Results 1 to 4 of 4

Thread: 4P untuk strobis

  1. #1

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Melaka
    Posts
    1,596

    4P untuk strobis

    Salam sejahtera.. lama dah tak up topik kat sini..

    Sedikit perkara nak kongsi di sini berkenaan strobis.. atau kata lain ialah off kamera (multiple) flash technique, berdasarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman saya..

    4P:

    1. POWER

    iaitu berapa kuat cahaya flash/strobe tersebut. Ia patut disetkan mengikut kehendak kita untuk menerangi subject kita, dan disetkan mengikut fungsi flash tersebut pada masa itu.


    2. POSITION

    iaitu kedudukan flash tersebut. Dengan meletakkan flash pada tempat atau sudut tertentu, ia akan mempengaruhi pembentukan dan kedudukan shadow dan highlight pada subject kita.


    3. PAIR

    iaitu pasangan atau lawan kepada sumber utama cahaya yang kita ada. Atau juga tambahan2 lain untuk fungsi2 dan jenis2 pencahayaan yang lain. Contoh ialah seperti backlight dan rim light.


    4. PURE

    iaitu kualiti cahaya yang terhasil, di mana sebaik2 nya ialah seperti sumber cahaya yang asli. Ada pendapat menyatakan bahawa penggunaan dan seting flash terbaik ialah jika ia kelihatan seperti cahaya semulajadi.. dan tidak nampak dari flash atau strobe.
    Biasanya beberapa alatan seperti softbox atau payung dapat membantu untuk mendapatkan kualiti cahaya yang terbaik.


    Harap2 ia dapat membantu, terutama kepada yang baru nak mencuba teknik ini..

    Terima kasih..


  2. #2

    Join Date
    Nov 2010
    Location
    bachok..skarang dok KL
    Posts
    504

    Re: 4P untuk strobis

    Kalu Doc ada contoh bergambar lagi terbaik...thank Doc kungsi ilmu...ada lg ilmu yg tersembunyi ni...

  3. #3

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Melaka
    Posts
    1,596

    Re: 4P untuk strobis

    Nanti saya cuba usahakan untuk gambar2 sebagai contoh..

  4. #4

    Join Date
    Nov 2010
    Location
    bachok..skarang dok KL
    Posts
    504

    Re: 4P untuk strobis

    terbaik Doc,sy menanti....

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •