Dah lama tak post architectural shot kat sini...kali ni saya ingin memperkenalkan saudara2 kepada bangunan warisan yg sekarang ni dijadikan bangunan Mahkamah Perusahaan (Industrial Court)



Ianya siap dibina dalam tahun 1905. Dibina oleh Loke Yew iaitu salah seorang pengasas Kuala Lumpur yg banyak memajukan kawasan di Kuala Lumpur. Sesudah siap dibina bangunan ini disewa oleh Chow Kit & Co Department Store milik Loke Chow Kit (Ya! Jalan Chow Kit yg famous tuh mengambil sempena nama beliau). Bangunan ini dibina mengikut architecture Neo-Gothic yg direka oleh seorang arkitek muslim berketurunan India-Inggeris bernama Abdul Kadir Moosdeen atau lebih dikenali sbg AK Moosdeen.



Semasa pembukaan bangunan ini, The Malay Mail iaitu antara akhbar tempatan yg paling lama beroperasi sehingga kini memberi komen berikut: "the handsomest edifice of its kind ever erected in Kuala Lumpur.”

Bangunan ini terletak di simpang antara Clarke Street (Jln Mahkamah) dan Holland Road (Jln Mahkamah Persekutuan) iaitu di belakang Bangunan Pejabat Pos Besar lama yg bersambung dgn Bangunan Sultan Abdul Samad.



Dipetik daripada blog saya: Heritage Building of Kuala Lumpur - The Industrial Court Building