Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 18

Thread: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

  1. #1

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    Photo Challenge # 275 |Bumbung & Siling

    سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
    السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

    SYARAT DAN PERATURAN PHOTO CHALLENGE
    1.0 Syarat Am
    + Terbuka kepada semua ahli FMDC yang berdaftar
    + Setiap ahli hanya boleh hantar SATU (1) gambar sahaja
    + Saiz gambar mesti bersaiz TIDAK LEBIH 640(long side) x 480 pixel..
    + Proses pertandingan akan berlangsung selama SEMINGGU sahaja (Tarikh tutup Selasa, 20 Ogos 2013, 11:59 PM)
    + Exif data TIDAK diperlukan.
    + Forumer dibenarkan untuk membuat komen terhadap foto yg dihantar peserta.

    2.0 Tanggungjawab Juri
    + Juri adalah pemenang yang dipilih oleh pemenang sebelumnya.
    + Terdapat DUA (2) PEMENANG atau lebih yg mesti dipilih JURI.
    + Juri WAJIB memberi komen utk DUA pemenang yang dipilih
    + Juri hendaklah memberi ULASAN MEMBINA kepada setiap pemenang-pemenang utama sebagai suatu komen pembelajaran. Tiada ulasan bermakna objektif pembelajaran tidak akan tercapai antara peserta2 dan forumer yg lain.
    + Keputusan juri adalah MUKTAMAD
    + Juri hendaklah mematuhi tempoh pertandingan. Sekiranya terlewat, moderator secara otomatik akan merampas kuasa dan berhak memilih pemenang tanpa sebarang notis.
    + Juri yang gagal mematuhi peraturan yg disediakan akan dikenakan penalti iaitu tidak dibenarkan menghantar gambar pada 2 topik seterusnya.

    3.0 Tanggungjawab Pemenang
    + PEMENANG PERTAMA mesti membuka topik PC yang seterusnya mengikut tema yang dipilih sendiri (bebas).
    + Satu hari diberikan masa untuk membuka topik PC seterusnya.
    + Sekiranya pemenang pertama tidak membuka topik dalam masa satu hari, PEMENANG KEDUA layak mengambil alih untuk membuka topik(satu hari juga).
    + Pemenang mestilah memilih topik baru yang berbeza dengan topik yang sebelumnya(yg telah dipertandingkan). Sila semak senarai PC terlebih dahulu.
    + Pemenang yang membuka topik PC seterusnya LAYAK DAN WAJIB MENJADI JURI BAGI TEMA TERSEBUT dan memilih dua pemenang lagi.

    4.0 Apa yang menyebabkan gambar anda dibatalkan?
    + Kegagalan Mematuhi ukuran lebar gambar maksima (640px)
    + Menghantar gambar selepas tamat tempoh pertandingan
    + Menukar gambar yg telah di hantar
    + Off topic


    Bumbung & Siling

    - Pertamanya saya memohon maaf atas kelewatan Photo Challenge kali ini atas sebab-sebab keluarga dan kesibukan kerja
    - Keduanya saya memohon maaf kerana topik Photo Challenge kali ini tidak berkisar kepada sambutan Aidilfitri yang baru berlalu, kerana saya sendiri tak sempat nak prepare sampel gambar raya


    - Topik kali ini adalah agak ringkas, lebih kepada fotografi architectural dan abstrak

    - Peserta bebas menghantar apa2 gambar yang mengandungi bumbung dan siling

    - Kewujudan objek lain sebagai fokus kurang digalakkan - sebaik2nya gambar hendaklah menunjukkan keindahan bumbung atau siling itu sendiri. Namun kewujudan objek lain dalam gambar untuk menjadi sumber kekuatan gambar adalah bonus

    - Contoh2 gambar koleksi peribadi juri


    Colored Glass Tower by Encik Capin, on Flickr


    Just Another View by Encik Capin, on Flickr


    Tokyo Camii Mosque - Interior Dome by Encik Capin, on Flickr


    The Inner Dome of Zahir Mosque by Encik Capin, on Flickr


    Al-Hussain Mosque - Interior by Encik Capin, on Flickr


    Ntah by Encik Capin, on Flickr

    Selamat Mencuba dan Salam Aidilfitri..!

  2. The Following User Like This Post:


  3. #2

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    support abam capin!


  4. #3

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    ..jpm meriahkan..nampak mudah tetapi sukar nims ..mana situan hj askme..dia byk koleksi yg menarik juga..
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  5. #4

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling


  6. The Following 2 Users Like This Post:


  7. #5

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    up 1...


  8. #6

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    Sekadar memeriahkan PC kali nih...

    Sebahagian siling dan kubah Masjid KLIA

    my gallery @zenfolio.com | my photo blog | my images for sale | my folio @ MIR
    Which of my photographs is my favorite? The one I'm going to take tomorrow. - Imogen Cunningham

  9. The Following User Like This Post:


  10. #7

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    org repair bumbung aci ker??...tak aci pong takper aaar dah nims jer yg ada

    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  11. The Following User Like This Post:


  12. #8

    Join Date
    Dec 2008
    Location
    cheras
    Posts
    1,058

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    kira bumbung gak ke ni tuan?

    jom jual gambarpistolseven gallery

  13. #9

    Join Date
    Dec 2008
    Location
    cheras
    Posts
    1,058

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    rasa nak share satu lagi gambar la kot... bole ye... langgar syarat dah ni... otomatik penyertaan batal...sori

    Last edited by pistOL7; 21st August 2013 at 07:41 AM.
    jom jual gambarpistolseven gallery

  14. #10

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    harap hantar SATU gambar sahaja..
    atau penyertaan akan terbatal

  15. #11

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    Tamat tempoh.. terima kasih atas sambutan dan penyertaan
    Petang ni saya akan umumkan pemenang

  16. #12

    Join Date
    Jun 2009
    Location
    duk d gAnu lagi takat ning
    Posts
    222

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling


  17. #13

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    Maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang..
    BZ keroje.. (eksiden ramai2 plak tu.. takziah)

    OK dengan ini mengumumkan pemenang...

    Tempat pertama
    fotokrapika

    Gambar yang simple tetapi kesimetrian pada rangka bumbung yang timbul menjadikan gambar yang sangat abstrak. Conversion ke B&W juga menjadikan gambar tampak begitu misterius. Saya suka


    Tempat Kedua
    aboyNajun

    komposisi yang seimbang, warna yang tenang dan gambar yang sharp. Cuma kalau lebih banyak difokuskan ke atas kubah tu mungkin perspektif akan tampak berbeza.


    Catatan khas:
    Juri sebenarnya lebih berkenan dengan gambar saudara pistOL7 untuk dipilih sebagai pemenang

    tapi sebagai juri saya perlu bersikap adil terhadap peraturan photo challenge, di mana hanya SATU penyertaan sahaja dibenarkan atau penyertaan terbatal.
    Diharap peserta dapat mematuhi peraturan umum photo challenge selepas ini.

    Keputusan juri adalah muktamad.

    Tahniah kepada para pemenang dan sila buka topik baru.

    Maaf kalau juri strict sangat..

  18. #14

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    tahniah kepada semua pemenang dan peserta. gambar pemenang tu memang world class, tu yg terkedu tengok terus serender.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  19. #15

    Re: Photo Challenge # 275 | Bumbung & Siling

    Alhamdulillah thanks juri kerana memilih gambo saya menjadi tempat kedua...tahniah kepada pemenang! anda mmg terbaikkkk! tahniah kepada semua peserta jugak!!

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •