Results 1 to 13 of 13

Thread: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

  1. #1

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
    السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

    SYARAT DAN PERATURAN PHOTO CHALLENGE
    1.0 Syarat Am
    + Terbuka kepada semua ahli FMDC yang berdaftar
    + Setiap ahli hanya boleh hantar SATU (1) gambar sahaja
    + Saiz gambar mesti bersaiz TIDAK LEBIH 640(long side) x 480 pixel..
    + Proses pertandingan akan berlangsung selama SEMINGGU sahaja (Tarikh tutup JUMAAT, 13 Disember 2013, 23:59 hrs (11:59 pm)
    + Exif data TIDAK diperlukan.
    + Forumer dibenarkan untuk membuat komen terhadap foto yg dihantar peserta.

    2.0 Tanggungjawab Juri
    + Juri adalah pemenang yang dipilih oleh pemenang sebelumnya.
    + Terdapat DUA (2) PEMENANG atau lebih yg mesti dipilih JURI.
    + Juri WAJIB memberi komen utk DUA pemenang yang dipilih
    + Juri hendaklah memberi ULASAN MEMBINA kepada setiap pemenang-pemenang utama sebagai suatu komen pembelajaran. Tiada ulasan bermakna objektif pembelajaran tidak akan tercapai antara peserta2 dan forumer yg lain.
    + Keputusan juri adalah MUKTAMAD
    + Juri hendaklah mematuhi tempoh pertandingan. Sekiranya terlewat, moderator secara otomatik akan merampas kuasa dan berhak memilih pemenang tanpa sebarang notis.
    + Juri yang gagal mematuhi peraturan yg disediakan akan dikenakan penalti iaitu tidak dibenarkan menghantar gambar pada 2 topik seterusnya.

    3.0 Tanggungjawab Pemenang
    + PEMENANG PERTAMA mesti membuka topik PC yang seterusnya mengikut tema yang dipilih sendiri (bebas).
    + Satu hari diberikan masa untuk membuka topik PC seterusnya.
    + Sekiranya pemenang pertama tidak membuka topik dalam masa satu hari, PEMENANG KEDUA layak mengambil alih untuk membuka topik(satu hari juga).
    + Pemenang mestilah memilih topik baru yang berbeza dengan topik yang sebelumnya(yg telah dipertandingkan). Sila semak senarai PC terlebih dahulu.
    + Pemenang yang membuka topik PC seterusnya LAYAK DAN WAJIB MENJADI JURI BAGI TEMA TERSEBUT dan memilih dua pemenang lagi.

    4.0 Apa yang menyebabkan gambar anda dibatalkan?
    + Kegagalan Mematuhi ukuran lebar gambar maksima (640px)
    + Menghantar gambar selepas tamat tempoh pertandingan
    + Menukar gambar yg telah di hantar
    + Off topic


    Sekilas Info Tentang Tajuk

    Secara amnya, ianya gambar aksi haiwan liar di habitat semulajadinya, bukan di dalam kurungan ataupun haiwan jinak maupun haiwan peliharaan.

    Penghakiman adalah berdasarkan kepada nilai aksi yg dipaparkan, kepayahan utk mendapatkan moment tersebut serta kualiti gambar yang baik dari segi fokus, komposisi, kreativiti dan juga sudut pandangan gambar tersebut dirakamkan.

    Oleh itu, peserta diwajibkan juga memberikan serba-sedikit penerangan berkenaan tentang aksi tersebut dan bagaimana anda berjaya merakamkannya.

    Berikut adalah contoh gambar-gambar dari koleksi peribadi saya. Selamat berfotocelen!

    Layaran di Rompin.
    Aksinya menghamburkan diri di permukaan air adalah amat mengujakan. Untuk mendapatkan saat aksi yg sebegini, si jurugambar kena peka dengan keadaan sekeliling dan bersedia utk menghalakan lensa kamera utk merakamkan gambar tersebut kerana ikan layaran tersebut boleh menghamburkan diri tanpa sebarang petanda awal.



    Dua ekor murai gila sedang bergaduh.
    Selain dari keadaan cahaya yang malap yg membataskan kelajuan shutter yg sudah tentunya akan menghasilkan "motion blur", pergerakan burung ini yang lincah juga amat menyukarkan rakaman yang baik.



    Burung layang-layang hinggap di tiang pagar.
    Jurugambar terpaksa menunggu saat yang amat lama utk mendapatkan saat seperti ini dan ia memerlukan kesabaran dan ketekunan utk mendapatkan rakaman yang baik.


  2. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    bump...susah ke topic PC ni? Let us know jika ada masalah....
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  3. #3

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    hepi berfotocelen!

  4. #4

    Join Date
    Nov 2012
    Location
    Pantai Hillpark
    Posts
    152

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    Support

    Sang Penyu di Pulau Tioman.

  5. #5

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    Support PC abam mangkor

    Hasil tak seberapa dari saya




    aksi burung kelicap yang terlalu asyik bermain dengan cermin sisi motorsikal saya. Gambar di ambil menggunakan kit-len 18-55mm.
    Boleh dikatakan saya sangat mengagumi kesabaran peminat genre "birding" ini kerana saya memang rasakan kesukarannya lebih-lebih lagi menggunakan focal lengh yg sangat terhad.

  6. #6

    Join Date
    Dec 2013
    Posts
    2

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    chief beruk



    gambar diambil di tepi jalan di Rawang

  7. #7

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    Menjelang kedewasaan




    Dah elok jumpa spider tengah molting, kena kepung lak dengan web yang penuh titisan air jadi tak boleh la pakai flash. Kena selit2 celah semak yang penuh web takut tersentuh mana2 benang yang bertaut tu. Untuk merakam imej sebegini jurufoto memerlukan tahap kehenseman yang tinggi.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  8. #8

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    saper yg menam motto nims?
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  9. #9

    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Ladang Getah Ontahmano, Ontario...
    Posts
    5,827

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    hehehe... lupa! ekekeke

    Terlebih dulu saya ucapkan terima kasih kepada yg sudi menyertai PC kali ini. Tak sangka ada juga yg submit walaupun tajuk kali ni susah. Hanty tak usah harap la, nama jer ada 400mm tapi gambar taruk gambau dlm fesbuk asik2 guna komera enpon... kakakaka

    dgn ini teman menyerahkan konci motor kepada pemenang:

    tempat pertama:



    ulasan juri: walaupun cuma burung kelicap dan gambar tidak dikenakan ROT, ianya tetap menarik kerana aksinya yg natural. Kena pulak dgn kit-lens 18-55! Tahniah incik miesterzenz!

    tompek kedua:

    yelek.

    sebabnya, gambar2 yg disubmit tak ada nilai aksi. hanya gambar statik / pegun yg tak ada nilai aksi yg dapat menceritakan apa-apa walaupun tak dinafikan susah juga nak amik gambor tu.. terutama bab hensem tu.. so, red besok naik rapidkl ye.. hahaha

  10. The Following User Like This Post:


  11. #10

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    tahniah kepada pemenang!

  12. #11

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    tahniah kepada pemenang. naik rapid kl pun tak pe la asalkan hanty menapak gi noreh.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  13. The Following User Like This Post:


  14. #12

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    ...jalan kaki pong jln kaki ler..makcik tak kisah red...ahahahahaha
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  15. #13

    Join Date
    Jan 2011
    Location
    rumah kotai pekerja kontrak
    Posts
    1,028

    Re: Photo Challenge # 285 | Aksi semulajadi haiwan liar

    Alamak..maaf, baru bukak fmdc ari ni. tak sangka plak menang..(menang disebabkan kurang sambutan). terima kasih kepada abam BMW. Mlm nanti saya akan up tajuk baru untuk FMDC, Insyallah saya akan pilih tajuk yang paling mudah dan genre kegemaran ramai...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •