Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 15 of 34

Thread: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

  1. #1

    Join Date
    Oct 2012
    Location
    Ampang, Selangor
    Posts
    105

    Talking apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Assalamualaiku dan salam sejahtera kepada warga fotomedia...
    Selamat Hari Raya Aidil-Adha...

    saya budak baru dalam dunia dslr...jadi bantuan dari bro2 otai dalam fotomedia diperlukan jika tak keberatan...

    1) Apakah fungsi atau kegunaan setiap lens?
    2) waktu bilakah lens tersebut digunakan?

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many

     

  3. #2

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    KIT LENS

    contoh : 18-55 , 18-105 ( lens ini disertakan sekali dengan body )
    kegunaan : wide,zoom ( boleh guna untuk lanskap dan portrait

    PRIME LENS

    contoh : 50mm 1.8,85mm 1.8 ( lens ini tidak boleh dizoom dan mempunyai aperture yang besar seperti 50mm mempunyai aperture 1.8 dan harganya pun murah
    kegunaan : close up , kebanyakkan portrait

    WIDE ANGLE LENS

    contoh : Nikkor 14-24mm F2.8
    kegunaan : lanskap , untuk ruang yang sempit contoh dalam bilik , building

    TELEPHOTO LENS

    contoh : 70-200mm F2.8
    kegunaan : wildlife , candid , sport , portrait


    kalau nak lebih boleh google...

    SUMBER : http://ejadfotopoyo.blogspot.com/201...nis-jenis.html ( kepada tuan punya blog..jangan marah )

  4. #3

    Join Date
    Oct 2012
    Location
    Ampang, Selangor
    Posts
    105

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    wah terima kasih...good info...bukan tak nak menggoogle...cuma nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan bro2 otai je...baca dalam forum ni senang skit sekali baca terus...tak perlu nak search kalau internet dah abis quota...walau bagaimana pun terima kasih bro Herozeta....

  5. #4

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    sama-sama..selamat hari raya aidil adha

  6. #5

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,070

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Apakah fungsi dan kegunaan lens?

    1) Fungsi Lens ialah untuk memfokus cahaya (subjek) pada sensor.
    2) Kegunaan lens berbeza mengikut kategorinya. Lebih tepat ialah bergantung kepada efek yg terhasil dari focal-length setiap lens tersebut.

    Lens ada 2 jenis.
    1) Fixes Focal Lens (prime lens) - yang ada hanya satu focal length sahaj. Contoh : 35mm. 50mm. 80mm.
    2) Variable Focal Lens (Zoom lens) - yang ada focal length yang pelbagai. Contoh : 24-105mm. Maknanya lens tu ada focal length dari 24mm hingga ke 105mm!

    Dan dari 2 jenis tu, semua lenses tu tergolong dalam 3 kategori yg utama.
    1) Wide Angle (< 35mm)
    2) Standard (35mm hingga 55mm. Biasa dipanggil Normal Lens kerana sudut pandangannya seperti mata manusia)
    3) Telephoto (55mm >)

    Dan tambahan dari 3 tersebut, yang exteme sikit sebelah wide-angle ialah apa yg dipanggil Ultra Wide (< 24mm). Manakala extreme sebelah telephoto pula ialah super-telephoto (400mm >). Ada lagi lens lain yg dipanggil special purpose lenses, contohnya saperti macro lens dan tilt-shift lens.

    Sebagai contoh, katakan kita nak ambik gambar pemandangan yang ada tasik, sampan kat jeti, pokok, manusia bawah pokok, bukit, hutan, awan dan sebagainya. Kita nak rakam yang menampakkan semua subjek tu.

    Lens apa yang sesuai kita guna?
    Lens yg sesuai semestinya yang boleh memberi kita 'angle-of-view yg luas' dan kategori lens ialah 'wide-angle'.

    Tapi bagaimana pula jika kita hanya nak ambik gambar sampan dan jeti?
    Lens yg sesuai semestinya yang boleh memberi kita 'angle-of-view yg kecil' dan kategori lens ialah 'telephoto'.
    Last edited by PengukirCahaya; 28th October 2012 at 04:34 AM.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  7. The Following 4 Users Like This Post:


  8. #6

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,070

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Lens wide akan memberi kesan seperti subjek berada jauh dari kita manakala lens tele pula memberikan kesan seperti subjek berada dekat.

    Manakala lens Macro pula dikategorikan sebagai lens yang yg mampu memberi magnification factor sekurang-kurangnya 1x. Dan membolehkan kita mengambil gambar dengan lebih rapat dengan subjek sehingga beberapa inci. Contoh lens ialah 60mm Macro dan 100mm Macro. Jika magnification factornya besar, contoh 5x, gambar yg terhasil akan nampak sangat besar. Boleh ambik gambar mata belalang. Contoh ialah MP-E65.

    Lain pula jika nak ambik gambar bangunan tapi tak nak nampak distortion. Lens yg patut diguna ialah tilt-sift lens. Lens ini akan membetulkan perspective kerana itu sering dipanggil perpective control lens.

    Orang selalu tanya, lens apa yang boleh digunakan sebagai multi-purpose? Untuk ini, ambik saja lens yg ada wide-angle dan telephoto contohnya 24-105mm. Lens ini ada focal-length dari 24mm hingga 105mm. Nak ambik wide pun boleh dan nak dekat pun boleh. Lens ini selalu orang guna utk berjalan-jalan. Seperti tak perlu guna lens lain dah. Soalan saya, ni lens dari jenis apa?
    Last edited by PengukirCahaya; 28th October 2012 at 04:36 AM.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  9. #7

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Fungsi lens untuk menjauhkan dan mendekatkan subjek yang kita nak. Normal untuk standard sama atau hampir sama dengan pandangan mata kita. Tele untuk dekatkan subjek yang jauh. Wide untuk jauhkan subjek yang dekat. Zoom pula jarak jauh dan dekat subjek yang kita nak shoot boleh dilaras ikut kehendak kita. Begitulah juga super tele dan super wide untuk super jauh dan super dekat. Macam mana kita nak framing pilihlah lens yang sesuai.
    Last edited by CgSir; 28th October 2012 at 11:33 AM.

  10. #8

    Join Date
    Oct 2012
    Location
    Ampang, Selangor
    Posts
    105

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    wah!!!...terima kasih bro PengukiCahaya dan bro CgSir...info amat berguna untuk rujukan kepada pengguna baru...

  11. #9

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,070

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Quote Originally Posted by Pak Itam View Post
    wah!!!...terima kasih bro PengukiCahaya dan bro CgSir...info amat berguna untuk rujukan kepada pengguna baru...
    Heh heh heh...... kami semua hanya berkongsi sahaja. Yang penting disini adalah bertanya kerana tak tanya, sesatlah perjalanannya.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  12. #10

    Join Date
    Jan 2012
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    36

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    tiada istilah portrait lense, landskap lense...contoh.kalau 50mm, 85mm mesti org akan kata portrait lense. bg pendapat saya, portrait bole saja dirakam menggunakan UWA atau Tele lense. cuma apa yang perlu diperkatakan ialah ia lebih sesuai dengan situasi tersebut.

  13. #11

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,022

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    aku suka pakai 50mm f/1.8 II untuk kebanyakan genre fotografi seperti street,portraiture,makro(tambah ET) dengan lanskap...

  14. #12

    Join Date
    Oct 2012
    Location
    Ampang, Selangor
    Posts
    105

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    wah terima kasih sume

  15. #13

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,070

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Hanya satu perkara yang musti kena ingat. Semua focal-length yg di sebut-sebut, adalah bersandarkan pada format Full-Frame. Selain body full-frame, kamera yg guna sensor APS-C, hendaklah multiply dengan cropped factornya, contoh body Canon ialah 1.6 dan Nikon 1.3 (<-- silap, bukan Nikon tapi Canon APS-H. Nikon format DX adalah 1.5)

    Sebagai contoh, jika kita guna lens 10mm pada APS-C body, focal-length yg sebenar ialah 16mm untuk Canon (10mm x 1.6) dan 13mm untuk Nikon (10mm x 1.3). Effectively kalau guna lens 50mm, anda sebenarnya mendapat focal-length 80mm yg mana focal-length tersebut sesuai untuk potrait. Tapi jika memang nak guna 50mm, sepatutnya kena guna lens 31.25mm. Mana ada lens tu kan, so kena guna yg hampir seperti 28mm atau 35mm. Baru dapat Angle Of View seperti pandangan mata manusia.
    Last edited by PengukirCahaya; 31st October 2012 at 10:32 AM.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  16. #14

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,022

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Quote Originally Posted by PengukirCahaya View Post
    Hanya satu perkara yang musti kena ingat. Semua focal-length yg di sebut-sebut, adalah bersandarkan pada format Full-Frame. Selain body full-frame, kamera yg guna sensor APS-C, hendaklah multiply dengan cropped factornya, contoh body Canon ialah 1.6 dan Nikon 1.3.

    Sebagai contoh, jika kita guna lens 10mm pada APS-C body, focal-length yg sebenar ialah 16mm untuk Canon (10mm x 1.6) dan 13mm untuk Nikon (10mm x 1.3). Effectively kalau guna lens 50mm, anda sebenarnya mendapat focal-length 80mm yg mana focal-length tersebut sesuai untuk potrait. Tapi jika memang nak guna 50mm, sepatutnya kena guna lens 31.25mm. Mana ada lens tu kan, so kena guna yg hampir seperti 28mm atau 35mm. Baru dapat Angle Of View seperti pandangan mata manusia.

    Abam PC, serasa saya Nikon punya Magnification Factor ialah 1.5x kot...yang 1.3x tu cuma kat Canon 1D (entah berapa ek yg pasti bukan 1Dx) je...saya berdiri untuk di betulkan

  17. The Following User Like This Post:


  18. #15

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,070

    Re: apekah fungsi dan kegunaan waktu setiap lens?

    Quote Originally Posted by miesterzenz View Post
    Abam PC, serasa saya Nikon punya Magnification Factor ialah 1.5x kot...yang 1.3x tu cuma kat Canon 1D (entah berapa ek yg pasti bukan 1Dx) je...saya berdiri untuk di betulkan
    Hah hah hah.... terima kasih kerana membetulkan... Memang Nikon adalah 1.5 bukan 1.3. Canon 1D series yg selain 1DX dan1Ds yg guna sensor APS-H. Sori sori, asyik study kenapa Canon nak discontinue sensor APS-H, tu yg buat kesilapan tuh....... thank you bro.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •