Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 17

Thread: Pegantin tak mampu bayar

  1. #1

    Join Date
    Dec 2012
    Posts
    3

    Pegantin tak mampu bayar

    Punyalah bengang bila kita ambik gambar dari tengah hari sampai petang, edit berjam-jam, pi cetak, susun masuk album, pi hantar pulak rumah lepas tu tapi tak di bayar sesen pun. Hantaran bukan main sampai 10 ribu tapi duit gambar pun tak mampu bayar, Nak je aku upload gambar pengantin tu kat sini.

  2. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    contract ada buat tak bro? kalau takde toksah kecoh2lah... bile meniaga ni sume kena ada on-paper. tak bayar, masuk court terus. kekadang org tak mo bayar tu mungkin kualiti gambar dia rasa tak memuaskan kot.

    jgn tepek gambar pengantin tu sini, kang jadi modal dia nak sue ko lak.

  3. #3

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    bercerita tentang kontrak...ada tak sesape kat sini boleh sharekan contoh kontrak....mengharap sesangat ni...kalau boleh minta email kat saya punya email zanisphoto@gmail.com

  4. #4

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    Kdg photographer tu yg lebih2 excited nak shoot wedding espcially yg baru2 pegang kamera. So kalau tak byr anggap je la satu experiment dan exercise. Mugnkin rezeki akan dtg lebih bertambah, mudah-mudahan.
    my gallery @zenfolio.com | my photo blog | my images for sale | my folio @ MIR
    Which of my photographs is my favorite? The one I'm going to take tomorrow. - Imogen Cunningham

  5. The Following User Like This Post:


  6. #5

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    sy pon mengalami mslh yg sama...
    paymnt sy wat sblum ni 50% mase deal..lg 50% sblm event @ abih je event
    tp ada 1 couple ni mase deal xnk bayar 50%..cm 30% sj..alasan keje 1 jabatan ngn sy ( xpena knal pon sbb jabatan besar)
    ok la sy xkisah tp dah terangkn la cmne care payment sy tlbh dahulu..
    lps shoot die janji nk setelkan balance 70% lg..tp xmsuk2 jgak...sy dah siap edit album dan die mintak tlng print dlu nnti die bayar..
    pe yg sy ckp xde paymnet sy xprint album...skping gambar pon sy xbg...
    kalo die nk gambar die bayar..kalo xnk bayar mmg sy xkn bg pe pon kat die...album tu sy print wat folio je senang...hehe

  7. The Following User Like This Post:


  8. #6

    Join Date
    Jun 2010
    Location
    Miri,Sarawak
    Posts
    28
    kena gak buat surat kontrak+deposit sekurang-kurangnya 10% dari full payment.
    the more you shoot....the more you'll will learn.

  9. #7

    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    16

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    tu lah risikonya. apa2 pun kena kena mintak separuh dulu.

  10. #8

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    kontrak ni cmne ek?
    kalo kite dah wat surat kontrak...
    cmne nk jdkan benda tu valid nnti kat mahkamah kalo pe2 hal..
    mmg xreti pe2 psl ni..hehehe

  11. #9

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    Aku tak pernah pulak pengantin tak bayar. Cuma ada sekali jer. Bila gambar dah siap, aku pun hantar gambar siap dalam album ke rumah pengantin tapi pengantin tu kata nanti dulu, belum cukup duit. Aku kata tak per dulu. Aku bagilah dia tengok dulu semua gambar dia. Nampak dia suka tengok gambar dia tapi aku tak bagi. Aku kata bayar habis baru boleh amik gambar dia. Lepas tu aku baliklah rumah. Aku anggap tak ada rezeki. Dah masuk 5 bulan dia tak amik gambar dia. Tak per lah, bukan rezeki aku. Aku pun tidaklah marah pada dia. Dah dia kata belum ada duit nak wat macam mana. Satu hari masuk bulan ke 6 dia call aku tanya gambar dia ada simpan lagi x ? Aku kata ada, dia beritahu dah malu kat aku sebab lambat amik gambar tapi aku tak marah dia. Sekarang dia dah ada duit nak amik gambar dia. Aku kata ok, datang umah aku. Tepat masa di janjikan dia datang umah aku bayar duit semua. Siap tanya ada charge tambahan x. Aku kata tak per, bayar seperti dijanjikan dahulu. Settle..... dia memang terasa betul kerana aku tak marah dia. Dia cerita kat kawan dia aku tak marah walaupun lambat amik gambar. Lepas tu dia siap rekomen beberapa kawan dia pulak. Rezeki Allah nak bagi, begitulah.

    Kalau aku marah kat dia rasanya dia tidak akan amik gambar dia. Lagipun masa aku shoot gambar pengantin dia ada lagi beberapa rakan-rakan dia pun amik gambar sama juga guna kamera dslr juga. Tentu dia tak rekomen kawan dia kat aku. Cuma semasa dia amik gambar dia ada berkata, "Gambar abang tak sama dengan gambar yang kawan-kawan saya amik". Nampak sangat perbezaannya.... Entahlah, aku pun tak tengok gambar yang kawan dia amik. Janji duit masuk ok lah.
    Last edited by CgSir; 27th December 2012 at 12:43 AM.

  12. #10

    Join Date
    May 2010
    Location
    Puchong
    Posts
    802

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    Utk terjun ke dunia bisness kena ada ilmu perniagaan secukupnya.Kena tahu jugak bab-bab pengurusan. Itu pasal saya x bersedia lagi utk berniaga.
    Utk renungan, Surah albaqarah ayat yg paling panjang dlm quran pun ada cerita pasal hutang2 ni
    Antara isi penting daripada ayat 282, surah Al-Baqarah:
    1)Sunat untuk menulis perjanjian dalam hutang-piutang.
    2)Penulis hutang mestilah bukan orang berhutang atau pemiutang.
    3)Penulis mesti menulis dengan jujur.
    4)Isi kandungan surat hutang mestilah mengikut bahasa orang yang berhutang.
    5)Jika orang lemah/tidak mampu menguruskan wang ingin berhutang, walinya perlu menjadi penjamin.
    6)Dua orang saksi perlu didatangkan di dalam akad hutang-piutang.

    maaf kalau ter OT

  13. #11

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    Contract tu setakat borang buat sendiri pon ok. yg penting ada sign kedua-dua pihak disertakan terma dan syarat yang JELAS dan tidak mengandungi agenda terselindung (elok mintak org law tulis). Contract bukan untuk melindungi supaya tidak kena tipu tetapi sebagai senjata untuk menyerang jika ditipu.

  14. #12

    Join Date
    Apr 2012
    Location
    Cheras
    Posts
    88
    Tapi kalu pengantin yg celik law, kalau kontrak tak stamp, tak leh bwk mahkamah rasanya...

  15. #13

    Join Date
    Jul 2011
    Location
    Kamunting / Taiping, Perak
    Posts
    41

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    Erm...mmg biasa dengar crita client tipu photographer..ade gak yg photographer tipu client...jadi menggunakan perundangan sebagai alas adalah jalan yg paling selamat. tp ada sesetengah pihak (macam sy sendiri) rasa cam malas je nak membuat kontrak dan melibatkan hal2 perundangan (nak kena stamp or deal ngan lawyer). ade jugak pikir bukan projek juta2 pun nak kontrak2. tambah plak ade yg xtaw langsung pasal law nie (sama la mcm sy). Rasanya cara paling baik dan selamat ialah membuat kerja mengikut jumlah bayaran yang telah di jelaskan. Contoh tuk booking myb kita dah blh mintak 30%-50%. So lepas saja abis acara resepsi dan outing kita blh minta lagi 60%-80%. Ini adalah tuk cost editing dan printing. Bakinya blh di serahkan setelah siap sepenuhnya. Perlu di terangkan pada client kita tentang apa yang kita buat semuanya melibatkan costing dan perlulah di persetujui sebelum kerja2 di jalankan. Jika ada perkara xdi ingini berlaku seperti client lari, xbak bayar ataupun lupa ingatan, kita dah boleh cover overhead cost kita. So gambar2 yang tak di ambil tu blh la kita buat sebagai bekal untuk profail kita bertemu client yang lain.

    itu pandangan dari saya budak baru belajar dalam selok belok prniagaan photography nie...

  16. #14

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    Masalah pengantin tak mampu bayar adalah normal terlebih lagi jika urus-niaga tersebut dibuat secara santai tanpa dokumen dan sebagainya (tapi walaupun ada 'booking-slip' pun, kalau dia tak nak bayar tetap tak bayarnya).

    Walaubagaimana pun adalah lebih baik setiap urusan dilakukan dgn tertib. Mungkin dgn itu client akan rasa segan dan hormat. Bagi mengurangkan risiko kerugian, kena ada bayaran pendahuluan atau booking-fee atau advance atau apa saja namalah. Mintalah dalam kadar 10-20 persen. Jadi dengan cara ini, taklah teruk sangat.

    Cadangan:
    1. Booking-fee semasa urusan awal utk tetapkan tarikh - disini kenakan bayaran 10%.
    2. Bila gambar dah siap edit, tunjuk pada client untuk pilih sebelum cetakan - disini minta bayaran lagi 20%. (client-review ini bertujuan menimbulkan rasa ghairah mereka pada produk. Disini mungkin boleh buat sale untuk cadangan produk lain i.e family poster / extra large print seperti 60"x 36" ker).
    3. Bayaran penuh semasa delivery (advice client sebelum hantar agar mereka boleh bersedia dgn bayaran). Jika semasa nak serah produk, client bagitau dia tak cukup duit, jangan sesekali tinggalkan produk. Kadang-kadang kita rasa kesian sebab mereka nak tunjuk pada sanak saudara. Tapi buat alasan bos anda akan marah anda jika serah tanpa bayaran penuh..... dan sentiasa bersedia dengan resit rasmi atau delivery notes..

    Harap input diatas dapat membantu...
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

  17. #15

    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Putrajaya
    Posts
    225

    Re: Pegantin tak mampu bayar

    Quote Originally Posted by adavirus View Post
    Contract tu setakat borang buat sendiri pon ok. yg penting ada sign kedua-dua pihak disertakan terma dan syarat yang JELAS dan tidak mengandungi agenda terselindung (elok mintak org law tulis). Contract bukan untuk melindungi supaya tidak kena tipu tetapi sebagai senjata untuk menyerang jika ditipu.
    tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •