سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
SYARAT DAN PERATURAN PHOTO CHALLENGE
1.0 Syarat Am
+ Terbuka kepada semua ahli FMDC yang berdaftar
+ Setiap ahli hanya boleh hantar SATU (1) gambar sahaja
+ Saiz gambar mesti bersaiz TIDAK LEBIH 640(long side) x 480 pixel..
+ Proses pertandingan akan berlangsung selama SEMINGGU sahaja (Tarikh tutup 24 April 2014, 11:59PM)
+ Exif data TIDAK diperlukan.
+ Forumer dibenarkan untuk membuat komen terhadap foto yg dihantar peserta.
2.0 Tanggungjawab Juri
+ Juri adalah pemenang yang dipilih oleh pemenang sebelumnya.
+ Terdapat DUA (2) PEMENANG atau lebih yg mesti dipilih JURI.
+ Juri WAJIB memberi komen utk DUA pemenang yang dipilih
+ Juri hendaklah memberi ULASAN MEMBINA kepada setiap pemenang-pemenang utama sebagai suatu komen pembelajaran. Tiada ulasan bermakna objektif pembelajaran tidak akan tercapai antara peserta2 dan forumer yg lain.
+ Keputusan juri adalah MUKTAMAD
+ Juri hendaklah mematuhi tempoh pertandingan. Sekiranya terlewat, moderator secara otomatik akan merampas kuasa dan berhak memilih pemenang tanpa sebarang notis.
+ Juri yang gagal mematuhi peraturan yg disediakan akan dikenakan penalti iaitu tidak dibenarkan menghantar gambar pada 2 topik seterusnya.
3.0 Tanggungjawab Pemenang
+ PEMENANG PERTAMA mesti membuka topik PC yang seterusnya mengikut tema yang dipilih sendiri (bebas).
+ Satu hari diberikan masa untuk membuka topik PC seterusnya.
+ Sekiranya pemenang pertama tidak membuka topik dalam masa satu hari, PEMENANG KEDUA layak mengambil alih untuk membuka topik(satu hari juga).
+ Pemenang mestilah memilih topik baru yang berbeza dengan topik yang sebelumnya(yg telah dipertandingkan). Sila semak senarai PC terlebih dahulu.
+ Pemenang yang membuka topik PC seterusnya LAYAK DAN WAJIB MENJADI JURI BAGI TEMA TERSEBUT dan memilih dua pemenang lagi.
4.0 Apa yang menyebabkan gambar anda dibatalkan?
+ Kegagalan Mematuhi ukuran lebar gambar maksima (640px)
+ Menghantar gambar selepas tamat tempoh pertandingan
+ Menukar gambar yg telah di hantar
+ Off topic
____________________________
Tajuk PC kali ini bersempena memperingati kehilangan MH370. Peserta boleh menghantar apa sahaja gambar kapal terbang tak kisahlah tengah terbang or landing. segala jenis kapal terbang diterima... walaupun kapal terbang mainan or model kapal terbang.kat bawah disertakan sekali contoh gambar daripada saya... selamat berfotocelen!!
![]()
Last edited by mcshah; 17th April 2014 at 02:50 PM.
lai...lai....lai......
jom....jom....jom....
Last edited by Muhdarifaiman; 21st April 2014 at 01:50 PM.
kemon....kemon..... lai..lai.....
ayuhhhhhhhh masih ada masa........ lai...lai....lai...
Sekadar memeriahkan...gambar lama....
![]()
my gallery @zenfolio.com | my photo blog | my images for sale | my folio @ MIR
Which of my photographs is my favorite? The one I'm going to take tomorrow. - Imogen Cunningham
masih ada masa lai...lai..lai...
rasanya tak perlu extend kot…diorg tunggu MH370 yg hilang baru nak shoot ,,memehler takkan jumpa![]()
Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574
Salam/Salam Sejahtera...
tibalah saatnya saya mengumumkan pemenang PC kali ini iaitu abam mcshah.
gambar kapal terbang yang tengah terbang yang clear. gambar simple tapi cun.. tahniah abam..
kepada abam Muhdarifaiman dan abam mzabdullah. setinggi2 penghargaan kepada anda berdua kerana berani menyahut PC kali ini. tak lupa juga kepada hanty zain kerana berpenat lelah mempromosikan pc kali ini.
Tahniah abam mcshah.... Silakan bukak gelanggang baru....
terima kasih kerana memilih gambar yang tidak seberapa itu.. rasanya ni kali kedua diumum pemenang.. topik baru akan dibuka dalam waktu terdekat..