Page 2 of 21 FirstFirst 123412 ... LastLast
Results 16 to 30 of 303

Thread: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

  1. #16

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    terbaik..!
    mmg ada simpan cita2 nk ke sana cuma mungkin destinasi yg last kot haha
    sebab tau visa US terlalu ketat... leceh hahaha

  2. #17

    Join Date
    Nov 2012
    Location
    Pantai Hillpark
    Posts
    152

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    wah.. terbaik...
    saya pon pernah pergi ke negara uncle sam ni...
    itu pon company yang hantar... merasa la duk kat sana selama sebulan...... kalu nak pergi sendiri... tak tau bila la bole pergi.
    mmg best sangat kat sana...
    pergi dulu, naik silk air pergi singapore, pastu naik united airline ke LA, transit di Narita. dari LA naik local domestic terus ke San Jose..

  3. #18

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Quote Originally Posted by xenocapin View Post
    terbaik..!
    mmg ada simpan cita2 nk ke sana cuma mungkin destinasi yg last kot haha
    sebab tau visa US terlalu ketat... leceh hahaha
    insyallah, sampailah nanti tu
    nak dapat visa mmg byk prosedur dan ketat , tapi kalau dah dapat berbaloi
    kawan pun entah mcm mana pi gatal apply visa hari tu hehe
    dah tertulis sejak azali nak jejakkan kaki ke bumi uncle sam

  4. #19

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Quote Originally Posted by sigaraga View Post
    wah.. terbaik...
    saya pon pernah pergi ke negara uncle sam ni...
    itu pon company yang hantar... merasa la duk kat sana selama sebulan...... kalu nak pergi sendiri... tak tau bila la bole pergi.
    mmg best sangat kat sana...
    pergi dulu, naik silk air pergi singapore, pastu naik united airline ke LA, transit di Narita. dari LA naik local domestic terus ke San Jose..
    mcm2 ada kat sana, jenuh wooo nak sampai hehe

  5. #20

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Aku cuba menyelesakan diri sepanjang perjalanan yang panjang tu nanti . Cuba tidur ikut time US kerana yang pasti tak mahu bahana jetlag melanda.

    Boeing 777 ni punya 3 tempat duduk ditepi dan kalau tak salah 5 ke 6 tempat duduk di tengah . Wife aku duduk tepi tingkap , aku duduk tengah dan sebelah aku ada sorang aso warga US .Memang rezeki aku dah tertulis yang aku tak selesa sepanjang penerbangan ke LA kerana baru nak terlelap , aso tu asyik batuk dan hembus hingus hehehe

    Tapi aku cuba buat dek je , jadi aku tidur "pang-pang alang" je pasal lelap terjaga, lelap terjaga .

    Aku tak layan sebarang cerita kat screen . Hanya bangun apabila depa serve makan je , makan sampai licin dan tidur lagi .

    Lagi sejam nak sampai , baru aku bangun . Luruskan kaki pi jalan2 ke belakang . Kalau tak, habis semua urat saraf beku woooo
    Capai DSLR dan sempatlah snap 3-4 keping foto dari tingkap nakko kapal terbang tu



  6. #21

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Memang kalau ikut hati , rasa tak sanggup nak terbang lelama ni bila usia dah semakin meningkat . Tapi dah tertulis sejak azali aku akan jejakkan kaki ke bumi Uncle Sam .

    Biasanya kalau kami pi travel, pasti traveler rice cooker kami pi angkut sekali. Kali ni kami hanya bawa bekalan maggi je serta makanan dalam tin dengan harapan senang nak cari makan halal nanti kat sini.

    2 helai jaket pula aku pikul bawak sekali . Satu light jacket dan satu lagi jaket kulit kerana cuaca di US lebih2 masa winter memang tak boleh dijangka . Habis sarung tangan aku bawak sekali . Cuma cangkul dan pongkes je tak bawak





  7. #22

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    ALHAMDULILLAH

    Penerbangan hari ni berjalan lancar, cuma adalah jugak 3-4 kali "air pocket" kerana sepanjang dari HK tadi kira merentas Lautan Pacific. Kerana asyik makan tidur , makan tidur, aku rasa semacam je sembab badan ni . Nampaknya kejap lagi "seksaan dunia" akan berakhir tak lama lagi . Dijangka mendarat di LAX dalam pukul 10 pagi nanti.

    Lega rasanya bila selamat mendarat . Kerana LAX ni punyalah besar dan sentiasa sibuk , turun flight terus naik bas perantara untuk ke terminal pula. Boleh tahan dingin juga apabila bayu bertiup kencang . Tapi aku masih gagah dengan sehelai t shirt pagoda yang aku pakai. Jaket semua kat dalam bagasi besar.

    Satu bab dah selamat. Bab kedua pula yang paling penting iaitu melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam kerana tak semestinya ada visa US, kita boleh masuk US . Macam biasa tiada foto boleh diambil dalam kawasan tersebut . Panjang juga barisannya tapi kaunternya banyak sekali . 20 minit lepas beratur tiba giliran kami. Unjuk pasport dan kena scan biometrik iaitu semua jari kiri-kanan tangan kena. Jari kaki tak payah hehehe

    Sambil pegang pasport aku, pegawai tu tanya aku beberapa soalan asas seperti First Name and Last Name , berapa lama aku nak tinggal kat US serta berapa karung duit aku bawak untuk menampung sepanjang sepurnama aku kat sana .

    Ayat akhirnya "Welcome To America" & "Enjoy Your Holiday"
    Maka secara rasminya aku memulakan pengembaraan aku kat bumi United State of America


    On The Way To Orange County

  8. #23

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Lepas depa cop kat pasport aku untuk 6 bulan , kenalah pulak ambil bagasi besar pula. Sebelum tu masa dalam flight lagi, kena isi form mendarat dulu yang banyak jugak soalannya. Aku istihar ada bawa makanan kerana banyak jugak makanan dalam tin yang aku bawa seperti sardin dan sewaktu dengannya yang jenis kalau nak makan panaskan aje dalam microwave.

    Kerana lepas pemeriksaan imigresen , ada lagi satu pemeriksaan kuaratin oleh pihak berkuasa mereka. Dia tengok aku "tick" kat bahagian ada bawa makanan , dia tanya apa dia. Sebenarnya US mcm Australia juga. Makanan yang dimasak bukan dalam tin dan bukan keluaran kilang sebenarnya tak boleh bawak masuk . Aku cakap la sardin bla,bla,bla

    Depa tak buka beg besar aku , tapi dia suruh aku bawak kat tempat scan pihak kuarantin pula sebelum aku dapat keluar dan menghirup udara segar nyaman bandar Los Angeles.
    Alhamdulillah , semua beres dan akhirnya secara rasminya aku akan merealisasikan pengembaraan aku ke sebelah Pantai Barat US .


    Menuju Knott's Berry Farm Resort

  9. #24

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Aku akan berada di LA selama beberapa hari . Target aku nak pegi Disneyland Park California , Universal Studio Hollywood, sekitar Dolby Theater dan Walk Of Fame yang terletak di Down Town LA serta sebuah Factory Outlet berdekatan . Kami menginap di pinggir bandar LA untuk mengelakkan kesesakkan kerana LA yang penduduknya hampir 10 juta orang pasti sesak dengan kenderaan semasa hari berekrja hingga ungkapan "bumper to bumper" amat popular walaupun lebuh rayanya 4-5 lorong sebelah.Jadi jalan terbaik ialah menginap di Knotts Berry Farm Hotel & Resort yang terletak di Orange County.

    Harga hotel taraf 4 star sini tak mahal dalam USD100++ je semalam dan kemudahannya setaraf 5 bintang kat tempat kita . Sekarang semua dah mudah, gogel je dan cari je dalam internet pilihan hotel mana yang kita nak menginap.

    Sampai bilik yang pertama sekali ialah mandi kerana hampir seharian dah tak mandi , tapi badan tetap harum dan tak busuk pasal tak berpeluh. Kami kena set time tidur nanti dan kena ikut waktu US kerana kalau tak, jetlag akan melanda . Kalau dah jetlag bak kata kumpulan Jambu, "Apa Pun Tak Boleh" hehehe




    kalau sapa yang ada sticker OKU je boleh parking
    dah jadi budaya mereka menghormati kemudahan
    yang disediakan utk OKU
    Kalau kat Tanah Melayu , hampehhhhhh
    suka hati depa je parking
    cacat jugak kot, tapi cacat akal hahaha
    fikir-fikirkan lah ....

  10. #25

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    OK, drebar aku dah tunggu lama aku kat kereta,
    aku nak meronda dulu pi carik makanan sikit kat kedai runcit depa
    Malam nanti aku sambung ye
    Harap kalian enjoy cerita merapu aku ni dan enjoy foto2 yang tak seberapa dari ku

    Chowww




  11. #26

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Quote Originally Posted by rezeki View Post
    OK, drebar aku dah tunggu lama aku kat kereta,
    aku nak meronda dulu pi carik makanan sikit kat kedai runcit depa
    Malam nanti aku sambung ye
    Harap kalian enjoy cerita merapu aku ni dan enjoy foto2 yang tak seberapa dari ku

    Chowww



    Wow...besonya kete. mesti ada pawagam dalam tu...tak sabar tunggu sambungannya..dan tak sangka abam rezeki pun dari JB juga...seronotnyee...

  12. #27

    Join Date
    Mar 2011
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    295

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    abg rezeki ni keje apa la gamaknya ya..tiap2 taun bejalan.. moleknya kalau abg rezeki sertakan sekali bajet untuk tatapan kami. taknak la kerana asyik berjalan, seme simpanan dihabiskan
    faqir ilallah;
    mohd jaafarudin bin md ali

  13. #28

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    dia seorang peniaga yg berjaya Ustaz. saya pernah jumpa dia, tapi lama dah kami tak ngeteh sama.. hehe

  14. #29

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Aku ke Ralphs nak cari sikit bekalan minuman kerana sebarang cecair melebihi 100 ml mmg tak boleh bawak naik kapal tobang. Lagi pun buat berat bag je dan tak pernah dibuat orang

    Kat bilik hotel mmg ada disediakan kemudahan membuat minuman panas seperti teh dan kopi . Tapi nampaknya aku kena lupakan sementara keenakkan teh tarik buat seketika.

    Yang pasti lepas ni pasti susah dan jarang nak jumpa nasi dan kenalah aku ubah diet pemakanan aku buat seketika.



  15. #30

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    miesterzens

    yang takde gerai mamak je dlm tu
    teman tak duduk JB tapi selalu ke sana kerana krn urusan jual gotah beku hehehe
    teman duduk kat pondok kat area belungkor tu, dekat dgn kebun getah

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •