Page 2 of 9 FirstFirst 1234 ... LastLast
Results 16 to 30 of 132

Thread: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

  1. #16

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Betis dan tapak kaki mulai terasa lenguh , namun apalah sangat kesakitan itu berbanding pengorbanan Siti Hajar masa ia ditinggalkan di situ suatu ketika dulu bersama Nabi Ismail yang masih kecil demi perintah Allah ketika itu di sebuah kawasan yang kering kontang .



    Hening Subuh Antara Safa dan Marwah.


    Dua kali juga kami berhenti seketika antara Safa dan Marwah kerana anak2 ku dah keletihan . Berhenti seketika meneguk zam-zam .


    Alhamdulillah,
    kami berjaya menyelesaikan umrah kami yang diakhiri dengan bergunting dan tahallul dengan perasaan gembira .



    Bergerak pulang ke Al Massa lalu bercukur kami dua beranak di Barber Shop bersebelahan SR10 satu kepala . Botak licin kami berdua . Penat memang penat , tapi tak boleh baring ni, takut terlelap.



    Jadi mandi sesiap dan kembali kami semula ke Haram untuk solat subuh setelah kain ihram yg di pakai sejak semalam lagi dilepaskan dari tubuh badan.Pakai kain pelikat gombang je ke Masjidil Haram aku pagi tu.

    Lepas solat subuh , terbontang kami tidur hingga jam 10.00 am kerana badan dan tenaga nak kena "recharge" semula untuk hari2 yang berikutnya yang pasti mencabar.




    Alhamdulillah
    Misi terlaksana pagi ni dengan penuh rasa nikmat dan kesyukuran.


    kami selesai umrah jam 4.20 pagi jugak
    kena cross nak ke pintu King Abd Aziz
    kerana jalan pintas belakang laluan Saie
    di tutup kerana tapak pembinaan


  2. #17

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Boleh ke Tidak

    Boleh ke Tidak




    Sering timbul pertanyaan dan perasaan ini dalam hati rasanya pada kebanyakkan jemaah bila nak melangkah ke dalam Al Haram. Benda alah yang dimaksudkan adalah boleh ke tidak bawak kamera masuk dalam Al Haram . Bukan apa, jangan pulak salah faham . Tujuan kita bawak masuk benda alah ni adalah untuk merakamkan detik2 indah untuk tatapan dan simpanan kita sebagai "kenangan terindah" kerana untuk ke sini nampak mudah , tapi kalau takde "surat jemputan dari Allah", maka tak sampai le kita ke sini.


    Jadi sebagai manusia biasa, lumrahnya pasti kita nak juga rakamkan sedikit kenangan di dalam Masjidil Haram.Tak salah rasanya , tapi janganlah pulak melampui batas berposing sakan siap melompat2 lagi dengan berlatar belakangkan Baitullah dan bergaya ala-ala model pulak








  3. #18

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Semasa mengemas bagasi sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah, aku bercadang membawa 2 buah kamera . Satu sudah pasti DSLR yang cadangnya untuk mengabadikan foto-foto di persekitaran luar Al Haram dan takde niat mengambil risiko untuk membawanya ke dalam Masjidil Haram untuk merakamkan foto2 dari dalamnya. Namun dalam hati kecil ku selalu berkata , "kalau dapat rakamkan dengan DSLR dari dalam Masjidil Haram, pasti hasilnya agak cantik"



    Jadi aku cadang bawa satu camera compact yang kecil nanti untuk aku rakamkan foto-foto dalam Masjidil Haram jika berkesempatan.






  4. #19

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Kita merancang, Allah tentukan.



    Camera compact aku tertinggal kat kebun dekat mesin gelek getah yang hanya aku sedari semasa aku bertolak dari HC ke KL . Takpelah, kalau Allah tetapkan begitu, terima jelah. Rupanya Allah nak gantikan aku dengan peluang yang lebih baik kerana aku memang tak menyangka yang Allah dah bagi aku kebenaran untuk bawak DSLR dalam Masjidil Haram .





  5. #20

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Yang tersurat dan tersirat ,

    Mana lebih besar.


    Kebenaran dari penjaga pintu yang sentiasa memeriksa beg jemaah yang memasuki ke dalam Masjidil Haram atau kebenaran dari Allah S.W.T. Penjaga pintu sama juga seperti kita , makhluk kecil di sisi Allah . Yang tersirat adalah kita mintalah pada Allah atas apa jua yang kita rasa nak minta. Beri atau sebaliknya adalah urusanNYA. Kalau diberi Alhamdullilah dan jika sebaliknya, kita sebagai insan yang kerdil mestilah juga bersyukur kerana ada hikmahnya Allah tak tunaikan permintaan kita.





  6. #21

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Aku insan yang lemah . Walaupun ada permintaan aku yang Allah makbulkan dengan cepat, tapi bukan semua apa yang aku pinta pada Allah dalam kehidupan ini , Allah makbulkan dengan begitu cepat sekali.

    Ada yang bertahun-tahun juga baru Allah makbulkan. Sudah tentunya Allah nak aku terus minta dan meminta dengan erti kata lain doa dan terus berdoa yang sebenarnya terkandung banyak hikmah untuk aku renungkan.


    padat di penjuru Hajarul Aswad




  7. #22

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Kerana tak bawak camera compact tu tadi, maka sebagai gantinya pastilah camera hand phone sebagai galang gantinya . Bila sahaja masa terluang semasa aku menghabiskan masa ku beribadat dalam Masjidil Haram, aku rakamkan saat-saat indah di sana dengan menggunakan HP aku . Tak sangka pulak yang hasil dari camera iphong yang aku rakamkan pada ku memuaskan walaupun ia hanya 8 Mega Pixel je .Namun camera HP sukar nak dapatkan gambaran yang jelas bila di zoom.



    Bagi yang selalu pakai kamera korang tau apa maksud Pixel tu. Pixel tu adalah singkatan dan membawa maksud "picture element" atau butiran yang akan dirakamkan menjadi sesebuah imej.



    Maksudnya kalau lebih banyak pixelnya, maka lebih banyak butiran yang akan dirakamkan menjadikan foto tersebut nanti hasilnya pasti lebih memuaskan dari camera yang mempunyai pixel yang rendah.DSLR cabuk aku yang aku beli beberapa tahun yang lalu pun pixelnya sama jugak dgn iphong tu, tapi yang membezakan ialah ia "Single Lenses Reflector (SLR)" dan boleh zoom . Tu kalau aku dapat bawa masuk dan dapat rakam foto dari tingkat atas Masjidil Haram, pasti best.


    ada jemaah tersepit kat Hajarul Aswad tak boleh keluar
    ombak manusia di penjuru ini terlalu kuat
    sapa tak tahan pasti terhambur keluar
    namun semua tu atas ketentuan Allah jua sebenarnya



  8. #23

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Rupa-rupanya tanpa aku sedari sebagai insan yang lemah, Allah Yang Maha Besar mendengar bisikan hati ku ini.



    Nak jadi cerita sedang aku duk mengelamun kat lantai tawaf memerhatikan Baitullah , aku terlihat seorang jemaah muslimah yang agak muda berbangsa india rasanya sedang melakukan tawaf . Tapi yang menarik perhatian ku , tergantung dilehernya DSLR .


    aku menembak dari tingkat atas Masjidil Haram
    Tapi kalau sekarang, dah tak nampak kerana
    terlindung dengan mataf 2 tingkat yang
    dibina sementara kerana proses
    pembesaran Masjidil Haram




  9. #24

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Kaget aku dibuatnya. Ialah, manakan tidak. Kebiasaannya kita dengar kalau jemaah muslimah yang bawak compact camera pun tak dibenarkan masuk , ini bapak kamera tergantung kat leher lagi .Itu sebenarnya petunjuk dari Allah buat ku.



    Macam aku kata tadi. Mana lebih besar kuasanya,
    "Si Penjaga Pintu Masuk Masjidil Haram" atau Allah Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam.


    penuh dah padat di Hijir Ismail



  10. #25

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Setiap apa yang berlaku sebenarnya menjadi petunjuk dan pedoman buat kita sebenarnya ada kaitannya dengan kehidupan seharian yang kita lalui dan kita cuma implikasikan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam yang kita lalui sebagai seorang insan bergelar muslim.



    Panjang dah rasanya aku melalut pagi ni dan cerita "BOLEH KE TIDAK BAWAK BENDA ALAH NI" tak habis lagi sebenarnya hehehe


    Nanti ada masa aku sambung ye.


    Semua yang datang dari penulisan ku hari ini adalah dari kelemahan aku sendiri dan harap sedikit perkongsian hari ini dapat menceriakan kehidupan kita .


    Insyallah




  11. #26

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    AIRMATA

    PENGHARAPAN
    KUDRAT
    KETENTUAN ALLAH
    TENTUNYA PENJURU INI SUNGGUH ISTIMEWA
    HINGGAKAN MENJADI REBUTAN
    HINGGAKAN MENJADI IGAUAN
    HINGGAKAN MENJADI SEBUTAN
    HINGGAKAN MENJADI IMPIAN

    HUKUM MENGUCUPNYA ADALAH SUNAT SAHAJA
    TAPI SEBALIKNYA MENJADI REBUTAN DAN IMPIAN SETIAP TETAMU ALLAH
    SEOLAH-OLAH IA SATU KEWAJIPAN

    HINGGAKAN ADA NYAWA YANG MELAYANG
    HINGGAKAN ADA YANG HILANG PERTIMBANGAN
    HINGGAKAN TERPAPAR SIKAP KERAKUSAN
    SEMUANYA TERPAPAR DI SUDUT INI

    SATU KEJAYAAN BESAR APABILA BERJAYA MENGUCUPNYA
    TAPI BUKANLAH KEGAGALAN BESAR SEKIRANYA GAGAL MENGAPAINYA
    KERANA KEGAGALAN KEHIDUPAN KITA SEBENARNYA
    ADALAH BERDASARKAN AMALAN DAN BEKALAN
    YANG BAKAL DIBAWA NANTI

    KERANA ITULAH YANG BAKAL DIPERSOALKAN NANTI

    TIADA SOALAN SAMADA KITA BERJAYA MENGUCUPNYA ATAU TIDAK
    JADI JANGANLAH DISESALKAN SEKIRANYA GAGAL MENGUCUPNYA
    KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT SETIAP HAMBANYA







  12. #27

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Suatu pagi yang indah, usai solat subuh , kami lanjutkan dengan Tawaf Wada . Dah jadi satu kewajipan untuk melakukan tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal bila perlu meninggalkan Baitullah lebih dari dua marhala bagi kami kerana pukul 7.00 pagi nanti kami akan bertolak ke Madinah untuk seharian menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabatnya .



    Kalau dah berada di kota Makkah, macam tak lengkap pula kunjungan ke Tanah Suci kalau tak ke Kota Suci Madinah walaupun seketika untuk
    menziarahi makam Rasulullah serta sahabatnya.

    Cukuplah walau sekejap, asalkan hajat ke sana
    terlaksana.



    Kami bersama Abdul Karim
    sedang meninggalkan Kota Suci Makkah



  13. #28

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Alhamdullillah

    Walaupun agak padat jugak hingga ambil masa hampir sejam jugak pagi tu untuk menyelesaikan tawaf wada' lalu pulang dulu ke bilik bersihkan diri dan ganti baju dan kain yang dah lencun dek peluh manakala bini aku dgn anak pompuan kami agak lambat siap juga tawaf wada' mereka.




  14. #29

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Abdul Karim telah sedia menanti kami di lobby hotel.

    Aku minta nak sarap dulu kerana perjalanan pagi ni ke Madinah agak jauh dan panjang. Jadi aku minta pemandu kami Abdul Karim agar lewatkan sikit lebih kurang jam 8.00 pagi . Dia ok je dan kata nanti boleh "pecut" sikit kat highway gantikankan masa yg dah terbuang.




    Highway Makkah-Madinah 3 lorong
    toll free




  15. #30

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Hari ini dalam sejarah buat kami kerana kebiasaannya sebelum ini, apabila kami melakukan tawaf wada' , maka itulah pertemuan terakhir kami dengan Baitullah Al Haram dan akan terus terbang ke Tanah Melayu.

    Tapi kali ini perpisahan kami dengan Baitullah Al Haram hanya seketika dalam 16 jam je kerana kami dah rancang dengan izin Allah dan membawa sekali kain ihram dan apabila keluar saja dari Kota Suci Madinah nanti patah balik ke Makkah, kami akan berhenti di Miqat Bir Ali (Zul Hulaifah) dan memasang niat umrah sekali lagi sebelum memasuki ke Kota Makkah.








Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •