Tarikh: 11-13 Oktober 2013
Tempat: Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

Penyertaan Untuk
Pameran Fotografi “Heaven on Earth”
Untuk edisi ke-17, KLPF 2013 bakal membawakan sebuah ekspresi perasaan sayang, syukur dan penghargaan terhadap keindahan yang alam semulajadi berikan kepada manusia sejagat.

Tema pameran tahun ini adalah “Heaven on Earth”. Tema ini boleh diterjemahkan dalam maksud yang meluas, perhubungan sesama manusia, cara hidup, alam semula jadi, seni bina, seni abstrak, seni halus dan pelbagai hasil karya kreatif di atas muka bumi ini.

Pameran ini dibuka kepada peminat fotografi tempatan. Anda dijemput untuk menghantar imej kreatif (berwarna/ hitam putih) bertemakan “Heaven on Earth” kepada PCP Publications.

Setiap jurugambar dihadkan kepada 10 keping gambar (maksimum) bagi setiap penyertaan dan setiap gambar hendaklah beresolusi 300dpi atau bersaiz 2MB ke atas. Kami hanya menerima fail JPEG dengan resolusi tinggi. Sertakan maklumat peserta – nama, alamat emel dan nombor telefon. Terma dan syarat penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.klpf.com.my.

Tarikh tutup untuk menghantar gambar Pameran 'Heaven On Earth': 31 Julai 2013

Sila emelkan gambar anda dalam bentuk ‘soft copy’ kepada klpf@pcp2u.my atau pos CD anda kepada PCP Publications.

Alamat:
PCP Publications
154-4-1, Kompleks Maluri,
Jalan Jejaka, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur

Untuk pertanyaan, sila menelefon 03-9281 8039 / 016-715 1703 atau emel kepada klpf@pcp2u.my atau layari laman sesawang www.klpf.com.my.

Facebook: KLPFMalaysia