Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 21

Thread: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

  1. #1

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    Photo Challenge # 284| Tersirat di sebalik yang tersurat


    Photo Challenge # 284 |
    سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
    السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

    SYARAT DAN PERATURAN PHOTO CHALLENGE
    1.0 Syarat Am
    + Terbuka kepada semua ahli FMDC yang berdaftar
    + Setiap ahli hanya boleh hantar SATU (1) gambar sahaja
    + Saiz gambar mesti bersaiz TIDAK LEBIH 640(long side) x 480 pixel..
    + Proses pertandingan akan berlangsung selama SEMINGGU sahaja (Tarikh tutup ISNIN, 2 December 2013, 23:59 hrs (11:59 pm)
    + Exif data TIDAK diperlukan.
    + Forumer dibenarkan untuk membuat komen terhadap foto yg dihantar peserta.

    2.0 Tanggungjawab Juri
    + Juri adalah pemenang yang dipilih oleh pemenang sebelumnya.
    + Terdapat DUA (2) PEMENANG atau lebih yg mesti dipilih JURI.
    + Juri WAJIB memberi komen utk DUA pemenang yang dipilih
    + Juri hendaklah memberi ULASAN MEMBINA kepada setiap pemenang-pemenang utama sebagai suatu komen pembelajaran. Tiada ulasan bermakna objektif pembelajaran tidak akan tercapai antara peserta2 dan forumer yg lain.
    + Keputusan juri adalah MUKTAMAD
    + Juri hendaklah mematuhi tempoh pertandingan. Sekiranya terlewat, moderator secara otomatik akan merampas kuasa dan berhak memilih pemenang tanpa sebarang notis.
    + Juri yang gagal mematuhi peraturan yg disediakan akan dikenakan penalti iaitu tidak dibenarkan menghantar gambar pada 2 topik seterusnya.

    3.0 Tanggungjawab Pemenang
    + PEMENANG PERTAMA mesti membuka topik PC yang seterusnya mengikut tema yang dipilih sendiri (bebas).
    + Satu hari diberikan masa untuk membuka topik PC seterusnya.
    + Sekiranya pemenang pertama tidak membuka topik dalam masa satu hari, PEMENANG KEDUA layak mengambil alih untuk membuka topik(satu hari juga).
    + Pemenang mestilah memilih topik baru yang berbeza dengan topik yang sebelumnya(yg telah dipertandingkan). Sila semak senarai PC terlebih dahulu.
    + Pemenang yang membuka topik PC seterusnya LAYAK DAN WAJIB MENJADI JURI BAGI TEMA TERSEBUT dan memilih dua pemenang lagi.

    4.0 Apa yang menyebabkan gambar anda dibatalkan?
    + Kegagalan Mematuhi ukuran lebar gambar maksima (640px)
    + Menghantar gambar selepas tamat tempoh pertandingan
    + Menukar gambar yg telah di hantar
    + Off topic


    Sekilas Info Tentang Tajuk

    Adakala gambar yang di rakam jelas kisah yang tersurat tapi yang tersirat mungkin lebih banyak manfaatnya yang mana kita boleh sama sama kongsikan pengisiannya dan mempelajari sesuatu.

    jadi, celen kali ini akan merungkai maksud yang tersirat disebalik gambar yang bagus / cantik /unik mahupun gambar yang memberi kesan kepada fotografer sendiri dari segi yang tersirat itu.

    Kriteria pemilihan pemenang berdasarkan pandangan juri atas faktor estetik dan juga kisah disebaliknya.

    antara contoh yang tak seberapa



    Hidup ini bermasyarakat. tak mungkin kita dapat hidup sendirian dan setiap orang punya sentuhan tersendiri kepada orang ramai sepertimana si tukang cat ini dalam mencantikkan suasana persekitaran di kawasan setempat.



    sebelum saya pandai basuh baju, ibu bapa saya yang basuhkan. bila dah pandai basuh baju, baru lah faham penangan hujan dan bila baju yang nak kering tak sempat di selamatkan dan lain lain. besar pengorbanan mereka untuk kita.



    Berpasang pasangan. Bila dan berumah tangga, banyak perkara yang memerlukan tolak ansur. dua warna personaliti dan kelakuan berbeza ada yang tak dapat nak di campur tukarkan warnanya. walaupun demikian, insya allah maseh boleh hidup bersama dalam kebahagiaan.


    Harap tak susah sebab susah nak pilih tajuk dah sekarang ni hehe… apapun selamat berfoto celen.
    Last edited by zainzubir; 29th November 2013 at 07:17 AM.

  2. #2

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    hepi fotocelen kengkawan!

  3. #3

    Join Date
    Apr 2012
    Location
    Cheras
    Posts
    88
    Nubis masuk sekepim



    Indah dan besarnya masjid tak akan bermakna jika tidak diimarahkan...

  4. #4

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    gigih "mengebump" pagi2 bute
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  5. #5

    Join Date
    Apr 2012
    Location
    Cheras
    Posts
    88
    Aiyak! Mana abam2 idola nim?

  6. #6

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    Tahniah ! dipersilakan….

  7. #7

    Join Date
    Apr 2012
    Location
    Cheras
    Posts
    88
    X cukop korum pc kali ni diskualifaid...

  8. #8

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    kita lanjutkan hingga 2 December...manaler tau kot2 mosim2 coti sekolah nims ramai bercuti obe c ..
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  9. #9

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    Fast Town

  10. #10

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    1,932

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    bagi meriah je... pemenang dah umumkan?



    Kenangan di Kuala Lumpur

  11. The Following User Like This Post:


  12. #11

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    meramaikan penyertaan...

    Angkara Manusia Yang Tak Tau Menjaga Anugerah Tuhan..


  13. #12

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    "Kami akan sentiasa membayangi anda"


  14. The Following User Like This Post:


  15. #13

    Join Date
    Jan 2011
    Posts
    2,102

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    Terima kaseh atas lanjutan masa oleh hanty hehe + terima kaseh buat geng2 yang join.

    Sini saya umumkan pemenang sekali lagi

    Pertama - WanZaid



    Indah dan besarnya masjid tak akan bermakna jika tidak diimarahkan...

    Yang tersirat cukup mendalam maksudnya. Peringatan buat saya sendiri juga untuk ringankan kaki keluar untuk solat berjemaah dan bermasyarakat bersama jemaah setempat khususnya. Gambar pun cukup baik pada saya dalam memberi gambaran yang tepat dengan penggunaan bayangan manusia yang mana boleh di jadikan refleksi buat diri saya kerana unsur manusia itu tidak kelihatan wajahnya jadi sesiapa pun boleh menjadi orang di dalam gambar tersebut.

    Tahniah atas peringatan dan gambaran yang mantap!


    Kedua - Mangkor



    "Kami akan sentiasa membayangi anda"

    Dalam kehidupan dunia, banyak perkara yang membayangi antara satu sama lain, ada yang mengarah kepada kebaikan dan juga sebaliknya dan moga yang membayangi kita semua mengarah kepada kebaikan.

    Tahniah dan terima kaseh buat semua

  16. #14

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    tahniah kpd pemenang... dan peserta....

  17. #15

    Re: Photo Challenge # 284 | Tersirat di sebalik yang tersurat

    Tahniah.... bila nak up PC baru?

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •