Results 1 to 13 of 13

Thread: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

  1. #1

    Join Date
    Jul 2013
    Posts
    5

    Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    salam.. sory kalau salah tempat bertanya..sy budak baru.. sy nak tanya mode ape yg selalu korang guna pada DSLR contoh (Auto,P,A,S,M, scene Dll)?

    aku teringin nak belajar mode manual.. tp agak ssh.. nak ambk satu gambar kene 10x try n error dulu baru ok skt..


    blh tak otai ajar skt mcm mane nak setting manual Nikon D7100, 18-105mm?

  2. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    Bukannya semua org pro akan selalu guna mode manual. Bergantung pada keadaan lah. Kalau jalan2 biasa saya guna P tapi ada masa kalau nak shoot creative sikit akan pakai A. Kalau nak shoot benda bergerak elok pakai S/Tv. Manual selalu saya guna kalau malam dan pakai speedlight.

  3. #3

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    makro- M.
    street- A atau P
    landscape- M atau preset
    malas2- auto
    panning- S

    yang pertama sekali ialah belajar faham metering. lepas tu prektis guna A dan P untuk faham kesan nilai aperture dan shutter speed. bila rasa nak kawalan sepenuhnya, beralih kepada M.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  4. #4

    Join Date
    Mar 2011
    Location
    Jitra/Marang
    Posts
    167

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    sekadar kongsi cara penggunaan mode M yang saya duk amal sementara tunggu berbuka..tak tau la betul ke tak caranya..bagi saya kunci penggunaan mode M ialah EV meter.klu pandu pada tu mesti kita dapat kawal exposure yang kita nak macam2 mana..saya guna mode M bila nak speed dan aperture yang dalam kawalan saya.biasa saya akan set iso auto selagi rasa iso tu munasabah untuk digunakan.klu rasa iso tinggi sangat turunkan je speed klu masih nak kekalkan aperture yang dikehendaki.cara ni saya kerap guna untuk ambil gambar anak yang duduk tak diam atau ape-ape yang bergerak laju dan masa sama nak dof yang diinginkan..klu nak berlandskap iso saya set manual..

  5. #5

    Join Date
    Jul 2013
    Posts
    5

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    oo.. maksud nye kalau pakai Mode M ni kene setting secukup rasa sendiri la kn? ok.. sy penah guna mode M ..lps set aperture dan s.speed..bila tkn shut..camera x shut..knp ya?

    soalan : kalau pakai mode A,P,S tak perlu setting ape2 dah la? ke kene setting jgk aperture n s.speed?

    sorry la kalau soalan nmpk bodoh.. mmg xde pengalaman guna DSLR sblm ni.. baru nk berjinak jinak..

  6. #6

    Join Date
    Mar 2011
    Location
    Jitra/Marang
    Posts
    167

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    takpe.saya dulu pun gitu jugak.naik pening nak faham sebab jenis takut nak bertanya dan main faham melalui pembacaan dan try/error.tabik pada tuan sebab bersungguh2 dan tak malu bertanya...
    bagi saya mode M ni boleh jugak kita guna untuk faham kaitan antara shuttle speed, aperture dan iso..caranya kita set shuttle speed, aperture dan iso(manual)..kemudian adjust cuba main-main dengan tiga benda tu.dalam masa yang sama cuba perhatikan perubahan pada ev meter bila kita main dengan ketiga-tiga benda tu..bila bacaan duduk kat angka 0 maknanya tu la bacaan yang ideal.kalau negatif contohnya -1,-2 menunjukkan gambar akan under expose(ke arah gelap), kalau ke positif cthnya +1,+2 menunjukkan gambar akan over expose(ke arah cerah).tapi tak semua gambar nak bacaan yang ideal (0).ada kalanya kita nak gambar yang under expose seperti nak ambil gambar silhoutte umpamanya..matering dan titik fokus juga akan mempengaruhi bacaan dan hasil gambar.
    mode P kamera akan kawal speed, aperture, dan iso(auto), kita kawal iso(manual) + ev meter.
    mode A kamera akan kawal speed dan iso(auto), kita kawal aperture , iso (manual)+ ev meter
    mode S kamera kawal aperture dan iso(auto), kita kawal speed, iso(manual)+ev meter
    harap boleh membantu tuan..tak tau la cara saya ikut cara sebenar ke tak.sekadar berkongsi cara saya kot-kot dapat membantu

  7. #7

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    Disarankan agar menggunakan ejaan yang mudah difahami bila bertanya soalan agar tiada kekeliruan. Elakkan short from style sms. Otai2 generasi hanty tak faham nanti.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  8. The Following 2 Users Like This Post:


  9. #8

    Join Date
    Jul 2013
    Posts
    5

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    thanks boss... sy memang lembab skt kalau baca buku ni.. heheh.. lebih suke bertanya dari baca sendiri... info yang sangat membantu... lepas godek2.. memang serius cakap.. fotografi memag best... kalau ada org boleh ajar a-z lagi best...hehe

  10. #9

    Join Date
    Jul 2013
    Posts
    5

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    Quote Originally Posted by red View Post
    Disarankan agar menggunakan ejaan yang mudah difahami bila bertanya soalan agar tiada kekeliruan. Elakkan short from style sms. Otai2 generasi hanty tak faham nanti.

    sorry boss... jari jemari dah terbiase tulis ringkas.. hehe... macam ni ok tak boss?

  11. #10

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Batu Pahat, Johor
    Posts
    1,682

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    Kenali nilai-nilai Exposure Value lebih dahulu barulah bercakap tentang shoot manual mode M. Walaupun set mode "M" tetapi iso di set kepada auto itu sebenarnya bukan full manual. Itu masih dalam mode auto juga sama dengan mode "A" dan mode "S". Kita boleh set aperture dan shutterspeed sesuka hati kita selagi masih dalam range Exposure dan kamera secara automatik akan mencari dan pilih iso yang sesuai untuk kita.

  12. #11

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    ...bila dah mahir mode M..lepas tu nakguna mode haper pun sukahatilah...mode blasah hanya utk org mcm hanty jer ya
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  13. #12

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    Quote Originally Posted by zainzubir View Post
    ...bila dah mahir mode M..lepas tu nakguna mode haper pun sukahatilah...mode blasah hanya utk org mcm hanty jer ya
    Blasahtography tu mode "B", hanty.....hehehe

  14. #13

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Mode ape yang selalu korang guna pada DSLR?

    Saya selalu guna kesemua... P, Tv, Av dan M. Mengikut keadaan dan suasana. Samada nak cepat atau nak enjoy. Pemilihan mana satu mode juga sebenarnya berkait-rapat dengan efficiency.

    Tips paling berkesan nak belajar Manual ialah guna kamera filem. Cuba dapatkan satu dengan lens 50mm dan hadapi dunia dengan penuh debaran... Tapi yang lazim saya buat semasa kursus adalah dengan menutup LCD kamera tu... (tapi ni kena ada disiplin).

    Masa ini baru kita akan tahu kenapa asas-asas fotografi perlu betul-betul kita fahami.... Tahniah sebab anda ingin menguasai fotografi secara mode manual.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •