted by juju46 View Post
    saya suka tgk photo photo saudara .... sebenarnya bukan photo saudara je sy suka..tp mana mana photo yg wt kita tertanya tanya ''knp aku tak nmpak keindahan tempat ini sama seperti aku tgk photo ni''.

    sy harap dapat menghasilkan sesuatu seperti ini suatu masa nanti....
    Boleh ajer kalau nak. Tiada yg mustahil utk lakukan! Koleksi gambar saya ni pun hanya pelengkap kepada proses pembelajaran. Sekarang ni saya tengok ramai yg beli dslr, tapi malas nak belajar dan akhirnya tak sampai 3 bulan dah upgrade atau jual.

  4. #49

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Re: koleksi pemandangan dan panorama yg tak seberapa

    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.
    3exposure jpeg| f7.1 | iso100 | 17mm

    Saya berkesempatan merakam foto ini ketika bercuti bersama keluarga pada 15/16-12-2012.

    Sedikit info tentang masjid ini yg dipetik dari wikipedia.
    Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
    Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
    Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya.
    Last edited by airsejuk; 25th December 2012 at 11:53 AM.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •