Page 21 of 21 FirstFirst ... 11192021
Results 301 to 303 of 303

Thread: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

  1. #301

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    SIARAN TERGENDALA SEMINGU DUA


    Minta Maaf
    Kembara Ku Di Bumi America di FMDC
    terpaksa berhenti seketika
    dalam seminggu dua
    kerana ada tugasan lebih penting terpaksa diselesaikan


    ALHAMDULILLAH

    Insyallah , ini adalah post terakhir dari Tanah Melayu sebelum aku melakukan suatu misi kembara seketika untuk 8-9 hari menyahut panggilan dan jemputan Allah dan menziarahi rumahNYA .

    Maka kembara kami ke bumi para anbia' dan aulia'
    yang penuh keberkatan akan bermula
    selepas solat jumaat nanti.

    Dipohon kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan
    dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatanNYA
    sebelum , semasa dan selepas kami menziarahi
    Baitullah nanti.

    Insyallah,
    jemputan kami ke sana memang agak singkat sangat
    namun yang penting kami dapat mengunjungi Rumah Allah
    dan melepaskan kerinduan kami terhadap
    Tanah Suci.
    Nanti aku kongsikan segala cerita suka duka
    disebaliknya apabila pulang nanti dengan izin Allah jua.

    Cerita kat US pun tak habis lagi , tapi jemputan Allah ini lagi penting dan mustahak .

    Alhamdulillah
    walaupun beberapa kali Allah memberikan aku peluang menyahut panggilannya dan menziarahi Baitullah, tapi pada setiap kali kunjungan itu juga, aku akan rasa teruja dan debarannya dan setiap kali itu juga , aku anggap satu pengalaman baru yang bakal aku tempuhi di mana inilah tempat yang paling agung di muka bumi ini pada ku yang tak pernah jemu2 untuk dikunjungi biarpun beribu kali .

    Di kesempatan ini , aku bagi pihak ahli keluarga kami
    dengan rasa rendah diri ingin memohon kemaafan sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa dan juga sekiranya ada yang terasa hati sepanjang berforum di FMDC ni.

    Doakan agar kami sekeluarga selamat menjalani ibadah di sana dan sentiasa dipelihara akan kesihatan dan keselamatan kami serta apa jua dan dipermudahkan segala2 di sana dan dapat menyempurnakan segala ibadah dengan baik dan sempurna seperti yang dituntut oleh syarak.

    Insyallah,

    aku juga tidak akan lupa mendoakan untuk kesejahteraan
    dan semoga kalian
    semua sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan
    dari Allah S.W.T.


    لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
    لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
    إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ
    لاَ شَرِيْكَ لَكَ



    Hamba Mu datang menyambut panggilan Mu, Ya Allah
    Hamba-Mu datang menyahut panggilan Mu
    Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu
    yang tiada sekutu bagi-Mu



    Penorama dan Suasana Yang Tidak Pernah Menjemukan
    Kami datang menyahut panggilan dan jemputan Mu Ya Allah









  2. #302

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    sg.petani
    Posts
    108

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    Tak terucap dgn kata2 ....

  3. #303

    Join Date
    Dec 2009
    Location
    sg.petani
    Posts
    108

    Re: KEMBARA KU Di BUMI AMERICA

    mana pi membe ni ...lama tak update,rindu plak nk dgr crita ni ...hmmmm

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •