Page 1 of 9 123 ... LastLast
Results 1 to 15 of 132

Thread: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

  1. #1

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Salam di pagi Jumaat yang indah.
    Suatu misi kembara seketika untuk 8-9 hari menyahut panggilan dan jemputan Allah dan menziarahi rumahNYA telah setahun berlalu
    iaitu 2013 yang lalu , namun kini baru aku berkesempatan
    untuk berkongsi bersama-sama warga FMDC hanya sebagai satu perkongsian.

    Kembara kami ke bumi para anbia' dan aulia'
    yang penuh keberkatan pada ketika itu bermula
    selepas solat jumaat .

    Ketika itu hanya doa dipohon kepada Allah S.W.T agar dipermudahkan
    dan sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatanNYA
    sebelum , semasa dan selepas kami menziarahi
    Baitullah nanti.


    Jemputan kami ke sana memang agak singkat sangat
    namun yang penting kami dapat mengunjungi Rumah Allah
    dan melepaskan kerinduan kami terhadap
    Tanah Suci.
    Nanti aku kongsikan segala cerita suka duka
    disebaliknya di sini dengan izin Allah jua.

    Alhamdulillah

    walaupun beberapa kali Allah memberikan aku peluang menyahut panggilannya dan menziarahi Baitullah, tapi pada setiap kali kunjungan itu juga, aku akan rasa teruja dan debarannya dan setiap kali itu juga , aku anggap satu pengalaman baru yang bakal aku tempuhi di mana inilah tempat yang paling agung di muka bumi ini pada ku yang tak pernah jemu2 untuk dikunjungi biarpun beribu kali .


    لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
    لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
    إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ
    لاَ شَرِيْكَ لَكَ

    Hamba Mu datang menyambut panggilan Mu, Ya Allah
    Hamba-Mu datang menyahut panggilan Mu
    Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu
    yang tiada sekutu bagi-Mu



  2. The Following 2 Users Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    ALHAMDULILLAH


    Satu pengalaman baru buat ku . Jika kebiasaannya menunaikan umrah melalui pakej yang tersedia oleh banyak agensi pengendali di tanah air , kali ini kami memilih untuk pergi sendiri tanpa pakej (special request). Tentu satu pengalaman baru yang bakal kami tempuhi kerana banyak urusan kena uruskan sendiri.


    Tapi urusan visa dan lain2 hal perlu diuruskan oleh pihak yang diiktiraf di Malaysia dan dah jadi syarat kerajaan Arab Saudi pula, sebuah agensi pengendali dari negara mereka yang mereka iktiraf juga mesti terlibat apabila sahaja kita mendarat di sana.


    KLIA-RIYADH-JEDDAH


  4. #3

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Alhamdulillah,



    Aku hanya ambil masa singkat dalam seminggu-dua je buat segala perancangan kerana queen aku kata dah rindu sangat nak bertandang ke Makkah dan menjadi tetamu Allah dan tak boleh tunggu2 dah. Lagi pun anak jantan aku nanti bulan jun masa tu sibuk dengan kelas tambahan kerana nak SPM manakala anak betina aku pula kebetulan baru habis selesaikan practicalnya . Jadi kami kami ambil penerbangan terus dari Malaysia ke Jeddah kerana kami bercadang nak masuk terus ke Makkah dengan menggunakan Saudia Air .



    Oleh itu satu pengalaman baru buat ku kerana kali pertama akan berniat ihram kat atas kapalterbang. Macam biasa aku parking motor roda 3 aku kat "long term parking" di KLIA hanya memakai track suit serta singlet pagoda tanpa pakai "small john" dari rumha lagi serta 2 bagasi besar kira kongsi berempat beranak dan 2 hand luggage yang semestinya kain ihram aku dan anak aku kerana kalau nak masuk ke Makkah menunaikan umrah mesti berniat ihram di dalam kapal terbang bila memasuki zon miqat, manakala penumpang yang turun di Jeddah nanti dan nak teruskan perjalanan dengan bas ke Madinah pula tak perlu pakai ihram dan berniat ihram .




    jangkaan mendarat di Jeddah 9.22 malam

  5. #4

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Sebenarnya kembara kami bermusafir bermula dari teratak kami di
    High Castle selepas jumaat menuju Kuala Lumpur dulu rumah mertua dan bermalam sehari di sana dan penerbangan ke Tanah Suci pula esoknya hari sabtunya.

    Aku memang memilih penerbangan jam 3.00 petang dari KLIA . Jadi masuk waktu zohor sahaja , tak terlepas solat zohor dan boleh terus jamak takdim dengan asar pula manakala apabila tiba nanti di Makkah , tak terlepas pula solat magrib dan isyak walaupun jangkaan sampai pukul 12.00 tgh malam di hotel penginapan kerana boleh jamak Taakir pula.

    Sebagai ingatan , umrah tu hanya sunat sahaja bagi yang dah pernah melakukannya, tapi solat tu yang wajib dan paling mustahak. Jangan pulak solat saja kita "ringan-ringankan" tanpa uzur syarie . Jangan kita nak kejar yang sunat, tapi tinggalkan yang wajib dengan mencipta alasan sendiri.


    Aku dah mandi sunat ihram sesiap dari KL lagi , jadi cuma tak pakai ihram je . Maka sebelum berlepas lepas jamak takdim zohor-asar, kami dua beranak terus tukar kain ihram di surau KLIA yang merupakan pengalaman pertama ku berihram dari Tanah Melayu lagi .

    Untuk orang rumah aku dan anak perempuan, pakaian yang mereka pakai yang menutup aurat itulah dikira ihram mereka.

    Orang perempuan tak sukar sangat, lelaki yang sukar sikit
    pasal "terkontang kanting" benda alah tu bila dah berihram.






    26 minit lagi sebelum memasuki kawasan Miqat


  6. #5

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Penerbangan dijangka dalam 8 jam juga dan semua komersil flight Saudia walaupun namanya penerbangan terus mesti singgah di Riyadh kerana merupakan hub penerbangan mereka .Dalam pada tu duduk berejam2 dalam kapal terbang dengan kain ihram, nak kena jaga juga pasal karang takut tak perasan terselak kain ihram yang bawah , dah lain jadinya nanti. Kecoh satu flight nanti



    Takda flight dalam dunia ni yang baca doa bermusafir selain Saudia tapi kalau dulu , kapten yang akan bacakan doa, tapi zaman teknologi terkini ni , terpapar di semua skrin penumpang doanya yang dibaca secara rakaman dan habis je doa tu, meluru SV 830 meninggalkan bumi Tanah Melayu membawa satu lagi babak baru dalam diari Suatu Catatan Perjalanan dalam kehidupan kami.


    Sepanjang pernerbangan bila tiba waktu makan, aku pastikan tak tertumpah sisa makanan dan bila nak ke tandas paling senang, selak je





    Ialah, dah takda sehelai pun pakaian yang berjahit walaupun belum berniat umrah kerana karang kalau dipakai, tetiba masuk zon miqat, nak terkocoh2 pulak nak bukak "small john" kat tengah org ramai





  7. The Following User Like This Post:


  8. #6

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Selamat mendarat di Riyadh manakala yang turun depa turun dan yang meneruskan perjalanan ke Jeddah tak dibenarkan turun selama sejam jugak . Dalam masa tu sepantas kilat pekerja2 naik ke atas kapal terbang dok kutip sampah, cuci toilet dan macam2 lagi .



    Tiba masa nak berlepas, tetiba pilot kata terpaksa delay sikit kerana bumi Riyadh yang kering kontang telah Allah turunkan hujan rahmat dan kilat sambung menyambung . Hampir 20 minit juga keadaan sebegitu sebelum akhirnya selamat berlepas ke Jeddah pula yang dijangka tak lebih sejam je penerbangannya.


    Dalam 20 minit lagi nak mendarat di Jeddah, pengumuman dibuat yang kini bagi penumpang yang ingin terus masuk ke Makkah dan telah berihram, maka pasanglah niat umrah sebentar lagi bila tiba dikawasannya yang dipaparkan di screen lebih kurang 3-4 minit jangka waktunya juga sebelum kapalterbang kira dah masuk ke zon tanah haram atau zon ihram bagi yang berniat melakukan umrah.


    SEBAGAI PERINGATAN , bagi yang nak masuk ke Madinah , jangan pula memandai ikut sama berniat kerana karang kena dam pula kerana dahlah tak berihram dan lepas tu nak pergi ke Madinah pula dan tetiba pasang niat umrah.


    SEBAGAI INGATAN , niat ni bukan boleh buat memain dan buat gurau senda .


    8.57 pm waktu Jeddah
    1.57 am waktu Malaysia(time tidur ni)
    saat yang ditunggu2 pun tiba
    hampir memasuki Miqat bagi penerbangan
    yang berlepas dari area Riyadh.




  9. #7

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Kalau tak salah aku , tak sampai 20 org penumpang je yang berihram dan berniat umrah ketika itu berbanding penumpang2 yang lain yang pastinya sebahagiannya akan terus naik bas ke Madinah dan separuh lagi pasti penduduk atau pemastautin kota Jeddah .


    kira dah masuk zon tanah haram
    dari atas udara



    لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
    لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
    إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ
    لاَ شَرِيْكَ لَكَ




    Maka bermulalah segala pantang-larang dalam ihram yang perlu dipatuhi . Tak sampai 10 minit , Saudia selamat mendarat di Jeddah dan macam biasalah di sini kena turun tangga sebelum menaiki bas pengantara ke terminal yang agak jauh jugak aku rasakan . Maka bermulalah dugaan pertama di kaunter imigresen Jeddah yang macam biasa sangat tak efesien cara mereka berkerja kerana dah jadi budaya mereka orang Arab bersikap sebegitu. Kesabaran sangat tinggi diperlukan di sini apabila berurusan dengan mereka.



    Penumpang ramai panjang beratur dari 2-3 penerbangan yang turun, kaunter pula yg bukak 3-4 je . Dalam sejam lebih jugaklah baru tiba giliran kami . Aku sebagai mahram kepada isteri dan
    anak-anak ke hadapan dahulu sebagai ketua keluarga.
    Dibelek2 kesemua visa umrah yang tertampal pada pasport.
    Cuma masalah timbul kerana nama anak jantan aku takda
    dalam sistem komputer mereka disebabkan huruf "Q" kerana nama anak
    aku tu ada huruf "Q" dan keyboard arab mana ada huruf 'Q"
    Tu yang taip nama anak aku , tak keluar dalam sistem.


    Aku kasihan lihat ada yang dah berumur tu kena berdiri 1-2 jam hanya untuk melepasi pemeriksaan imigresen . Kat pukul 12.00 tgh malam baru selesai semua urusan imigresen dan bagasi dan keluar dari Airport Jeddah.



  10. #8

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Walaupun pemandu GMC dah bersedia menunggu kami di balaiketibaan, tapi dah jadi peraturannya di sini yang GMC atau kereta tak boleh ambil jemaah melainkan bas je dari dalam kawasan airport. Jadi dari situ kena naik coster yang disediakan lalu jalan sikit tak sampai 5 minit keluar kawasan airport berhenti tepi jalan dan tukar pula ke GMC yang sedia menunggu dengan pemandu arabnya bernama Ismail.Kami rakyat biasa je dan bukan pembesar negara, jadi kena ikutlah peraturan .

    Kalau pak menteri , rasanya tak payah tukar2 kenderaan ni bila keluar dari airport. Tapi bagus juga kerana tu satu pengalaman baru buat ku .


    90 km Jeddah - Makkah tapi kesibukan lalu lintas terutamanya
    memasuki kota suci Makkah yang "tak pernah tidur" menyebabkan
    hampir 1.00 pagi jugak kami sampai di Al Massa.

  11. #9

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Memang kami selesa menginap di Al Massa sejak dari dulu yang terletak berdekatan sangat dengan dataran Masjidil Haram dan boleh pilih kalau samada nak ke bawah Masjidil Haram atau nak ke Tingkat 2 atau 3 Masjidil Haram nanti .

    Rakan ku yang sejak dari pukul 9.00 malam lagi yang setia menunggu kami dah stanby telefon pihak yang menunggu di Al Massa yang kami berkehendakkan bilik tingkat atas dengan "Haram View" dan tak perlu lagi nak tunggu check in kat kaunter untuk menjimatkan masa bila kami tiba.





  12. #10

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Memang rezeki kami Allah permudahkan kerana kebetulan 1/2 hari sebelum berlepas, aku dapat contact rakan ku ini yang memang kebetulan pula dia berada di Makkah atas urusan kerja.Jadi , dia banyak membantu dengan izin Allah jua .

    Memula katanya malam tu takda bilik Haram View nak depa suruh masuk dulu bilik lain , esok nanti baru tukar bilik. Tapi Allah mempermudahkan lagi segala urusan dan memperkenankan permintaan hambaNYA ini kerana apabila kami sampai je, depa kata tak payah tukar2 bilik keesokkan harinya kerana bilik yang aku nak ada dan depa kasi tingkat 11 menghadap "Haram" tersedia hingga saat kami nak balik nanti.


    Haram View Dari Kamar Al Massa
    1180


  13. #11

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Alhamdulillah,
    sampai pun sudah , rehat jap 5 minit dan ambil wuduk dan terus turun ke bawah dengan perasaan yang sungguh gumbira dan semangat yang berkobar2 untuk menuju ke Masjidil Haram, nak menatap Baitullah dan paling utama menyelesaikan tawaf dan saie umrah serta bergunting dan tahalul yang akan aku ceritakan bagaimana hebatnya pengalaman yang kami lalui malam itu kerana terlalu ramainya umat macam musim haji pula.




  14. #12

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Setelah betulkan semula kain ihram yang dah serabai dan kusut masai dek dalam penerbangan, berwuduk dan lantas kami mula menapak meninggalkan Al Massa terus ke pintu utama King Abd. Aziz . Masuk sahaja kedalam Masjidil Haram setelah kali terakhir kami berpijak di situ Jun 2011 mengembalikan semula kenangan terindah dan mengucapkan kesyukuran kerana Allah dah makbulkan doa kami dulu semasa kami melakukan Tawaf Wada untuk dijemput lagi bertandang ke RumahNYA.



    Kami lepas tu dok solat jamak taakir Magrib Isyak dulu sebelum melangkah lagi hingga kelibat Baitullah Al Haram tersergam indah tak terucap di hadapan kami diiringi doa yang kami baca manakala kelihatan setiap ruang kawasan tawaf atau mataf dipenuhi setiap penjuru dan setiap inci pagi ni dah macam musim haji pulak .

    Aku tumpukan sepenuh perhatian semasa tawaf , no picture during tawaf .


    suasana antara Safa dan Marwah pagi tu



  15. #13

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Macam biasa kami berjanji akan bertemu semula di kawasan tepi paip air zam-zam nanti selepas selesai tawaf umrah dan solat sunat tawaf nanti kerana lebih baik kami menumpukan sepenuh perhatian untuk melakukan tawaf dari nak tercari mana kelibat antara satu sama lain dicelah lautan manusia yang begitu ramai .Orang rumah aku dengan anak perempuan aku yang sulong manakala aku berdua dengan anak lelaki aku pula. Dah mula tawaf, maka bawalah haluan masing-masing kerana padat kawasan mataf masa tu. Cuma janji, lepas selesai tawaf nanti, bertemu kat tempat yang dijanjikan.



    Kerana ramainya umat pagi ni, hampir sejam jugak nak selesaikan tawaf . Keadaan kat kawasan tawaf agak kelam-kabut dan bersimpang siur juga kerana semua yang berkerusi roda yang kebiasaannya tawaf di tingkat atas kini terpaksa turun utk tawaf di bawah kerana Masjidil Haram ketika ini sedang dalam proses pengubahsuaian dan penambahbaikan secara besar-besaran hinggakan sebahagian sambungan Masjidil Haram bahagian atas telah dirobohkan dan terputus.

    Macam2 ada masa tawaf,
    disondol, menyondol akibat jemaah yang bagai lautan ombaknya.



    kawasan lampu hijau antara Safa dan Marwah sebagai tanda
    disunatkan untuk JEMAAH LELAKI berlari2 anak,
    jangan pulak jemaah perempuan ikut sama

  16. #14

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Pusingan tawaf seringkali terhenti apabila sampai ke penjuru Hajarul Aswad hingga selepas Hijir Ismail kerana dek lantaran ramainya umat di dua pertiga malam mencari keredaan Ilahi .

    Alhamdulillah
    walaupun dalam kepenatan,keletihan dan kelesuan, kami berjaya selesaikan tawaf umrah kami dan nak cari tempat nak solat sunat umrah belakang area Makam Ibrahim pula agak sesak kerana kawasan tu kira tinggal dah tak luas sangat kerana ada pembinaan di belakangnya .


    Bertemu kembali di tempat yang dijanjikan lalu menuju ke bukit Safa pula lebih kurang jam 3 pagi jugak. Kerana terdapat pembinaan di kawasan menaiki bukit Safa dari kawasan tawaf, maka depa dok buat lorong baru kepung dengan plywood kira2 menuju ke pertengahan antara Marwa dan Safa , lepas tu kena belok kanan menuju ke Bukit Safa dan barulah bermulanya Saei di situ.


    Orang pagi tu,

    Masyallah,
    PADAT
    RAMAI
    PENUH


    Pukul 3.00 pagi pun padat sangat kat tempat Saie


  17. #15

    Join Date
    Apr 2010
    Location
    HC, JOHOR
    Posts
    3,643

    Re: Catatan dan Gambaran Kembara Ku Ke Tanah Suci Makkah dan Madinah 2013

    Itu yang boleh aku gambarkan dan dah macam musim haji pulak gamaknya.


    Faktor yang menyumbang kepada ramainya jemaah di Makkah sekarang ialah kerana depa sekarang dok holiday dalam seminggu juga . Itu yang padat kota Makkah ketika itu.


    Sejam lebih lagi kami perlukan untuk selesaikan Saei. Di atas bukit Safa , terlalu ramai umat hingga agak sukar nak buat pusingan di situ. Begitu juga bukit Marwa . Kalau sebelum ini, kelihatan Baitullah dari Bukit Safa, kini tidak lagi kerana terdapat pembinaan di situ dan ditutup oleh kepingan plywood .





Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •