Results 1 to 10 of 10

Thread: Bedah Foto | Broga HDR

  1. #1

    Join Date
    Jan 2012
    Location
    damansara perdana
    Posts
    44

    Bedah Foto | Broga HDR

    samekom n salam sejahtera,
    last sat berkesempatan naik broga hil last minute punya hal... baru first time nak edit hdr n guna photomatic....pls feel free to comment....tQ

    1

    broga clouds by Maddyfaddly, on Flickr
    1/42 ƒ/16 ISO 100 24 mm

    2

    embun broga by Maddyfaddly, on Flickr
    1/8 ƒ/16 ISO 100 21 mm

    3

    kaki bukit broga by Maddyfaddly, on Flickr
    1/5 ƒ/16 ISO 100 21 mm

    4

    broga by Maddyfaddly, on Flickr
    0.5 ƒ/16 ISO 100 18 mm
    Last edited by mozakim; 14th January 2013 at 09:29 AM.

  2. #2

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Bedah Foto | Broga HDR

    Just a gentle reminder ... kalau nak bagi SALAM... sila taip bagi betul & lengkap ejaannya "Assalamualaikum" ... kalau tak better taip Salam aje cukup, atau Selamat Sejahtera... harap amik perhatian. TQ

  3. #3

    Re: Bedah Foto | Broga HDR

    Quote Originally Posted by mozakim View Post
    Just a gentle reminder ... kalau nak bagi SALAM... sila taip bagi betul & lengkap ejaannya "Assalamualaikum" ... kalau tak better taip Salam aje cukup, atau Selamat Sejahtera... harap amik perhatian. TQ
    As salam...maaf mencelah...yang pernah sy belajar...singkatan bg Assalamualaikum sbaiknya guna AS SALAM...krn SALAM memberikan makna y tidak baik...wallahua'lam...

  4. #4

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Bedah Foto | Broga HDR

    Quote Originally Posted by akuehsan View Post
    As salam...maaf mencelah...yang pernah sy belajar...singkatan bg Assalamualaikum sbaiknya guna AS SALAM...krn SALAM memberikan makna y tidak baik...wallahua'lam...
    Teman dah baca & rujuk perbahasan pasal SALAM yang sebelum ni heboh disebarkan dalam fesbuk ... tiada masalah langsung sebenarnya, tuan boleh semak semula dengan alim ulama yang lebih arif ... wallahua'alam (Di bawah ini antara yang boleh dirujuk. Sila baca artikel di bawah awal sampai akhir, tekleh baca sekerat) ..

    Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

    Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

    Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

    Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

    Penulisnya menulis:

    JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

    بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
    Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
    Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

    فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬*ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

    Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

    Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

    Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

    سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
    Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

    Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

    وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ*ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
    Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

    إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
    Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

    سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
    "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

    سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
    "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

    Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

    Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

    الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
    Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
    Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

    Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

    إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
    "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

    “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

    Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

    p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

    Silakan Tag @ Share menggunakan artikel asal, agar saya boleh menjawab apa-apa persoalan berkaitan.
    Oleh: Mohd Fadli Yusof

    Bagaimana? Adakah berlaku pencerahan ke atas ilmu kita? Alhamdulillah... Terima kasih banyak kepada Ustaz Mohd Fadli Yusof yang telah sudi membuat pencerahan ke atas perkara yang mengelirukan ini. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati ke atas apa juga perkara, berita atau isu yang timbul dalam masyarakat. Buatlah kajian yang lebih lanjut bila ada sesuatu yang berlaku di luar dari kebiasaan dalam amalan Islam.

    Kita mesti menjadi orang yang bijak demi agama kita.


    Pastikan status berita....
    Apakah status sebuah hadith sekiranya ia diriwayatkan oleh Abu Jahal atau Abu Lahab ?

    Tidakkah setiap kita bertanggung-jawab dengan khabar berita atau kenyataan yang memburuk-burukkan orang lain atau pun organisasi lain ?

    Firman Allah bermaksud,

    “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. ” (Surah al-Hujurat, ayat 6).



    Bila dengar berita, semak dulu kesahihannya....

    Semoga Allah selamatkan para muslimin
    Last edited by mozakim; 14th January 2013 at 11:16 AM.

  5. The Following User Like This Post:


  6. #5

    Join Date
    Jan 2012
    Location
    damansara perdana
    Posts
    44
    Mintak maaf yer... Aritu 2-3 kali post x kluar gambo.... Sebab tu ... Kali je 3 yg dah lupa nak check spelling.... Will take note on next post.... Assalamualaikum n salam sejahtera... Plx bedah ya... Photo saya yg tak seberapa.. . tq

    Sent from my Galaxy Nexus using Tapatalk 2

  7. #6

    Join Date
    Mar 2008
    Location
    Terengganu
    Posts
    491

    Re: Bedah Foto | Broga HDR

    InsyAllah.. betoi semuanya..

    pd pendpat sy - kurg sesuai kot untk hdrkan2 nature seperti ini. atau mgkn dr segi editing kurg memuaskan. naturenya sudah hilang.
    mgkn jika diperbaiki cara editing hdr 2, gmbr akan jadi lbh menarik dan nature. -just pndpt yg xseberapa-
    - Bukan jurufoto professional, tapi bila minat mengatasi batas. -

  8. #7

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Bedah Foto | Broga HDR

    rerasanya memang tak sesuai kot HDR..kalau nak pun di HDRkan,jangan sampai hilang ke aslian dan nampak pelik....DRI je kot cantik kalau untuk ni..xD

    #pandangan peribadi je

  9. #8

    Re: Bedah Foto | Broga HDR

    boleh je nak hdr kan. sebab tujuan hdr ni cuma nak dapatkan dinamik range yang tinggi. takde kena mengena dengan effect effect tertentu. ramai yang salam faham pasal ni.

    tapi treatment gambar atas ni dah overcook.
    membaca dari 2008 di fdmc, last last lupa password.huhu

  10. #9

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Re: Bedah Foto | Broga HDR

    Seboleh2 nya hdr usah dibakar hangus, pahit jadinya. Biar sedang2 dah la.
    Software Photomatix hanya utk merge saja dan selebihnya diphotoshopkan utk naikkan kaler, level dan sebagainya.

  11. #10

    Join Date
    Jan 2012
    Location
    damansara perdana
    Posts
    44
    Tq all for comment n tunjuk ajar... Next time will take note not to overcook the hdr.... Tq all

    Sent from my Galaxy Nexus using Tapatalk 2

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •