Results 1 to 7 of 7

Thread: pertanyaan - gambar blur

  1. #1

    Join Date
    May 2013
    Location
    port klang
    Posts
    9

    pertanyaan - gambar blur

    salam semua..

    setelah sekian lama saya belajar teori pasal slow shutter speed photography, hari ni baru 1st time sy berpeluang nk wt praktikal pulak, jadi saya memilih untuk shoot kat sungai..

    tp ada sedikit pertanyaan.. kenapa gambar saya mcm x sharp.. maksud saya gambar air ok la dpt dia pny blur.. tp gambar batu-batuan pada air tu x sharp.. sepatutnye background & batu2 suma sharp.. just air je yg nampak mcm blur.. tapi batu pun x sharp..

    saya menggunakan kitlens je dan tripod.. adakah saya tersalah teknik atau jika ada tips2 yg patut saya lakukan, harap otai2 suma dapat beri tunjuk ajar..

    contoh gambar:

    EXIF:
    iso 100
    f 16
    focal length 55mm
    30sec.
    nd filter ND16

  2. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: pertanyaan - gambar blur

    getaran kecil dari pergerakan cermin dalam kamera boleh buat gambar blur lebih2 lagi focal length panjang seperti 55mm tersebut. elok dipraktikkan teknik mirror lock up supaya dapat hilangkan getaran. kalau pakai live view pon elok jugak sebab cermin dah diangkat siap2 tinggal shutter curtain jer nak dibuka.

    antara sebab lain adalah kekukuhan tripod yang digunakan. ni kaki tripod kena air tak? kalau kaki tripod masuk air elok disangkutkan benda berat lagi bagi mengelakkan getaran.

    press button shutter pon boleh sebabkan blur. elok pakai cable release/remote atau pakai timer untuk tekan shutter.

  3. #3

    Join Date
    May 2013
    Location
    port klang
    Posts
    9

    Re: pertanyaan - gambar blur

    Quote Originally Posted by adavirus View Post

    ada kemungkinan juga disebabkan saya x guna mirror lockup.. pasal tu blur..

    masa amik gambar ni tripod memang masuk air.. mungkin disebabkan pergerakan air telah membuat tripod sedikit bergoyang.. nak2 saya pakai tripod free gift je..

    untuk point ke3 ni saya menggunakan timer untuk release shutter..

    tapi nak tanya sikit.. adakah pengunaan nd filter yang murah juga menjadi penyebab kualiti gambar tidak sharp??

  4. #4

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: pertanyaan - gambar blur

    pada saya gambar ni lebih kepada unsharp image bukannya blur. maybe boleh adjust sharpening value pada picture style dalam kamera.

    ND filter murah biasanya akan memberi kesan Chromatic Abbreviation (CA). Kalau nampak cam tak sharp maybe disebabkan kesan minyak pada kaca filter.

  5. #5

    Join Date
    May 2013
    Location
    port klang
    Posts
    9

    Re: pertanyaan - gambar blur

    Quote Originally Posted by adavirus View Post
    pada saya gambar ni lebih kepada unsharp image bukannya blur. maybe boleh adjust sharpening value pada picture style dalam kamera.

    ND filter murah biasanya akan memberi kesan Chromatic Abbreviation (CA). Kalau nampak cam tak sharp maybe disebabkan kesan minyak pada kaca filter.

    mohon penjelasan...

    apakah yang di maksudkan dengan "unsharp"

  6. #6

    Join Date
    Feb 2007
    Location
    cyberjaya
    Posts
    4,340
    Un = tidak
    Sharp = tajam

    Sent from my selipar using Tapatalk 2
    Mengkomen lebih senang daripada membuat apa yang dikomen sendiri.....

  7. #7

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: pertanyaan - gambar blur

    Untuk kurangkan image blur...

    Lens
    1. Lens kena bersih betul-betul dari kesan cap jari, debu atau fungus yang teruk. Gunalah kit pembersih yang betul.
    2. Jenis lens juga ada memberi kesan. Lens yang mahal lazimnya dibina dgn kaca yang lebih berkualiti yang boleh baiki CA (color fringing). Ini secara drastik membaiki contrast.
    3. Filter yg diguna perlu juga bersih dari kesan comotan.
    4. Pilih aperture yang betul untuk kesan DOF yang terbaik. Tidak selalu aperture yg kecil lebih baik. Ini kerana lens (terutama yg asas) akan ada isu 'diffraction' yg boleh menjadikan imej lebih soft. Cuba selidik beberapa review tentang kualiti lens yg sedang diguna.
    5.Apply teknik hyper focal distance. Memilih point focus yang lebih tepat mengikut lens yg diguna.

    Tripod
    1. Tiada yg boleh menafikan, tripod yang tegap akan memberi gambar yg kurang gegar. Tak ada pilihan kenalah dapatkan tripod yg lebih baik.
    2. Tambah sokongan pada tripod untuk beri lebih stabil.
    3. Guna live-view dan self timer 2 sec... jika tak ada remote release.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •