Page 2 of 4 FirstFirst 1234 LastLast
Results 16 to 30 of 46

Thread: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

  1. #16

    Join Date
    Nov 2007
    Location
    shah @lam
    Posts
    470

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    FAKTA TENTANG KENTUT

    Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah.. Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan...

    1)Dari mana datangnya gas kentut?
    Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

    2)Apakah yang membuatkan kentut busuk?
    Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

    3)Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
    Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

    4)Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
    Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

    Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

    5)Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
    Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

    6)Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
    Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.
    Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

    7)Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
    Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

    8)Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
    Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

    9)Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
    Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut.Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

    10)Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
    Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya

    11)Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
    Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

    12)Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
    Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

    13)Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
    Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.


    14)Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
    Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

    15)Adalah kura-kura kentut?
    Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.


    16)Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
    Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

    17)Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
    Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

    18)Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
    Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
    a) Pengentut menghidap cirit-birit
    b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
    c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

    19)Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
    Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

    20)Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
    Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

    21)Adakah kentut mampu membunuh?
    Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

    22)Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
    Makanan yang pedas dan berempah.

    23)Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik?
    Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...

    24)Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
    Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

    25)Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
    Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

    26)Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
    Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.

  2. #17

    Join Date
    Nov 2007
    Location
    shah @lam
    Posts
    470

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Jaga kau Harun

    Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

    Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

    Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

    Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

    Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

    "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

    "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."


    Anjing yang pandai berenang

    Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
    Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
    anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
    daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala...releks le,
    aku ni kan anjing laut."

  3. #18

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Celoh Semak Tepi Paya atau Alor.
    Posts
    303

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Emergency Response

    Mat Deris, Butet dan Ayah Ngah gi memancing kat tepi tasik. Sampai di tasik, baru lar Mat Derih perasan dia tertinggal batang pancing di rumah. Dia pun bergegaslah balik ke rumah kejap tinggalkan dua orang kawannya tu di tepi tasik.

    Bila dia sampai balik kat tepi tasik tu, dia cari Butet dan Ayah Ngah tak nampak entah lepas ke mana. Tengah cari merata, Mat Derih terdengar lar ada bunyi dalam semak dekat situ jadi dia redah la masuk. Haspalela…terperanjat beruk dia bila nampak dua-dua kawannya tu tengah telanjang bulat. Butet tengah pelok Ayah Ngah dari belakang.

    “Woi! Deme buat apa nih weh ? “ Teriak Mat Derih.

    “ Tak de la Derih. Bukan mende. Tadi panas ngat. Kome terjunlah ke dalam tasik. Tak tahu lar pulok Ayah Ngah ni tak pandai sangat berenang. Lemas dia ni tadi. Jadi koi ni tolong la selamatkan.” Jawab Butet.

    “ Apa pedooh ngat aok nih. Tolong orang lemas bukan ke kena beri napas ikut mulut?” Balas Mat Derih.

    “Mulanya memang lar gitu Derih.” Jawab Butet.
    Aku pun nak ikut foto outing. Nak belajar amik gambo lawo lawo. Bila besor boleh menembok macam orang.

    http://hatira.fotopages.com

    http://www.photobucket.com/azmizan

  4. #19

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Celoh Semak Tepi Paya atau Alor.
    Posts
    303

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Tak boleh ke cakap menda positif sikit

    Ayah Ngah pergi out station 3 hari untuk beri ceramah motivasi di Janda Baik. Lepas chek in hotel, dia pun telefon lar ke rumah nak tanya kabor. Orang gaji dia, Bibik hok angkat telefon.

    Ayah Ngah : Semua molek ke di sana?
    Bibik : Semua bagus Pak. Cuma…batang penyodok tanahnya patah Pak. Saya cuba baiki nggak bisa.

    Ayah Ngah : Aik? Kenapa patah? Kamu buat apa?
    Bibik : Gali lubang untuk tanam Tompok, kucing Bapak. Tanahnya keras, jadi penyodoknya patah.

    Ayah Ngah : Aaaaa? Tompok mati?
    Bibik : Ya Pak. Tadi pagi dia mati jatuh ke kolam renang.

    Ayah Ngah : Macam mana boleh mati? Dia kan boleh berenang.
    Bibik : Ya Pak tapi kolam renangnya nggak ada air. Kering. Jadi Tompok terus jatuh ke simen lalu mati.

    Ayah Ngah : Eh! Sebelum keluar tadi saya baru aje penuhkan kolam renang tu. Kenapa kamu keringkan pula?
    Bibik: : Bukan saya Pak. Bomba. Bomba keringkan.

    Ayah Ngah : Bomba? Buat apa pulak Bomba ambil air di kolam renang saya?
    Bibik : Untuk padamkan api la Pak. Rumah Bapak kebakaran. Airnya nggak cukup, diambil air kolam renang.

    Ayah Ngah : Astagfirullah! Rumah kebakaran? Macam mana pulak boleh terbakar?
    Bibik : Ramai tamu di rumah Pak. Mahu urusin jenazah ibu Bapak. Api rokok katanya nyambar ke langsir.

    Ayah Ngah : Aaaa? Mak meninggal? Bila? Kenapa? Tadi kan sihat je?
    Bibik : Betul Pak. Tak sangka. Ajal Pak. Saya pun bingung. Tadi lepas Bapak keluar, dia ke kamar Bapak. Langsung terperanjat lihat isteri bapak sama kawan bapak di atas katil. Jantungnya nggak kuat Pak.

    Ayah Ngah : Ya Allaaaaaaaaaaah! Bibik! Makin ditanya makin menjadi-jadi negatifnya. Kamu ini semua cerita buruk jek, cerita positif tak ada ke? Buat saya tension dah nak gila dah ni.
    Bibik : Tenang Pak. Masakan nggak ada. Baru tadi ada surat dari hospital. Lapor uji darah bapak, AIDS positif ya Pak.
    Aku pun nak ikut foto outing. Nak belajar amik gambo lawo lawo. Bila besor boleh menembok macam orang.

    http://hatira.fotopages.com

    http://www.photobucket.com/azmizan

  5. #20

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    karangan budak darjah 4 yang menyeramkan. . Lapan Belas Es Ji

    Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
    Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
    tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
    bersarapan
    dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
    emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

    Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali
    dengan
    garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh
    120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi
    8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
    dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
    tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

    Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
    turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar
    lori itu pula.
    Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
    iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan
    lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
    dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
    pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

    Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
    semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
    Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
    dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
    bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
    sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

    Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
    Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
    semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
    lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
    saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
    marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu
    lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"
    dan jatuh ke bumi.
    Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
    balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan
    beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
    Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
    orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
    Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke
    ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di
    pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni
    tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
    Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
    menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
    Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
    ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian
    itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga
    berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya
    dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat
    sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
    Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
    saya mati.

  6. #21

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    TAWARAN KERJA

    Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

    Syarat-syarat:
    1. Bumiputra shj
    2. Tidak Rabun Warna
    3. Kelayakan Minimum SPM
    4. Berumur diantara 18-40 tahun


    Kelebihan:
    1. Kerja di bawah kerajaan
    2. Gaji pokok : RM1800
    3. Elaun bulanan (Kola) : RM300
    4. Elaun penginapan RM300
    5. Uniform: RM200
    6. Dobi RM60
    7. Percuma kursus mempertahankan diri
    8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan
    mengambil ujian khas

    Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada23 April 2008 Jabatan Pertahanan Awam
    Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran jawatan.


    Jawatan:
    1. Power Rangers
    2. Kamen Riders
    3. Ultraman
    4. Sailormoon (wanita shj)

  7. #22

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Izwa hanty tak tahan ler ketawa karangan budak darjah 4 tu...dari mula hingga akhir hanty baca asek ketawa..thanks for cheering up my day... :lol:

    *ni lama dah tak muncul FMDC..mati gak ke lepas baca karangan tu.??. :lol:
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  8. #23

    Join Date
    Jul 2008
    Location
    Somewhere In The Dark Side
    Posts
    93

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
    iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan
    lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
    dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
    pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

    hahahahahahahadoilahhh sakit kepala lutut aku tersepak power booster bawah meja sebab gelak sampai terangkat kaki..dah la lutut kena meja..jatuh kusi lak.( sebab membaca sambil jongket kusi ).adoiii...

    -------------------------------------------------------------
    satu hari yang hening disebuah kawasan yang tidak disebutkan nama tempatnya....

    lelaki: hallluuuuuu...pejabat posss...
    polis wanita: yer..bukan pejabat pos cik..ni balai polis..
    lelaki: ape ape ajelah....saya nak merepot dan mengadu...sob sob sob...(lelaki tu nangis)
    polis wanita: nak adu ape cik
    lelaki: anak saye mati terkam rimauuuuuuuuu...uuuuuu..uuuu
    polis wanita : astagaaaaaaaaaaaa...
    lelaki : hah?..nape?..tak pecaye?..
    polis wanita : anak cik terkam rimau?..
    lelaki : laaaaaaaaaa..siapa cakap?...
    polis wanita : cik cakap!!
    lelaki : gila ape ko anak aku umo 3 tahun nak terkam rimau..rimau makan dia lah!!!...
    polis wanita : ooo...cakap la terang terang....dimana tu cik....
    lelaki : DALAM HUTAN!!
    polis wanita : errr..agak agak encik..berape rantai jarak harimau tu terkam anak encik?..
    lelaki : CIK!!....RIMAU TU TAK BERANTAI CIK!!..DIA TELEPASSSSSSSSSS!!
    polis wanita : err...ok ok ok..macam ni lah..kami akan susul..berapa batu jarak dari balai polis berhampiran nak ke tempat encik?
    lelaki : Bodoh ke ape cik nih?....
    polis wanita : eh?..apasal plak?..
    lelaki : TEPI JALAN TU KAN BANYAK BATU!!!..MACAM MANA NAK KIRE????
    polis wanita : eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiii....beruk betul lah...
    lelaki : BUKAN beruk CIK...RIMAUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!...diulangi RIMAU ...H.A.R.I.M.A.U = RIMAU!!

  9. #24

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Adakah anda tau?

    1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.

    2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

    3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

    4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

    5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

    6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.

    7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

    9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensornyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

    10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

    11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

    12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

    13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

    14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

    15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

    16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

    17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

    18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

    19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

    20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

    21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

    22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

    23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

    24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

    25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

    26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja).

    27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

    28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.


    29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8?

    30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

  10. #25

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Kisah Jeruk Mangga

    Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang
    menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah
    kepada cikgu kesayangan mereka, cikgu lina.

    Apabila
    loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk
    memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran
    biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah.

    Tibalah giliran
    Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain
    dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.

    Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.

    Maka
    jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu
    tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah.

    Dengan
    tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu
    kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu
    dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa..
    "Hmmmm.....masam. ...ha.... cikgu tau dah...kamu hadiahkan ccikgu jaruk
    mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya...

    "Errrr....sebenarny a kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah......

    Cikgu:*%#@****

  11. #26

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Super Glue


    Di suatu pagi, seorang remaja lelaki keluar dari biliknya dan bertanya kepada neneknya:

    "Nenek, mana papa dan mama?"

    "Mereka masih di dalam bilik..," neneknya menjawab.

    Remaja itu tertawa kemudian sarapan sendiri lalu pergi ke sekolah. Pulang dari sekolah, dia bertanya lagi kepada neneknya:

    "Nenek, mana papa dan mama?"

    "Mereka masih di dalam bilik..," neneknya kembali menjawab.

    Budak remaja itu tertawa geli hati, lalu manghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya, barulah dia pulang untuk makan malam. Sebelum makan, budak remaja itu bertanya lagi kepada neneknya:

    "Nenek, mana papa dan mama?"

    "Mereka masih di dalam bilik..,"jawab nenek.

    Budak tersebut tertawa geli.

    "Kenapa dari tadi nenek perhatikan kamu asyik tertawa saja?" Tanya neneknya dengan nada hairan.

    Lalu budak remaja itu menjawab:

    "Semalam papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembap kulit, tapi saya bagi gam Super Glue.."

  12. #27

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    Soalan CepukMas

    Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?

    Jawapan: Ikan Haruan... pasal dia sentiasa terharu.

    Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa suka tipu org?
    Jawapan: Ikan goreng... kalau dah kena goreng, kekadang sampai
    hangit.

    Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?
    Jawapan: Ikan Sardin... sebab buat muka sardin je memanjang.

    Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
    Jawapan: Ikan Kering... sebab poket selalu kering.

    Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling havoc?
    Jawapan: Pati Ikan haruan Polleney... pasal dia asik pegi pati
    (Party).

    Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan sambut Thaipusam?
    Jawapan: Ikan paus (whale). Whale whale... whale whale...
    whale...whale... Hahahahaha

  13. #28

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    kes bunuh...

    pada suatu hari, tiga org pengambara ditangkap oleh puak kaniibal di hutan borneo.ketua puak meneliti setiap seorang daripada mereka.

    "ha, ha ,haaa! malam ini kami akan buat kenduri besar.kami akan bunuh kamu bertiga,daging kamu akan dibakar dan kulit kamu akan dibuat kayak.
    tapi.. ..ada satu berita baik..kamu boleh pilih sendiri cara untuk mati,"kata ketua puak.

    "saya nak dibunuh dengan pedang" kata pengembara pertama.
    ketua puak memberikan pedang dan pengembara itu menikam perutnya sendiri lalu mati.

    "saya nak pistol"kata pengambara kedua.
    "nah,"ketua puak memberi pistol.pengambara mengambil senjata itu lalu menembak kepalanya.

    "saya nak dua batang garfu"" minta pengembara ketiga,
    ketua puak mengerutkan kening apabila mendengar pemintaan itu tetapi dia menunaikannya,

    "ehh, ape kau buat ni!!!!"jerit ketua puak apabila melihat pengembara itu mencucuk2 seluruh badannya hingga berdarah.

    "ha, haa, haaa, supaya kayak kau bocor!!" kata pengembara

  14. #29

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    AmpangHill
    Posts
    970

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    haruan Dan Anak

    Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la…





    Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
    Bedah : Ya bapak, ada apa?
    Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
    Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
    Bapak : Dengar tak bapak kata…..
    Bedah : Ya bapak, Bedah dengar… cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

    Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik
    pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak
    la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa… apa la bapak
    dia nak buat, dah la kat rumah.
    Bapak : Okeh… mai duduk sebelah bapak. Heh? heh…
    Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik…abis aaaa.
    Bapak : Tak payah risau… mai duduk sini cepat!!!!
    Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak… hati dia
    takleh cakap laa… berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi
    apa la nanti kat dia.
    Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
    Bedah : Apa???!!!
    Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
    Bedah : Bapak…Bedah takut laaa. (nak nangis)
    Bapak : Bedah, tengok ni
    Bedah tak sanggup nak tengok… dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia
    dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu
    konon-konon nak intro dulu lah tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak
    la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
    Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

  15. #30

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuching, Sarawak
    Posts
    1,081

    Re: Jokes Of The Day | Ceriakan Hari Kita 2.0

    IRISH

    An attractive blonde from Dublin arrived at the casino and bet twenty thousand dollars on a single roll of the dice.
    She said, 'I hope you don't mind, but I feel much luckier when I'm completely nude.'??
    With that, she stripped from the neck down, rolled the dice and yelled, 'Come on, baby, Mama needs new clothes!'??
    As the dice came to a stop, she jumped up and down and squealed 'YES, YES, I WON, I WON!'??
    She hugged each of the dealers and then picked up her winnings and her Clothes and quickly departed.
    The dealers stared at each other dumb founded.??
    Finally, one of them asked, 'What did she roll?' the other answered,?'I don't know - I thought you were watching.'??

    MORAL OF THE STORY - Not all Irish are stupid; not all blondes are dumb; but all men are men.
    ZM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •