Foto kenangan manis atau foto yang mempunyai nilai seni mampu dikomersialkan yang terlalu lama disimpan dalam cakera keras komputer mungkin akan hilang bergitu saja jika tempoh hayat cakera keras anda sudah tamat atau rosak.


Maka sia-sia saja selama bertahun-tahun anda menyimpan foto yang beharga itu kerana anda hanya menyimpan
foto-foto berkenaan dalam bentuk digital.


Salah satu langkah yang boleh diambil untuk menyelamatkan Foto-foto berkenaan ialah dengan mencetak foto-foto berkenaan dalam bentuk buku.


Bagi foto yang mempunyai nilai seni atau sejarah perlulah di cetak dalam bentuk Poster, anda boleh menjadikannya sebagai hiasan dinding di rumah atau di pejabat anda.


Anda juga boleh menjadikan foto yang mempunyai nilai seni atau sejarah ini sebagai sumber rezeki, dengan menjual foto-foto anda, zaman telah banyak merubah, begitu juga mentaliti masyarakat Malaysia, kini lebih ramai golongan yang menghargai hasil seni seperti Seni Fotografi, jadi tidak mustahil Foto yang anda cetak sebagai Poster mampu dijual dengan harga yang mahal, dan terpulang kepada anda untuk mencetak seberapa banyak kerana foto berkenaan adalah milik anda sendiri.