Results 1 to 5 of 5

Thread: 5D Mark II v 6D

  1. #1

    5D Mark II v 6D

    Salam sejahtera rakan2..

    Merujuk kepada topik di atas, saya kini berkira-kira untuk menaik taraf penggunaan Canon 7D saya kepada kamera bingkai penuh.

    Jangan ditanya kenapa bukan Canon 5D Mark III, kerana jawapannya tidak mampu dan jika ada lebihan wang sekalipun, mungkin saya akan fikir 2/3 kali juga.

    Buat masa ini, penggunaan Canon 7D saya lebih kepada hobi dan kadangkala untuk tugasan luar seperti majlis-majlis pelancaran dan sidang media.

    Mengambil gambar-gambar berkumpulan kadangkala tidak mendatangkan kepuasan apabila melihat kamera-kamera bingkai berada di depan anda sewaktu tugasan.

    Jadi kenapa saya perlu memilih 5D Mark II terpakai dan bukan 6D? Harap membantu. Terima kasih.

  2. #2

    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Salak Tinggi, Sepang
    Posts
    786

    Re: 5D Mark II v 6D

    Quote Originally Posted by mcshah View Post
    Jadi kenapa saya perlu memilih 5D Mark II terpakai dan bukan 6D?
    Ok soalan ni saya TAK BOLEH beri jawapan tepat kamera mana patut dibeli tetapi saya akan share sedikit berkaitan canon 6D sebab saya menggunakannya.

    Kelebihan 6D

    1. Fullframe yang ringan. tak penat sangat kalau job tu lama
    2. Sedap pegang. grip yg lebih besar (perbandingan dengan 60D yang dibuat sendiri)
    3. ada wifi - sangat berguna lebih2 lagi bila di studio (time dlm studio wifi link ke galaxy tab so client tgk kat tab tak kacau nak tengok kat skrin kamera saya). wifi juga sangat berguna untuk remote shoot (nak selfie sangat mudah hehe)
    4. ada gps - sangat2 berguna untuk photography landscape atau street photo untuk menanda lokasi gambar dirakam.
    5. sensor baru - noise reduction sangat cun walau pada iso 1600. 3200 pon ok (jpg). center focus sangat sensitif walau cahaya kurang senang lock focus
    6. menu arrangement dan butang2 disusun dgn baik. memudahkan kerja
    7. ada bulid-in hdr
    8. movie pon ok dgn technology stm baru... smooth je kalau pakai lens ada stm

    Kekurangan 6D

    1. tiada bulid-in flash. kena sentiasa bawak external flash (no problem)
    2. tiada function commander flash. bergantung pada flash yg ada commander
    3. 3rd party flash tak semua boleh ttl. kena try dulu kat kedai sebelum beli (pengalaman beli nissin test kat 60d ok balik pasang kat 6d tak ok)
    4. tak boleh adjust 3rd party flash menu kat body. so kalau nak set 2nd curtain flash tak boleh
    5. max shutter speed 1/4000 sahaja
    6. kurang dedicated button. yg ada hanya basic2 sahaja. tapi ade button Q.. boleh lah kasi cepat adjust setting
    7. 1 slot sd card sahaja
    8. bila pakai 6d, lightroom kena upgrade version 5 kalau tidak tak boleh baca raw file

    Kesesuian 6D

    1. Untuk kegunaan studio (portrait, product photography, stock photo)
    2. Kaki landscape tegar
    3. hobi/job yang tak perlukan shutter laju seperti outdoor pengantin
    4. street photo (pasangkan ef 40mm f2.8.. sangat cun)
    5. photographer baru nak serius business photography tapi tak mampu nak beli paidimaktree (nak kamera baru yg ada warranty - beli second 5dm2 mahal2 takde warranty sekali rosak jenuh gak. tapi pastikan beli ori canon malaysia dengan warranty boleh register kat web)

    Sekian, selamat membuat keputusan.

  3. The Following User Like This Post:


  4. #3

    Re: 5D Mark II v 6D

    good info abam virus!

  5. #4

    Re: 5D Mark II v 6D

    terima kasih kepada adavirus dengan pandangan anda selaku pengguna 6D. yang lain2 kalau ada pandangan pun boleh dikongsi bersama.

  6. #5

    Join Date
    May 2010
    Location
    Kuantan Pahang
    Posts
    2,083

    Re: 5D Mark II v 6D

    Kekuatan 6D berbanding dgn 5Dmk2 adalah teknologi terkini... antara kedua model sebenarnya besar bezanya walaupun tak banyak... dan jika dibanding secara lebih teliti, banyak kekuatan berpihak pada 6D.... so ambik jer lah 6D. Ada pendapat kata noise 6D lebih clean dari 5Dmk2...

    Kecualilah jika dapat 5Dmk2 dengan harga yg lebih murah dari 6D......
    Photography is a VISUAL COMMUNICATIVE LANGUAGE. To master, use it always.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •