Results 1 to 6 of 6

Thread: My Lens | Encik Fuji

  1. #1

    Join Date
    Mar 2014
    Posts
    2

    My Lens | Encik Fuji

    salam semua.. saya encik fuji ingin mencuba hobi baru.. belum ada kamera. minat OMD em5 ingin meminta bantuan anda semua

    1) antara OMD em5 dan em10 mana yang berbaloi dari segi harga dan spek
    2) lens yang sesuai untuk potret, landskap dan macro
    3) sekiranya saya ingin menjual balik, masih ada value kah kamera ini??
    4) selain OMD em5 kamera apa lagi yang seangkatan dengannya?(brand lain)
    5) adakah kamera ini dapat menghasilkan sharpness setanding dgn dslr
    6) budget RM3K++ cukup?

    seorang rakan saya lebih mencadangkan dslr, tetapi saya akan kerap guna ketika berbasikal, jadi dslr tidak begitu praktikal kerana faktor berat dan besar.

    buat masa sekarang saya menggunakan kamera smartphone sahaja. lama-kelamaan saya merasakan gambar yang dihasilkan tidak memuaskan hati lagi. sehingga sekarang sudah bersedia untuk menggunakan alat yang sebenar untuk tujuan fotografi.

    sekian,terima kasih dan selamat berkenalan..

  2. #2

    Join Date
    Dec 2013
    Location
    Putrajaya
    Posts
    17

    Re: My Lens | Encik Fuji

    assalamualaikum...

    Saya juga baru beli DSLR dan saya juga seorang mountain biker. jadi saya ada buat survey berkenaan cara nak bawak. cadangan dari seorang otai dalam berbasikal+photografi (Joe Adnan) - suruh carik satu beg bernama - Ortlieb Aqua Zoom. Tapi brand ni tersangatlah rare nya. tapi saya dapat beli satu jenama Lowerpro. beg tu dipakai di bahagian dada yang dinamakan 'toploader'


    dipakai sebegini


    so masih boleh berkayuh, bawak DSLR, dan mengambil gambar. tapi lepas saya beli aritu, saya blom bawak lagi masuk trail sebab sayang plak berpeluh-peluh plak nanti. cuma dengan lowerpro nih memang disertakan dengan rain coat utk beg tu.

    untuk pilihan kamera saya tak berani nak komen sebab saya juga masih baru dalam bidang ini
    cuma sekiranya anda ada bajet yg sedemikian,
    cubalah survey di beberapa tempat antaranya
    mudah.my
    http://www.mir.com.my/rb/photography/ftz/index.php
    http://gajetdijepun.blogspot.com
    sekiranya nak beli baru, boleh je la terus ke kedai camera...

    untuk kualiti kamera,
    saya cadangkan anda buat je online comparison
    ada banyak website yg buat review, comparison dan ada complete guide cara penggunaan.
    walau apa kamera yg anda pakai, skill, teknik dan kreativiti yg paling utama
    ramai je rakyat Malaysia ni berjaya amik gambar dengan sangat cantik walaupun menggunakan camera entry level dan juga kit lens

    Maaf, saya tak dapat nak komen pasal Olympus sebab saya tak pernah berhadapan atau membaca online review nya
    Saya pengguna canon. so kalau tanya saya, saya akan suruh amik 5DMkII
    kikikii...

    selamat memburu

  3. The Following User Like This Post:


  4. #3

    Re: My Lens | Encik Fuji

    cun lah beg lowerpro abam... beli kat mane n berape inggit... anyway welkam encik fuji.. jom bergumbira dan blajo sesama ilmu fotografi kat sini...

  5. #4

    Join Date
    Dec 2013
    Location
    Putrajaya
    Posts
    17

    Re: My Lens | Encik Fuji

    gambar tu gambar hiasan jer...
    kikikiii

    saya surf kat mudah dan terjumpa orang nak jual
    so terus sambar tanpa memikirkan banyak kali...

    model yang ini

    Lowepro Toploader Zoom 50 AW

  6. #5

    Join Date
    Mar 2014
    Posts
    2

    Re: My Lens | Encik Fuji

    tq encik-encik berdua... tp belum dapat info yang secukupnya..kena studi betul2, nak kumpul duit bukan senang..minat punya pasal

  7. #6

    Join Date
    Dec 2013
    Location
    Putrajaya
    Posts
    17

    Re: My Lens | Encik Fuji

    Encik Fuji,

    memandangkan bila layan berbasikal, peluh akan bertaburan kat sekitar muka, badan dan tangan. so kamera akan berpotensi besar dibasahi peluh. pastu plak kalau layan offroad, berhabuk, berdebu dan sebagainya. so adalah sangat baik untuk mendapatkan kamera yang ada weather resistance yang baik. antara contoh camera yang ada weather resistance yang baik adalah Canon EOS 7D. Selamat mencuba...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •