Page 3 of 9 FirstFirst 12345 ... LastLast
Results 31 to 45 of 132

Thread: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

  1. #31

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Alhamdulillah,

    Kos GMC untuk kami 4 beranak walaupun boleh memuatkan 8 orang sangat2 berpatutan dan murah berbanding kos sebenar yang selalu dikenakan oleh pengendali dari Tanah Melayu yang menggunakan nilai mata wang RM kerana semua urusan ku di sini secara terus dan kerana hubungan baik yg terjalin sebelum ini atas bantuan rakan ku menyebabkan ia pada ku sungguh2 berpatutan dan murah sangat serta dibayar dalam nilai Saudi Riyal .

    Jarak Makkah ke Madinah pula boleh tahan jauh juga
    dalam 340 km juga.




    drebar arab berani bawak 130-140 kat sini
    walaupun banyak polis, tu yang dapat pendekkan
    masa perjalanan

    kalau menggunakan bas
    biasanya mau 5-6 jam juga pasal
    hanya berani speed 90 km sejam je



  2. #32

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Alhamdulillah

    Memang Alllah permudahkan urusan kami ke Kota Suci Madinah dan ada sahaja bantuan yang Allah hulurkan tanpa disangka-sangka hinggakan kami dilayan bagai V.I.P dan Abdul Karim nak carikan aku sorang mutawwif di Madinah nanti yang bayarannya hampir SR 300.00 yang hendak dia jelaskan gunakan wangnya sendiri . Dahlah bayaran GMC dan perkhidmatannya murah, nak cari dan bayarkan kami lagi utk sorang mutawwif.




    kami dok berhenti di separuh perjalanan
    pekena teh susu
    bila aku nak ambik fotonya
    Abdul Karim posing mcm muka "gatal" buat aku tersenyum
    hehehe

  3. #33

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Itulah rezeki dari Allah . Aku kerap bermohon kepada Allah sebelum kami pergi agar segala urusan kami dipermudahkan nanti dan Allah Yang Maha Berkuasa dah tunaikan hajat hambanya ini .





    Itulah ketentuan Allah. Aku hanya insan biasa je yang tak punya apa-apa darjat dan pangkat serta gelaran.Gelaran yang aku ada dan sandang hanyalah "Pak Itam" a.k.a Bapak Rezeki je .





    GMC yang kami naiki ke Madinah



  4. #34

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Kami sampai ke Kota Suci Madinah Al Munawwarah ketika waktu zohor hampir masuk. Urusan kami dipermudahkan lagi apabila Mutawif Hj Hamza telah sedia menanti kami di kamarnya di Dallah Taibah untuk kami menumpang membersihkan badan dan sebagainya serta berwuduk .



    Semua yang dirancang semalam sebelum bertolak berjalan dengan baik dengan izin Allah jua.




    Non Muslim tidak diharamkan masuk ke Madinah
    kerana Madinah juga adalah kawasan Tanah Haram


    mula memasuki sempadan Madinah

  5. #35

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Allahuakhbar,

    Menuju ke Masjid Nabawi yang terletak hanya 20 meter dari Dallah Taibah buat kali pertamanya setelah kali terakhir berada di pada tanggal Jun 2011. Rindu untuk merasai kenikmatan solat berjemaah di Masjid Nabawi terubat jugak .







  6. #36

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Selesai sahaja solat , aku dan anak lelaki ku terus masuk menyusuri ke bahagian hadapan untuk meziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat manakala bini aku dan anak perempuan kami menghala ke sebelah kiri masjid bagi jemaah wanita.


    Pintu 1 Babus Salam menuju Makam Rasullullah dan sahabatnya


  7. #37

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Memasuki pintu Babus Salam yang ternyata ramainya umat ketika itu. Memang kali ini musim umrah dah macam musim haji dengan jemaah yang terlalu ramai.

    Perjalanan sering terhenti manakala keadaan dalam raudah ketika itu kedengaran berlaku kekecohan di bahagian lelaki dan polis bergegas dan menjerit dari jauh kerana agaknya telah berlaku rempuhan di situ apabila Raudah dibuka selepas usai solat zohor tadi.

    Di sinilah terlihatnya sifat2 kerakusan demi mengejar pahala yang dijanjikan hinggakan menyakiti antara satu sama lain .




    foto pun blur dan bergoyong bergoyang akibat disondol dari belakang
    guna iphong je


  8. #38

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Alhamdulillah

    Ada ruang di tepi hadapan Makam Rasulullah buat kami berhenti dalam 5-10 minit juga menyampaikan salam buat Baginda Rasulullah serta berdoa sebelum beredar kehadapan sikit bagi menyampaikan salam buat sahabat baginda juga lalu beredar perlahan-lahan meninggalkan kawasan tersebut.


    sesak menuju makam Rasulullah
    tak kira waktu terutama lepas
    setiap waktu solat



  9. #39

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Alhamdulillah
    Hajat menziarahi Makam Rasulullah dan juga para sahabat serta bersolat di Masjid Nabawi telah terlaksana dengan izin Allah jua dan dipermudahkan .


    Makam Rasulullah



  10. #40

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013



  11. #41

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013



  12. #42

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Selesai sudah hajat di hati untuk menziarahi Makam Baginda dan para sahabat. Menyusurikeluar pintu beredar meninggalkan masjid Nabawi .
    Kena lalu dalam masjid untuk keluar pintu
    belakang (selatan) yang dalam 2-3 km juga sebenarnya kerana masjid Nabawi
    sungguh besar sekali .






    dah sampai bahagian belakang (selatan) Masjid Nabawi

  13. #43

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    ALHAMDULILLAH



    Lepas selesai semua urusan yang sepatutnya di Masjid Nabawi selepas zohor, aku pun cakap kat Abdul Karim yang kami nak pegi "picnic dan mandi manda" dan minta dia carikan tempat yang sesuai. Lepas tu Abdul Karim puaslah dail HP dia tanya kekawan dia mana tempat yang sesuai untuk bawa kami . Lepas sorang-sorang dia telepon kerana dia bukan penduduk Madinah dan dia tak tahu mana tempat yang sesuai dan paling "best" nak bawa kami untuk "mandi-manda".


    Dia dok cakap arab dgn kekawannya dalam HP dan yang aku paham ayat lastnya "mandi-mandi".


    Lain sepatah haram aku tak paham .
    Aku risau jugak yg manalah tahu dia salah faham apa yang aku maksudkan, pengabis dia bawak kami pi mandi entah kat mana hehehe


    bukan mandi bercebo
    mandi-manda yang aku maksudkan
    ialah makan nasi mandy
    ini lamb mandi



  14. #44

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Untuk pengetahuan kalian, cara aku berkomunikasi dengan Abdul Karim dah macam ayam dengan itik , cuma nasib baiklah dia paham adalah sikit2 bahasa inggeris dan aku faham sesikit bahasa arab. Jadi bolehkan kami bual sikit-sikit.


    Akhirnya lepas pusing dalam 10-20 minit, sampailah kami ke tempat kami nak "picnic dan mandi-manda tengahari tu. Dari luar memang takda gaya tempat "picnic dan mandi-manda langsung". Masuk ke dalam di tingkat atasnya , tersedia banyak bilik2 kecil buat sesiapa yang "nak picnic dan mandi-manda" yang dipisahkan kepada dua bahagian besar .

    inilah stail restoran mereka di sini.


    Satu bahagian terdiri dari banyak bilik2 kecil buat yang datang bekeluarga dan kira satu mahram dan satu bahagian lagi terdiri dari banyak bilik jugak buat golongan lelaki sahaja. Kami kena masuk ke bahagian untuk keluarga je.

    Bukan makan stail makan kat restoran mcm tempat kita.


    satu dulang kambing mandi


  15. #45

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Suasana restoran di sini berbeza sama sekali dgn kat Tanah Melayu yang kalau kita masuk je sesebuah restoran, pasti didepan kita kerusi meja dan pelanggan manakala kat sini takda tu semua. Yang pasti pelanggan ramai,tapi semua dok makan kat dalam bilik-bilik kecil yang tertutup dan berpintu.

    OK, untuk kami berempat acara kami untuk "mandi-manda" tengahari ni , aku order 2 dulang . 1 dulang untuk hidangan ayam mandi dan satu dulang lagi untuk kambing mandi sementara untuk Abdul Karim dia je, aku orderkan sedulang kambing mandi . Tapi kerana bukan mahram, dia kena makan kat bilik lain .

    Aku belanja .Memang orang arab , depa sorang2 pun boleh
    habis makan satu dulang .


    Ayam Mandy


Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •