Results 1 to 10 of 10

Thread: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

  1. #1

    Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    As Salam. Kali pertama cuba shoot bunga api di Putrajaya pada 31 Ogos 2013 . . . dengan sedikit tips melalui forum FM ni dapat gaklah bunga api tu yang tak seberapa tetapi malangnya banyak sangat asap yang masuk dalam frame. Mohon bantuan sahabat sahabat yang budiman bagaimana kah caranya membuang asap bunga api dengan mengunakan software Photoshop. Dilampirkan contoh gambar dengan D90 mode M, f/10, 4 sec, ISO 100.

    Terima Kasih.


  2. #2

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    kalau tak ketara, naikkan contrast je pakai Level. tarik slider kiri (shadow) dan kanan (highlight). bila background makin hitam, hilang la kut asap tu. lagi cun guna clone stamp tapi banyak keje la nak kena chop satu2.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  3. #3

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    pendapat saya ialah "masking" dengan satu lagi imej yang telah di gelapkan...

  4. #4

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    Quote Originally Posted by red View Post
    kalau tak ketara, naikkan contrast je pakai Level. tarik slider kiri (shadow) dan kanan (highlight). bila background makin hitam, hilang la kut asap tu. lagi cun guna clone stamp tapi banyak keje la nak kena chop satu2.
    terima kasih tuan, dah cuba ikut turutan slider highlight dan shadow malangnya background pun turut gelap.

  5. #5

    Join Date
    Apr 2012
    Location
    Cheras
    Posts
    88
    Background pun kosong je kan so xpe kot kalu gelap pun...

  6. #6

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    selalu time shoot sangat penting. few shot memula bunga api tu je yg cantik. lepas2 dari tu memang asap je. time shoot tu lepas bunga api tu keluar, kena tutup lens pakai card. kalau nak perfect exposure, kena blending. susah nak dapat cantik dengan single exposure.


    bab PP, mungkin boleh try burn sikit kat bahagian asap tu, colour balance warna asap tu ke warna gelap. so xde nampak sangat.

    low kan exposure sesedap rasa, lepas tu foreground masking balik dengan gambar asal.
    membaca dari 2008 di fdmc, last last lupa password.huhu

  7. #7

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    Quote Originally Posted by WanZaid View Post
    Background pun kosong je kan so xpe kot kalu gelap pun...
    terima kasih tuan, saja nak cuba edit supaya background nampak sikit dan asap taklah terlalu banyak sangat.

  8. #8

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    Quote Originally Posted by WanZaid View Post
    Background pun kosong je kan so xpe kot kalu gelap pun...
    background air kat bawah tu kasi mask la. langit biar hitam.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  9. #9

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    Quote Originally Posted by nelza_ax View Post
    selalu time shoot sangat penting. few shot memula bunga api tu je yg cantik. lepas2 dari tu memang asap je. time shoot tu lepas bunga api tu keluar, kena tutup lens pakai card. kalau nak perfect exposure, kena blending. susah nak dapat cantik dengan single exposure.


    bab PP, mungkin boleh try burn sikit kat bahagian asap tu, colour balance warna asap tu ke warna gelap. so xde nampak sangat.

    low kan exposure sesedap rasa, lepas tu foreground masking balik dengan gambar asal.
    terima kasih atas info dan maklumat yang menarik semoga dapat dikongsi oleh rakan rakan forumer FM yang lain jugak.

  10. #10

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: Bagaimanakah cara membuang asap (smoke) bunga api ..?

    Asap tu memang sesuatu yang natural. Kalau nak dapatkan shoot yg kuang asap, kena ambik masa awal-awal. Tapi kalau gitu, mungkin boleh dikurangkan semasa editing. Nak hilangkan terus, banyak sangat kerja hanya setakat mengurangi saja.

    Dalam keadaan begitu, post processing mungkin satu-satunya cara untuk mengurangi kesan asap. Bunga api tu pun dah agak lebih terang dari subjek lain, jadi kalau adjust/tarik tone-curve sikit kebawah, dapatlah kurangkan sikit brightness. Kesan 'asap' pun boleh dikurangkan... Kalau kita guna stamp-tool, jika kurang teliti, mungkin nampak tak natural.
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •