Results 1 to 13 of 13

Thread: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

  1. #1

    Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu


    Photo Challenge # 283 |
    سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
    السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

    SYARAT DAN PERATURAN PHOTO CHALLENGE
    1.0 Syarat Am
    + Terbuka kepada semua ahli FMDC yang berdaftar
    + Setiap ahli hanya boleh hantar SATU (1) gambar sahaja
    + Saiz gambar mesti bersaiz TIDAK LEBIH 640(long side) x 480 pixel..
    + Proses pertandingan akan berlangsung selama SEMINGGU sahaja (Tarikh tutup JUMAAT, 15 November 2013, 23:59 hrs (11:59 pm)
    + Exif data TIDAK diperlukan.
    + Forumer dibenarkan untuk membuat komen terhadap foto yg dihantar peserta.

    2.0 Tanggungjawab Juri
    + Juri adalah pemenang yang dipilih oleh pemenang sebelumnya.
    + Terdapat DUA (2) PEMENANG atau lebih yg mesti dipilih JURI.
    + Juri WAJIB memberi komen utk DUA pemenang yang dipilih
    + Juri hendaklah memberi ULASAN MEMBINA kepada setiap pemenang-pemenang utama sebagai suatu komen pembelajaran. Tiada ulasan bermakna objektif pembelajaran tidak akan tercapai antara peserta2 dan forumer yg lain.
    + Keputusan juri adalah MUKTAMAD
    + Juri hendaklah mematuhi tempoh pertandingan. Sekiranya terlewat, moderator secara otomatik akan merampas kuasa dan berhak memilih pemenang tanpa sebarang notis.
    + Juri yang gagal mematuhi peraturan yg disediakan akan dikenakan penalti iaitu tidak dibenarkan menghantar gambar pada 2 topik seterusnya.

    3.0 Tanggungjawab Pemenang
    + PEMENANG PERTAMA mesti membuka topik PC yang seterusnya mengikut tema yang dipilih sendiri (bebas).
    + Satu hari diberikan masa untuk membuka topik PC seterusnya.
    + Sekiranya pemenang pertama tidak membuka topik dalam masa satu hari, PEMENANG KEDUA layak mengambil alih untuk membuka topik(satu hari juga).
    + Pemenang mestilah memilih topik baru yang berbeza dengan topik yang sebelumnya(yg telah dipertandingkan). Sila semak senarai PC terlebih dahulu.
    + Pemenang yang membuka topik PC seterusnya LAYAK DAN WAJIB MENJADI JURI BAGI TEMA TERSEBUT dan memilih dua pemenang lagi.

    4.0 Apa yang menyebabkan gambar anda dibatalkan?
    + Kegagalan Mematuhi ukuran lebar gambar maksima (640px)
    + Menghantar gambar selepas tamat tempoh pertandingan
    + Menukar gambar yg telah di hantar
    + Off topic


    Sekilas Info Tentang Tajuk
    PC kali ini mengetengahkan topik yang agak terbuka dan tidak terlalu teknikal.Setiap gambar yang diambil mempunyai cerita yang boleh ditafsirkan oleh orang yang melihatnya. Biar gambar yang berbicara tentang pepatah/peribahasa/perumpamaan/bidalan Melayu. Sebarang genre fotografi boleh digunakan asalkan ia sesuai dengan pepatah/peribahasa/perumpamaan/bidalan yang digunakan. Setiap penyertaan mesti disertakan dengan pepatah /peribahasa/perumpamaan yang ingin digambarkan. Keutamaan untuk pemilihan pemenang berdasarkan gambar yang paling menarik yang menepati tema.

    Gambar boleh SAMA ADA menceritakan secara ‘direct’ ATAU secara simbolik pepatah yang dipilih.

    Contoh yang tak seberapa dari saya yang nubis...

    1. 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.'


    2. 'Sangkak di hujung, balik ke pangkal.'


    3. 'Payung di tangan, hari tak hujan.'



    4. 'Bagai menunggu pisang masak di tandan.'


    5. 'Bak singgah lebah, habis madu terbang jua.'



    Begitulah kira-kiranya.... Selamat Mencuba !
    Last edited by ijamri; 8th November 2013 at 05:04 PM.

  2. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    wah menarik nims..hanty byk koleksi ni rasanya ..taktau ler buhaimi ke red ada...korams ada?

    byk contoh2 lagi disini

    http://www.fotomedia.com.my/forum/sh...ht=perumpamaan
    Last edited by zainzubir; 9th November 2013 at 05:41 AM.
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  3. #3

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    Jauh perjalanan, luas pemandangan


    Roadtrip by Encik Capin, on Flickr

  4. #4

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    Lupa nak nyatakan... pepatah yang telah digunakan masih boleh diguna oleh orang lain untuk menceritakan gambar masing-masing.
    Mari...marii...mariiiii.....

  5. #5

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    Quote Originally Posted by zainzubir View Post
    wah menarik nims..hanty byk koleksi ni rasanya ..taktau ler buhaimi ke red ada...korams ada?

    byk contoh2 lagi disini

    http://www.fotomedia.com.my/forum/sh...ht=perumpamaan
    makanan hanty ler nie......

  6. #6

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu



    bapa borek anak rintik

  7. The Following User Like This Post:


  8. #7

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    bump
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  9. #8

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu



    1.Bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru?

    Takrif: Kebenaran itu tak dapat disembunyikan.


    2. Matahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya.

    Takrif: Pemerintah yang adil menjalankan hukuman yang sama rata.


    3.Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.

    Takrif: Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

  10. #9

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    Diumumkan pemenang-pemenang PC #283. Agak kecewa juga sebab hanya terdapat 3 penyertaan sahaja...

    Pemenang Pertama Sdr.Xenocapin




    Jauh perjalanan, luas pemandangan
    Satu penceritaan yang menepati tema yang diketengahkan. Gambaran yang jelas menunjukkan jauhnya perjalanan melalui jalanraya yang terus menuju ke kaki langit dan gambaran keluasan pemandangan ladang dengan gunung-ganang yang kelihatan sayup kejauhannya. Kalau kabel elektrik yang 'cross over the road' itu tiada atau ia selari dengan jalanraya mungkin nampak lagi menarik sebab ia 'distract' untuk fokus kepada kenderaan yang melalui jalanraya.


    Pemenang Kedua Sdr. Fotokrapika



    bapa borek anak rintik
    Subjek yang menarik dan dapat menggambarkan tema yang dipilih. Nampak adanya unsur persamaan antara bapa dan anak.


    * Gambar oleh Sdr. aboy memang cantik tapi kurang menceritakan 3 tema yang hendak digambarkan.


    Tahniah kepada pemenang... Sdr.Xenocapin sila up tajuk baru..

  11. #10

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    tahniah kepada semua yg memeriahkan..takper walaupun org/ahli yg sama jer sertai atau meriahkan PC nims...nanti hujung tahun kita tt ahli PC celeng sumuridup...ahahahahahah
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  12. #11

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    tahniah kepada pemenang!

  13. #12

    Join Date
    Aug 2010
    Location
    La ni kat Aloq Setaq
    Posts
    1,612

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    terima kasih juri sebab pilih sebagai pemenang..
    cuma rasanya nak kena serah tugas bukak topik baru kat pemenang kedua,
    saya tersangat sibuk skrg ni dengan kerja.. online pon gitu2 je

    sbg denda, yep, saya tidak dibenarkan mengambil bhgn dalam 2 PC yang seterusnya

    apa pon kita tunggu kata putus hanty haha

  14. #13

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Photo Challenge # 283| Biar Gambar Berbicara... Pepatah Melayu

    tahniah haha… orait, insya allah jika tiada aral malam nanti saya akan up kan foto celen yang baru. maaf atas kelewatan hehe..

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •