Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 21

Thread: Forgotten Kingdom- Laos

  1. #1

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Forgotten Kingdom- Laos

    Bulan lepas saya berkesempatan ke Laos selama 2 minggu untuk menghadiri seminar dan program kajian. Di sini saya paparkan sedikit foto yang dirakam di sana sepanjang perjalanan.

    Sebahagian besar tempoh disana saya berada di wilayah Champasak yang mana merupakan bekas tinggalan kerajaan Champa satu ketika dahulu. Ibu negerinya ialah Pakse, sebuah bandar yang terletak di tebing Sungai Mekong. Seminar yang saya hadiri berlangsung di sebuah hotel di tepi sungai gergasi itu.

    1. Mentari terbit dari Jambatan Pakse yang merentas Sungai Mekong.




    Laos ni dulu ada raja, lepas tu jadi kerajaan sosialis sampai sekarang. Kira ada saki-baki pengaruh komunis la.


    2. Tokong cina kat tebing Mekong di ibu negara Vientiane.




    3. Tokong sama, angle lain.




    4. Gerai kat stesen bas Vientiane.




    5. Vat Phou, peninggalan kota kerajaan lama.




    6. Candi dalam Vat Phou.




    7. Katak dalam semak paya kat Vat Phou.




    8. Spider atas bunga kat tepi kedai makan. Jenis ni tak de kat Malaysia.




    Semua gambar ambik pakai compact waterproof Olympus TG-1.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  2. The Following 2 Users Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Jul 2010
    Location
    pasir berdengung jb
    Posts
    1,004

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    spider yg rare jumpe tepi kdai makan??ni yang tak tahan ni..

  4. #3

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    kami nak lagi......best

  5. #4

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    Vat Phou tu dulu tempat kerajaan lama yang lagi tua daripada Angkor Wat. Kat atas bukit tu tempat dia buat upacara korban manusia. Sekarang ni dah diwartakan sebagai World Heritage Site oleh Unesco. Tempat tu dijaga rapi dan sangat bersih.

    9. Vat Phou, dari 1/2 bukit.




    10. Vat Phou, pemandangan dari 1/2 bukit.




    11. Kami menyeberang Sungai Mekong naik feri untuk ke pusat konservasi gajah. Ada lak mamat ni bawak mesin tuai ke hape ntah.




    12. Gajah yang boleh ditunggang dengan kadar lebih kurang RM40 untuk trip 2.5 jam masuk kampung, sungai, hutan, semak, ladang ntah mana2 lagi. Member kata naik gajah sini lagi best drp kat Siam sebab gajah sini masuk macam2 tempat. Tak naik pun.




    Rata2 rakyat Laos sangat bersopan-santun. Mereka ni jenis berbudi-bahasa dan cara cakap pun lembut. Yang gengster sikit tu drebar tuktuk.

    13. Kanak-kanak yang duk mengekor kami mencari spider. Beriya2 nak tolong tapi mati spider tu diaorang picit sebelum kasi kat kami. Nak cakap, tak reti.




    14. Budak ni fasih cakap English, "What is your name?" Lain dia tak tahu.




    15. Nasi kukus kat pasar pagi di Pakse. Boleh makan dengan katak salai.




    16. Pasar pagi (bahagian makanan) di Pakse.

    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  6. #5

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    Cantik sangat. Terima Kasih dari hati kerana sudi berkongsi gambar disana. Moga bertambah kagum kita dengan rezeki dan kehebatan tuhan ajawazalla.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  7. #6

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    Orang sana rata2 hidupnya susah tetapi kelihatan sentiasa happy. Susah nak bandingkan tarap hidup kita dengan diaorang. Kat sana minyak mahal, kereta pun mahal la kut. Orang kaya je ada kereta jadi jalan tak jem teruk macam tempat kita. Di ibukota Vientiane pun tak de bangunan tinggi2 sangat, habis tinggi pun macam pj hilton je kut.

    Di sana kehidupan berjalan perlahan dan sempoi. Tak de tergesa2 macam kita yang mencari nafkah di KL. Mereka hidup sempoi tetapi selalu senyum. Kat pasar tu semua orang ditegur dengan ramah.

    17. Makcik ni jual katak kat pasar pagi di Pakse. Seronok betul dia tengok gambar kat LCD kamera, siap tukar2 posing lagi.




    18. Bahan2 nak masak sup katak.




    19. Makcik ni pun jual katak gak.




    Setelah selesai simposium selama 4 hari, rombongan kami bergerak ke Tad Etu, sebuah resort yang terletak di Dataran Tinggi Bolaven. Dalam kawasan resort tu ada air terjun vertikal yang sangat cun dan bersih. Batu2 di situ adalah hasil lava yang telah membeku berjuta tahun dahulu.


    20. Air terjun Tad Etu




    21. Panorama kat situ.




    22. Spider kat kawasan resort, (Araneidae) Neoscona sp. Kira2 20 saintis dan pelajar sarjana membuat kajian labah2 kat sini.




    23. Spider dari keluarga Theridiidae.




    24. Spider genus Peucetia yang biasa jumpa kat Amerika dan India. Anak2nya baru keluar drp kantung telur.



    Semua gambar ni SOOC, resize dan watermark guna Faststone. Malas nak PP dekat 4 ribu frame.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  8. #7

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    mampu tengok dan menghayati je la.... jeles hahaha....

  9. #8

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    time air asia promosi, tiket gi-balik dalam rm250 ke vientiane. tak perlu visa. budget hotel banyak dan murah sebab ramai mat saleh datang buat backpacking.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  10. #9

    Join Date
    Jan 2012
    Location
    damansara perdana
    Posts
    44

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    thanx for sharing...

  11. #10

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    Pada hari ke 5 di Tad Etu, ada upacara perpisahan yang didalangi oleh orang tua kampung tu.

    25. Tuk batin baca doa/mentera ke hape ntah la.




    26. Atas faktor bahasa, susah juga nak explain kenapa kita tak nak join sekaki baca mentera. Senang cerita angkat je kamera dan ambik gambar, dapat mengelak tanpa kecilkan hati tuan rumah.





    27. Awek tu ahli keluarga empunya resort. Mat saleh tu tulang belikat dia cacat sikit, nampak tersembul keluar dan berjalan pun senget tapi dah complete marathon 4 kali.




    28. Pasar pagi di kawasan berdekatan.




    29. Saintis Jerman nak tunjuk spider yang dia jumpa kat pasar. Dia ni ada ring flash.




    30. Air terjun kembar Tad Nyeang. Kalau duduk kat base bawah tu rasa macam kena pukul ribut.




    31. Spider nelayan- dia duk atas air dan menyelam kejap tangkap ikan. Kamera ni rendam separuh dalam air.




    32. Spider ni kat Malaysia pun berlambak- Leucauge celebesiana.



    Boleh tahan kan makro pakai compact ni?
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  12. #11

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    fuh.....boleh masuk poket...boleh rendam.... pas ni ramai wts dslr.....

  13. #12

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    dasattt la kompak ni. tapi aku rasa man behind the camera ni punca umphh ni hehe....

  14. #13

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    Quote Originally Posted by Jai org Johor View Post
    fuh.....boleh masuk poket...boleh rendam.... pas ni ramai wts dslr.....
    tak hebat lagi.. samsung nyer yg baru siap boleh terus upload ke fb gambar2 baru snap. silap2 lepas ni tengah ambik gambor boleh jawab call hahaha..

  15. #14

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    makin canggih. tup tap tup tap, nanti kamera lekat kat mata je. kenyit je terus snap haha...

  16. #15

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Forgotten Kingdom- Laos

    Quote Originally Posted by adavirus View Post
    tak hebat lagi.. samsung nyer yg baru siap boleh terus upload ke fb gambar2 baru snap. silap2 lepas ni tengah ambik gambor boleh jawab call hahaha..
    tengah ambik gambar nanti call masuk dia vibrate, dah gambar blur.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •