setuju.....
Garis Panduan Berforum di Portal Fotomedia Malaysia
Berikut adalah syarat yang mesti dipatuhi oleh semua ahli forum yang digariskan oleh pihak Admin FMDC;
1. FMDC menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda, terutamanya nama penuh dan juga alamat e-mel anda. Kami tidak akan menyiarkan kedua-dua perkara tersebut, melainkan sekiranya diminta oleh anda. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda sendiri secara sukarela, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum di dalam portal FMDC. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan maklumat yang anda hantarkan kepada laman web kami. Kami hanya menjamin keselamatan maklumat tersebut apabila ia selamat sampai kepada kami.
2. Anda juga dimestikan menjaga etika diri, maruah, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
3. Dilarang sama sekali mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri, syarikat, organisasi, parti politik dan segala unsur kelucahan, keganasan, perbalahan serta perkauman.
4. Anda dilarang mengiklankan & menawarkan sebarang bentuk perkhidmatan, perniagaan atau produk kecuali pihak Admin FMDC sahaja yang boleh membuat sebarang bentuk pengiklanan tanpa sebarang sekatan dan syarat. Sebarang bentuk pengiklanan, penawaran perkhidmatan, workshop dan sebagainya perlulah mendapat kebenaran dari pihak Admin FMDC terlebih dahulu. Caj pengiklanan di portal ini adalah merujuk di laman berikut http://forum.fotomedia.com.my/showthread.php?t=10184. Pihak Admin FMDC berhak membatalkan sebarang bentuk iklan atau promosi anda jika semua perkara di atas gagal dilaksanakan. Pembatalan tersebut akan dibuat tanpa notis.
5. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam forum FMDC, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik FMDC dengan kebenaran/persetujuan bertulis pemilik asal.
6. Pihak kami tidak membenarkan sebarang penyiaran semula dalam apa jua bentuk, sama ada elektronik, bercetak, dan sebagainya, tanpa kebenaran yang perlu dipohon secara bertulis daripada pemegang hakcipta.
7. Tidak semua sumbangan daripada pengunjung portal ini akan dipaparkan di dalam FMDC. Kami berhak untuk menyiarkan segala sumbangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan para pengguna internet di seluruh dunia. FMDC juga berhak menerbitkan semula sumbangan tersebut di dalam bentuk percetakan, bahan pengiklanan, ataupun diserahkan kepada pihak luar yang telah diberikan kebenaran bagi menjalankan aktiviti bagi pihak FMDC yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
8. Pengguna dan pengunjung forum FMDC TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI menggunakan forum FMDC sebagai platform untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan yang tidak bermoral serta menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Aktiviti tersebut, antaranya ialah menyentuh peribadi dan sensitiviti individu mahupun kelompok masyarakat, terutamanya Malaysia yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dan cara hidup, menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perbuatan seperti mencuri masuk (hacking), (spamming), mengubah struktur fail dan kandungannya. Pengguna & pengunjung juga tidak dibenarkan menggunakan nama & logo Fotomedia Malaysia untuk tujuan komersil dan harus mengikuti terma & syarat yang ditetapkan serta dilarang menjalankan kegiatan perniagaan, pengiklanan tanpa keizinan rasmi daripada pihak penganjur portal FMDC. Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
9. Pengunaan nick, pilihlah nick yg bersesuaian dan jika boleh pilihlah nick yg tidak sama/atau hampir sama dengan para petugas maupun dengan forummers lain, ini adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham yg bakal timbul kelak. Harap tolong berikan kerja sama dalam soal ini, kami pandangan serius dengan pengunaan nick di FMDC, nick yg tidak bersesuaian akan di buang dengan serta merta tanpa di beritahu terlebih dulu, harap maklum.
10. Pihak FMDC berhak meminda peraturan dan polisi ini dari masa ke semasa sekiranya perlu untuk memelihara hak sebagai penyedia perkidmatan rasmi portal FMDC dan juga sebagai mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Kod Etika Tambahan
(Larangan-larangan Ketika Berada Di Ruangan Forum)
Revised: 29 Jun 2006
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan forum ini.
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
9. Membuka topik berbentuk iklan, topic yang tidak berkembang dan forwarding email.
10. Membalas posting dengan quote yang panjang.
11. Meng'upload' file pada bahagian attachment yang tidak sepatutnya atau tidak melihatkan soal photography
12. Membuat attachment file berulang-ulang atau berganda-ganda (flooding)
Sila Pastikan:
1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Setiap gambar yang di pos hendaklan tidak lebih daripada 800pixel lebar
3. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
4. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
5. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
6. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.
Note: Pihak Pengurusan tidak akan teragak-agak untuk mengubah atau membuang topik kiriman atau attachment file anda jika ia didapati menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.
Forumnis adalah dilarang:
1. Menimbulkan/mengeruhkan suasana tegang
2. Mengaibkan users lain
3. Mencabar kredibiliti staf-staf yakni mempersoalkan tindakan, mencaci, menghina, mengaibkan, menyerang peribadi dan lain-lain
4. Melanggar etika berforum
Anda digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan di sini
Segala kerjasama anda semua adalah amat dihargai
Nota: Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai hitamkan (banned) atau menggantung (suspended) members yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Terima kasih.
Admin Fotomedia Malaysia
Kuala Lumpur
Last edited by dome; 28th July 2009 at 09:28 AM.
setuju.....
sejujurnya, saya berjanji akan patuh kepada etika dan garis panduan yang dinyatakan.. saya juga akan bertanggungjawab atas apa yg saya buat dan menerima dengan senang hati terbuka jika dibuang keahlian atau disenaraihitamkan bersabit dengan apa yg saya buat.
ada beberapa penjelasan yang saya perlukan.
1. adakah wujud 'allowance' iaitu bergantung kepada budi bicara moderator dan pihak atasan. Sbb kekadang, apa yg kita guide tu maybe sedikit general dan tahap 'penapisan' (yg lucah contohnya) tak sama bagi semua orang.
2. Pasal no 3 dan 4 (kepentingan peribadi), saya dah was-was nak sebut Ku**s S*N lagi kat sini. Kut2 org kata iklan. Kalu sebut lotus plak utk TT (mana tau, aji ada share kat Lotus). Camana plak?
3. Pasal sumbangan yang diban atau didelete tu, kalau boleh, letakkan nisan. Jangan delete gitu je, nanti hilang punca. Bila tulis, msg telah didelete, at least org tau, moderator menjalankan amanah dan membuktikan mende2 yg didelete tu wajar.
4. Akhirnya, syabas dan selamat berjaya dalam kmuniti ini. Khas buat anda smua...
SeHero mana pun, tetap anak mak, hamba Tuhan....
http://flickr.com/photos/ieman
"Oh Allah, bantulah kami dalam menyempurnakan amalan agama kami di samping menentang musuh-musuhMu"
Setuju![]()
alhamdulillah.. sampai juga msg sya ke dhaka!
RiSYA
and it may be that u dislike a thing that is good for u
http://www.flickr.com/photos/89851992@N00
din pawaka, mana bleh jawab setuju je..kurang berkualiti tu..elaborate la skit..kasi ulas skit..kang dah tulis kat atas tu, takleh jawab ringkas spt YA, TIDAK dsb.
SeHero mana pun, tetap anak mak, hamba Tuhan....
http://flickr.com/photos/ieman
"Oh Allah, bantulah kami dalam menyempurnakan amalan agama kami di samping menentang musuh-musuhMu"
oooo ini sya punya agenda la ni? HAH!?Originally Posted by risya
meh sini..meh sini nak belanja eskrim..
BAGUS SYA...tahniah, anda membuktikan anda tak sia-sia di sini..
SeHero mana pun, tetap anak mak, hamba Tuhan....
http://flickr.com/photos/ieman
"Oh Allah, bantulah kami dalam menyempurnakan amalan agama kami di samping menentang musuh-musuhMu"
Terima kasih, masih belum habis baca, halus sangat, nanti sesenang baca dirumah.... :wink: kalau tak ikut syarat tak kawan eik??..cabutttsss....
Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574
rasanya, ader yang dah tak mematuhi etika berforum nie :lol:Sila Pastikan:
1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman
5. Kiriman anda berkenaan forum ini dan tidak lari dari tajuk.
Friendship is The Union of Spirits, a Marriage of Hearts, and The Bond thereof Virtue..
Fotopages - http://azryshah.fotopages.com
Blog - http://lanunlaut.blogspot.com
Flickr - http://www.flickr.com/photos/azrysyah/
dengan ini saya memahami segala isi peraturan yang diwartakan...
mulai hari ini saya berjanji utk menjadi forumer yg beretika dan sopan dalam setiap perkara...
wassalam
yg benar,
buntalshoot
halusnye aji... nasib baik mata eden mata polis.. kalau dapat kat mata bob, menangis dia nak baca ni.. nguehnguehngueh..
sy setuju incik presiden!![]()
hmmm.. gambar2 yg di post pun jadi hak milik FMDC ke? :roll:Originally Posted by aji
Last edited by dome; 22nd January 2009 at 07:59 AM.
aji..halus laa..sampai aku buntang buntangkan mata nak baca..hahahahahhah
*aku tengah imagine ..mcm mana kalo hanti buntangkan mata...wakakakakakakaka
"it's easy to take a photo but..it's tricky to create a photo"
http://www.shaifulr.com | http://www.shaifulrizal.com | http://www.flickr.com/photos/shaifulrizal | http://www.hairudy.net
ada beberapa penjelasan yang saya perlukan.
1. adakah wujud 'allowance' iaitu bergantung kepada budi bicara moderator dan pihak atasan. Sbb kekadang, apa yg kita guide tu maybe sedikit general dan tahap 'penapisan' (yg lucah contohnya) tak sama bagi semua orang.
takde elaun pape heromak. kami di FMDC bekerja secara sukarela. takde agenda pape disebalik setiap
events yang dijalankan. hanya untuk self-development kita dalam fotografi ni.
2. Pasal no 3 dan 4 (kepentingan peribadi), saya dah was-was nak sebut Ku**s S*N lagi kat sini. Kut2 org kata iklan. Kalu sebut lotus plak utk TT (mana tau, aji ada share kat Lotus). Camana plak?
tak terlintas pulak heromak promote kukus san kat sini. papepun lepas ni takde nama bisnes akan dipaparkan.
mungkin TT di kukus san akan diganti dengan tajuk spt TT di kole tengganu etc.
3. Pasal sumbangan yang diban atau didelete tu, kalau boleh, letakkan nisan. Jangan delete gitu je, nanti hilang punca. Bila tulis, msg telah didelete, at least org tau, moderator menjalankan amanah dan membuktikan mende2 yg didelete tu wajar.
cadangan yang baik. admin/moderator akan notify/explain thdp apa juga komen yg telah didelete.
4. Akhirnya, syabas dan selamat berjaya dalam kmuniti ini. Khas buat anda smua...
terima kasih heromak. semoga Allah memberkati apa jugak yg kita semua buat.
berkat rezeki melalui solat. satukan hati manusia dgn sunnah nabi saw.
![]()
so far kita takde masalah azry dgn benda niOriginally Posted by azryshah
terima kasih
![]()