Results 1 to 8 of 8

Thread: Apa accessories penting yang perlu ada

  1. #1

    Apa accessories penting yang perlu ada

    Assalamualaikum Chekgu2...Semoga sehat jua adanya

    Arakian, Pak Cik memiliki canon 650D, dengan standard lens 18-55mm.

    Meminati mikro, landscape dan fotojournalis [berangan aje ni..

    Hatta, apakah aksesori yang penting yang perlu ada.. seperti Lensa, Filter dan apa lagi ya...

  2. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Apa accessories penting yang perlu ada

    w'salam. selamat belajar pokcik.. external flash dah beli? kalau belum ade elok dapat kan tu dulu ye. beli second-hand pon takpe dan pastikan kak enon punya haha.

    Untuk org baru berkecimpung hobi bangsawan ni eloklah dimulakan dengan belajar komposisi dulu. perkara asas ni. try pakai kit lens dulu untuk hasilkan gambar yang ada faktor WOW! jangan risau pasal aksesori lain kerana dari pengalaman menggunakan kit lens lah baru kita tahu keperluan sebenar aksesori yang perlu dibeli.

    sepekara lagi pokcik... tripod dah beli? shutter cable ade? ha ni beli dulu ya.

  3. #3

    Re: Apa accessories penting yang perlu ada

    Terimakasih banyak Cekgu, tripod dapatlah percuma jua adanya. Maka akan Pokcik usahakan membeli external flash dan jugak apa nama tu..shutter cable.

    Bila Pok cik tangkap gambar sukan anak guna lens EL-S 55-250 f/4-5.6, pinjam kawan punya, memang mengujakan Pokcik, namun demikian belumlah sampai WOW..

    Oleh yang demikian, berkenanlah sangat Pokcik dgn Lensa itu. Di Lazada, hari ni Rm1,129.

  4. #4

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Apa accessories penting yang perlu ada

    cam mahal jer. maybe sebab STM technology kot tapi bagi pandangan saya kalau takat lens kategori "tak laju" (nombor f/ kiri lebih dari 4) baik fikir dulu sebelum melabur sebab nanti kesudahan rasa nyesal. memang best sebab boleh tembak dari jauh tapi prinsip yg selalu diketengahkan oleh jurugambar pro adalah tembak dekat lebih bagus

  5. #5

    Re: Apa accessories penting yang perlu ada

    50mm wajib..lens paling murah dan WOW..

  6. #6

    Re: Apa accessories penting yang perlu ada

    Tn adavirus, ari tu memang mahal, sekarang cuma Rm519 shj. Spec (Import) Canon EF-S Lens 55-250mm f/4-5.6 IS.

    Tn Nediyy, Harga Lazada - (Import) Canon EF 50mm f/1.8 II Lens, RM289, ok ke tu?

  7. #7

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: Apa accessories penting yang perlu ada

    50mm elok tak payah beli dulu sebab dah overlap dgn kit lens 18-55. walau pon f/1.8 tapi tak berguna sangat kalau nak pakai jalan2. saya syorkan lens kedua kalau nak elok beli tamron sp90 f/2.8 atau tokina 100mm f/2.8. ni lens macro. 55-250 pon tak berguna sangat selain hanya dapat shoot jauh jer.

    Jadinya untuk jalan2 pakai sahaja 18-55. nak shoot jauh sikit pakai tamron sp90/ tokina 100mm. bila rasa nak shoot luuuuuaaaasss sangat (landscape) boleh lah beli tokina 11-16 f/2.8 atau canon ef-s 10-22mm.

  8. #8

    Re: Apa accessories penting yang perlu ada

    Terimakasih jua adanya Tn Adavirus...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •