Page 2 of 2 FirstFirst 12
Results 16 to 26 of 26

Thread: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

  1. #16

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    2.


    Bagi gambar ini, input saya adalah sama seperti gambar #1. Tambahan hanya pada kasut perempuan yang ketara tidak membantu. Lens wide dah menunjukkan kesannya pada kaki lelaki yg kelihatan tidak normal besarnya. Perkara yg harus diberi perhatian dlm gambar yg melibatkan tasik / laut (landscape) adalah garisan horizon. Pastikan ianya mendatar dgn betul.

    Cadangan: Keluarkan kasut dan bunga tangan. Juruskan cahaya hanya pada bahagian muka hingga tangan sahaja. Kurangkan exposure ambient dlm 2EV.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  2. #17

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    3.


    Bagi gambar #3 pula. Saudara gagal utk melihat subjek background. Pokok tu amat jahat sekali.

    Cadangan : Jangan masukkan bunga dan tangan peempuan cukup sekadar diatas lututnya sahaja. Tambah jarak kamere-subjek utk kurangkan efek 'bloming' pada lelaki. Muka kecik, kaki besar...

    Gambar #4, saya tak faham..........

    5.


    Gambar #5 pula adalah sama dgn #3. Cadangan : bunga tidak perlu.

    6.


    Gambar #6 , #7 dan #8 .... lighting dah ok. Hanya efek dari penggunaan lens wide yg agak ketara. Lihat sahaja pada leher lelaki (pada gambar #6), bukankah ianya janggal sekali. Tidak natural dan ini boleh dielakkan dgn ubah kedudukan kamera. Jangan donggak kamera sangat. Hati-hati bila guna lens wide.

    Bagi #7, kena sentiasa beri perhatian apa yg berada di background.....

    7.



    8.


    Untuk #6 dan #8, yang sama adalah garis horizon. Perbezaannya pula ialah #6 lebih gelap dari #8. Tapi gambar #6 yang lebih kita perasan. Maknanya, kekurangan itu boleh kita lindungi dgn efek cahaya yg lebih gelap.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  3. #18

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    9.


    10.


    Pada saya, gambar #9 dan #10 adalah lebih berjaya jika dibanding dgn yg terdahulu. Cara guna lens wide yg lebih bijak. Mungkin jika posisi #9 dibuat pada angle #10, mungkin sangat menarik. Tapi saya lihat kedua gambar tak sama contrast. Dan hati-hati bila guna lens wide, jangan hingga termasuk lighting stand.

    Gambar #11 pula saya paling suka. Walaupun cahaya flash yg agak berlebihan, tetapi langsung tidak mencacatkan mood gambar tersebut.

    11.


    Keseluruhannya, saudara mampu hasilkan satu karektor dalam potret pengantin. Keberanian saudara mengguna lens wide harus diberi pujian. Tetapi jangan lupa teknik asas composition semasa guna lens wide. Perhatian pada Background/foreground juga harus sentiasa diberi keutamaan. TERUSKAN BERFOTOGRAFI.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  4. #19

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    Terlupa...... sensor kamera saudara kotor. Cepat cucikan.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  5. #20

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Cheras, Selangor.
    Posts
    19

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    Wahhhh..............Alhamdullillah, banyak betul yg dapat diketahui, memang benar, kita tak akan nampak kesalahan diri kita, hanya org lain yang perasan dan boleh memberi input dan idea untuk diperbaiki, ikhlas, saya berterima kasih dengan segala komen, saya boleh cuba untuk perbaiki. Maaf sebab saya habit menyengetkan gambar ke kiri/kanan ketika mengambil gambar, banyak kali saya cuba luruskan tetapi terbuat juga contrast, exposure ambient, lighting, jarak lighting dan yg paling sukar horizontal, akan saya cuba perbaiki. kadang kadang perkara yg remeh temeh seperti bunga dan kasut pun kita tak perasan, ehe. Input yg saudara pengukir cahaya amat membantu...

    Saya akan cuba implement dalam kerja saya yg akan datang.. btw. memang frust bila dah ambil gambar sudah transfer masuk ke laptop baru perasan sensor kamera kotor. kene edit keseluruhan kerja.
    Cikelik Cikelik :) http://www.photomiera.com

  6. #21

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Cheras, Selangor.
    Posts
    19

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    Quote Originally Posted by AzrulAimi View Post
    Ada kaitan dengan gambar di atas.
    Pembukaan: Bagi pandangan saya, professional result boleh berlaku dalam imej yang kite hasilkan dalam semua peringkat. Dari kite beginner kepada lah kita menjadi amatur .Dari kita menjadi serius amatur kepada kita menjadi expert atau tak sempat expert terus ke level Pro.
    Sebab tu masa kite beginner ,pro menggalakan kite mengambil gambar lebih dari 800 ke 1000 imej dalam sesuatu event dan mengambil mungkin satu atau 3 atau beberapa imej untuk paling disukainya.
    Professional result tidak bermakna kita sudah Pro. Begitujuga Pro body yang jika dimiliki. Begitulah rasanya istilah yang selalu kite dengar ‘ shoot like pro’. Apa yang ingin disampaikan disini, ratio atau nisbah kebarangkalian untuk mendapat imej yang professional(professional result) lebih kerap terhasil apabila kita ke amatur dan ke serius amatur dan ke peringkat expert sehinggalah ke peringkat Pro. Ia adalah selari dengan kekerapan mendapat imej professional. Oleh itu mereka yang di peringkat serius amatur lebih kerap mendapat imej yang professional berbanding amatur. Begitulah perbandingan mereka di peringkat pro, kebarangkalian mendapat imej professional lebih banyak berlaku berbanding mereka di tahap serius amatur.
    Bagi kite jika kita di peringkat serius amatur mungkin sudah cukup seronok kerana keberangkalian ratio mendapat imej professional kerap terhasil maka jika ini sifirnya mereka yang di peringkat Pro lebih mudah dan lebih banyak lagi kuantiti imej professional terhasil baik disengajakan atau tidak disengajakan . Ini terhasil kerana hasil gabungan latihan tubi, ilmu kemahirannya dan bakatnya.
    Saya cuba faham, setelah 2-3 kali baca baru saya faham apa yg saudara AzrulAimi maksudkan, kadang-kadang untuk mendapatkan imej berkualiti memang susah, kena belajar dari kesilapan dan terus berkarya untuk mendapatkan hasil terbaik. Ambil gambar dari setahun ke setahun ke setahun, insyaallah kita boleh kerap untuk dapat imej yg berkualiti. Saya banyak belajar dari kesilapan sendiri, dan selepas tahu kita sering membuat kesilapan, kita akan cuba tukar dan buat lagi, lari dari apa kesilapan yg kita pernah buat, tambah itu, kurangkan ini, buang itu, postkan begini.... insyaallah kita akan kerap mendapat gambar yg berkualiti...

    kesimpulannya, lebih banyak kita berkarya, lebih banyak pengalaman yg akan diperolehi, dan lebih banyak gambar yg insyaAllah berkualiti dapat dihasilkan, so, mari kita terus bekarya dan menambahkan lagi ilmu supaya result yg terbaik dapat dihasilkan.
    Cikelik Cikelik :) http://www.photomiera.com

  7. #22

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    Quote Originally Posted by mie_cumeyl View Post
    Wahhhh..............Alhamdullillah, banyak betul yg dapat diketahui, memang benar, kita tak akan nampak kesalahan diri kita, hanya org lain yang perasan dan boleh memberi input dan idea untuk diperbaiki, ikhlas, saya berterima kasih dengan segala komen, saya boleh cuba untuk perbaiki.
    Quote Originally Posted by mie_cumeyl View Post
    Maaf sebab saya habit menyengetkan gambar ke kiri/kanan ketika mengambil gambar, banyak kali saya cuba luruskan tetapi terbuat juga contrast, exposure ambient, lighting, jarak lighting dan yg paling sukar horizontal, akan saya cuba perbaiki. kadang kadang perkara yg remeh temeh seperti bunga dan kasut pun kita tak perasan, ehe. Input yg saudara pengukir cahaya amat membantu...

    Saya akan cuba implement dalam kerja saya yg akan datang.. btw. memang frust bila dah ambil gambar sudah transfer masuk ke laptop baru perasan sensor kamera kotor. kene edit keseluruhan kerja.


    Heh heh heh,, saudara tak perlu minta maaf pun. Kerana itu bukannya kesalahan. Setiap org berhak utk berkarya dgn cara sendiri. Cuma menjadi kelaziman kpd penggemar landscape utk pastikan garis horizon yg betul. Errrr pakai lens apa masa tu?
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  8. #23

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Cheras, Selangor.
    Posts
    19

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    Alhamdulillah imej 8# 9# dan 10# dapat komen yang memberangsangkan. Saya suka gambar tu
    Cikelik Cikelik :) http://www.photomiera.com

  9. #24

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Cheras, Selangor.
    Posts
    19

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    Quote Originally Posted by PengukirCahaya View Post


    Heh heh heh,, saudara tak perlu minta maaf pun. Kerana itu bukannya kesalahan. Setiap org berhak utk berkarya dgn cara sendiri. Cuma menjadi kelaziman kpd penggemar landscape utk pastikan garis horizon yg betul. Errrr pakai lens apa masa tu?
    saya gunakan Tamron 11-18mm
    Cikelik Cikelik :) http://www.photomiera.com

  10. #25

    Join Date
    Dec 2008
    Posts
    23

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    Sedikit info dari saya.

    GAMBAR 2 #
    Benar pandangan di atas garis horizon yang tidak mendatar bukanlah satu kesalahan kerana kita sekarang telah memandang dari sudut karya atau dengan kata lain prinsip seni itu sendiri. Daripada hasil image saudara, saya rasanya memahami kenapa saudara menyengetkan Horizontal tersebut mungkin bertujuan untuk mengambil angle yang kreatif (apa salahnya)untuk menangkap momment tersebut. Disini lah anda kena tahu ('di mana kekuatan image saudara'). Bila anda memahaminya break it!!! sila tengok gambar di bawah …..



    GAMBAR 3#
    Sila perhatikan gambar kedua ini dan dari segi penggunaan lense wide angle itu sendiri sehingga menjadikan muka kecik dan kaki besar ini adalah dari aspek teknikal (Distortion) kerana anda
    menggunakan wide angle iaitu pada focal length yang besar dan pada jarak yang dekat. Anda tidak perlu risau kerana ia juga bukanlah satu kesalahan jika sekiranya saudara meminatinya sebagai alat atau creative tool karyawan anda. Tetapi berhati-hati jangan membuat secara kerap kerana yang memahami rules sukar untuk mempercayai dan menerima lesen kreatif anda itu. Gunakan satu atau mungkin dua sahaja dalam seratus image akhir anda (pada saya)
    Saya pernah satu ketika dahulu sengaja menggunakan wide angle dengan Distortion seperti itu semasa pengantin lelaki sedang bersalam dengan juru nikah. Pada saya.. saya menyukai pengantin lelaki berbadan lebar dari sudut yang munasabah. Persekitaran dan subjek-subjek secondary seperti juru nikah dan ahli keluarga juga turut lagi menterjemahkan suasana tersebut. Saya juga mengambil sudut lain pada ketika itu dengan mengubah focal length supaya nampak normal juga. Jadi kite ada variety image. Kita kene bergerak pantas ketika itu macam ninja
    Saya cadangkan jika saudara meminati penggunaan tools kreatif ini- Distortion. Saudara boleh shoot gambar kanak-kanak comel yang memakai pakaian pengampit pengantin wanita dari angle atas.
    Ideal disini kanak-kanak comel tersebut akan nampak macam kartun kerana kepala besar dan badan kecik. Pilih dengan angle atas yang sesuai. Saudara boleh naik di atas kerusi atau sebagainya. Ia akan menterjemahkan lagi kartunis image anda pada subjek yang sesuai. Karektor kanak-kanak itu mungkin akan terselah dan berjaya.
    Saudara boleh juga shoot angle ini kepada model wanita bertujuan untuk menimbulkan mood 'humor'. Sekali lagi jangan berlebihan menggunakan nya, masih banyak pada saya rasanya untuk mencipta karya kreatif. Oh terlupa, gambar di atas berhati-hati dengan skin tone pengantin lelaki anda kerana pantulan baju merah pengantin perempuan
    itu. Gunakan WB pada nilai K yang sesuai juga.



    GAMBAR 6#
    Gambar ini pada saya pencahayaan sudah ok walaupun shadow di belakang di alam suasana gelap memberitahu kekutan flash anda. Untuk mencipta dramatic mood dari aspek lighting, anda kurangkan lagi level tetapi berhati-hati kerana ambient light atau di sini natural light anda sangat kurang.
    Cahaya flash sebenarnya hanya lah simbahan kecil sahaja untuk menambahkan contrast sahaja dan untuk menimbulkan subjek sahaja kalau saudara inginkan dramatik image lighting. Idea Penggunaan Fill in flash adalah bagus dan ramai pro yang saya kenali menggunakannya juga tetapi saya suka lagi menggunakan manual flash untuk melembutkannya lagi. Biasakan lah membawa reflector juga ye.


    GAMBAR 7#
    Ambik perhatian background and foreground dan untuk setiap image , aspek Estetika jangan lupa, mintaklah juru andam kalau ada untuk kemaskan songket pengantin lelaki itu, kalau takda kita lah orangnya. Hujung kain perempuan bukakan lebarannya dengan menarik dan elakkan lipatan sebegitu, mungkin lesen kreatif tidak kuat di sini. Saya cadangkan juga posisikan lutut pengantin perempuan supaya menyerlahkan lagi susuk keayuaannya. Kerja kita mencantikan yang wanita biasa dan menjelitakan wanita yang comel. Kalau tidak mereka boleh upah sanak saudara mereka sahaja.
    Kalau pengantin gemuk, ambik dari sisi tepi dan dari sudut munasabah. Pengantin perempuan ini sudah cukup dengan mengubahkan posisi lututnya. Usah ambik kisah Traditional Pose atau Moden Pose ,yang penting subjek yang bayar kita nampak 'fotogenic' mereka bayar kita, kita cuba sama-sama k.



    GAMBAR 11#
    gambar ini best juga. Cuma bagi saya untuk menangkap momment itu lagi bertujuan
    menaikkan lagi mood romantik ini. “ Cuba hit momment “ k. Praktis....practise make perfect.


    Kesimpulan,
    saudara bagi saya telah berjaya memperlihatkan karektor dan menterjemahkan maksud perkahwinan pada hari bahagia mereka.
    Saudara boleh mengambil Principle – “There is no right way to take photograph and the is only good photograph”

    Prinsip ini anda boleh gunakan sekiranya anda telah jatuh cinta untuk break the rules but remember must know how to break the rules.
    Prinsip ini di ceduk dari Universal Principle in Art – There is no law for Art Maker. Prinsip ini juga ramai di gunakan oleh Sheredder guitar Hero dalam mencipta identiti mereka. Dalam skala Natural, Harmonic dan Pentatonic dalam skala muzik dan sebagainya untuk mereka menggoreng gitar.

    Anda dalam perniagaan fotografi, Skill , Marketing dan Rezeki adalah 3 perkara yang berbeza.
    All the best untuk saudara
    Selamat berfotografi - AzrulAimi

  11. #26

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Cheras, Selangor.
    Posts
    19

    Re: Some Compilation Wedding Outdoor Saya

    alhamdulillah, banyak betul nasihat dan komen yg saya terima dari rakan-rakan fotomedia..
    info yg amat berguna untuk dibaiki... amin...terima kasih banyak banyak encik Azrulaimi dan en Pengukircahaya....
    Cikelik Cikelik :) http://www.photomiera.com

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •