Results 1 to 5 of 5

Thread: Canon 70-200mm f2.8 v Canon 70-200mm f4

  1. #1

    Canon 70-200mm f2.8 v Canon 70-200mm f4

    Bercakap tentang tajuk di atas, pasti pengguna tegar Canon mengidam untuk memiliki salah satu lens berkenaan. Kedua-duanya datang dengan versi IS dan Non IS.

    Bagaimanapun, harga mungkin jadi penghalang untuk memiliki lens dengan bukaan pengatup 2.8 yang mencecah hampir 7 ribu untuk model baru versi IS.

    Kalau mempunyai bajet sekalipun, mungkin fikir 2/3 kali juga untuk mendapatkan lens terbabit. Justeru, adakah berbaloi mendapatkan Canon 70-200mm f4 berbanding Canon 70-200mm f2.8?

    Jika membeli model terpakai sekalipun, pentingkah versi IS bagi Canon 70-200mm f2.8?

    *Sigma 70-200mm f2.8 OS HSM pun mengancam juga

  2. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Canon 70-200mm f2.8 v Canon 70-200mm f4

    kalau selalu pakai monopod or tripod rasa tak penting sangat IS. lainlah kalau handheld selalu memang perlu.

    kalau bab berbaloi atau tak, tengok pada keperluan lah. setakat nak bawak jejalan baik tak payah beli. biasanya bagi peminat tegar memburung atau sukan, pasti ni lens pilihan. nak buat wedding saya rasa cam tak betul.

  3. #3

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Canon 70-200mm f2.8 v Canon 70-200mm f4

    bagi pandangan saya pula, saya yang memiliki salah satu lens yang di sebutkan di atas, IS memang penting terutama pada saya yang menggunakan body crop yang tidak advance mana. pengalaman menggunakan 70-200 f2.8 IS USM di dalam dewan yang kurang cahaya, IS sangat banyak membantu kerana saya boleh menggunakan sehingga 1/60 kelajuan shutter bagi focal length 200mm dengan hasil gambar yang terang dan ketajaman yang boleh di terima serta noise yang tidak melampau (selalunya kalau indoor saya pakai ISO800 je memandangkan kalau lebih dari tu akan timbul noise, dan saya memang malas nak buang kt PC).

    nak beli atau tak itu mengikut keperluan masing-masing. memang di akui harganya agak mahal namun harus di ingat mengapa ianya menjadi pilihan ramai wedding fotografer. lens 70-200 ni adalah lens yang pelbagai guna mengikut keperluan masing-masing.

    Tentang pemilihan f4 atau f2.8...hehehe..berdasarkan pengalaman saya le..keduanya tak jauh beza sangat. cuma kalau dalam kondisi yang benar2 kurang cahaya atau inginkan DOF yang betul2 nipis...f2.8 tu memang cun. tapi dari segi kalau buat kerja, saya prefer pakai sebesar f/4 je...

    #70-200 f2.8 IS USM...berat derrr....aku dah tua ni tak larat nak pikul lama2..hehehe

  4. #4

    Re: Canon 70-200mm f2.8 v Canon 70-200mm f4

    Alhamdulillah.. setelah membuat pertimbangan dan mendapatkan beberapa pandangan.. akhirnya saya berjaya mendapatkan Canon 70-200mm f2.8 L non IS dengan harga berbapatutan di Fotokem Plaza Low Yat.. belum sempat nak test lens ni secara langsung.. cuma beberapa gambar tumbuhan untuk test bokeh je tempoh hari.. mmg mengancam..

  5. #5

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Canon 70-200mm f2.8 v Canon 70-200mm f4

    tahniah bro! berapa harga? saya pernah try sigma 70-200 2.8 dengan canon 70-200 f4 is. memang best lah semua. sedang menabung ni

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •