Page 2 of 5 FirstFirst 1234 ... LastLast
Results 16 to 30 of 74

Thread: Tips | Low Light

  1. #16

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Mcm mana nak ambil gambar dalam keadaan low light

    ada apa2 lagi tips??hanty tgh ulangkaji, kemungkinan besar hanty dipaksa amik bro-in law kawen Ahad ni... low-light jika guna "P" dlm sistem canon byk membantu hanty sejak kebelakangan ini..sure jadi punyalah..blasah petik pun jadi...
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  2. #17

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    nak tanya sikit...

    apsal bila on je speedlite/built in flash, automatik je shutter d80 saya jadi 1/60, esp kat S mode dan P?..

    tq

  3. #18

    Join Date
    Dec 2008
    Location
    mana2 pun samalah
    Posts
    28

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    dragging the shutter? hmm..tak ada istilah ni. yg ada ialah slow sync flash..term dlm manual camera nikon. kalau canon sy tak tahulah. bila dan dimana kita perlu guna teknik slow sync atau dragging the shutter? ya..dlm keadaan cahaya terhad atau low light. slow sync digunakan utk mendapatkan cahaya ambient dari background dan foreground sementara subject utama kita tetap sharp iaitu tak blur. kalau blur pun hanyalah pergerakan selepas slow sync flash dilepaskan..kerana kita hendaklah cahaya background, mestilah kurangkan shutter speed supaya cahaya dapat masuk ke dlm sensor dgn sempurna. kalau taknak ambient dari background, set kan shutter ke 1/60 atau 100 ke..maka dapatkan subject yg freeze, tapi akan nampak mcm dlm gua sebab semuanya gelap kecuali subject.

    slow sync flash ni pulak terbahagi kpd 2:
    1.rear curtain sync - flash hanya akan ditembak dihujung exposure. apabila shutter ditekan, sensor akan mula mengumpulkan cahaya dan sebelum curtain/mirror sensor tertutup, masa tu lah flash akan meletup utk meng-freeze kan subject anda tetapi akan ada pergerakan bebayang (subject trails) pada penghujungnya.
    2.front curtain sync - flash akan meletup di permulaan exposure, tetapi shutter tetap open utk mengutip cahaya ambient dari background.

    dlm dewan atau konsert dsb, teknik no 1 dan no 2 boleh digunakan. takde byk beza...kalau ada pun utk situasi tertentu shj. ini perlukan penjelasan lebih detail. lain kali sajalah..hehhehe

    payah ambo nak terangkan dlm bhs melayu ni, sebab semua manual dlm bhs omputeh. tapi ada yg faham dan mungkin tak faham penerangan ni. apapun..itulah explanation secara ringkas dari ambo..harap membantu

  4. #19

    Join Date
    Dec 2008
    Location
    mana2 pun samalah
    Posts
    28

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    Quote Originally Posted by scofield
    nak tanya sikit...

    apsal bila on je speedlite/built in flash, automatik je shutter d80 saya jadi 1/60, esp kat S mode dan P?..

    tq
    itu dipanggil flash shutter speed, kalau dlm menu camera di custom setting > e2. anda boleh setkan berapa min speed utk flash bagi kegunaan dlm mode P atau A shj. kalau mode S dan M tak berfungsi, sebab mode tersebut kita yg control sepenuhnya flash shutter speed, bukan camera.

  5. #20

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    8,158

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    Quote Originally Posted by karimy
    dragging the shutter? hmm..tak ada istilah ni. yg ada ialah slow sync flash..term dlm manual camera nikon. kalau canon sy tak tahulah. bila dan dimana kita perlu guna teknik slow sync atau dragging the shutter? ya..dlm keadaan cahaya terhad atau low light. slow sync digunakan utk mendapatkan cahaya ambient dari background dan foreground sementara subject utama kita tetap sharp iaitu tak blur. kalau blur pun hanyalah pergerakan selepas slow sync flash dilepaskan..kerana kita hendaklah cahaya background, mestilah kurangkan shutter speed supaya cahaya dapat masuk ke dlm sensor dgn sempurna. kalau taknak ambient dari background, set kan shutter ke 1/60 atau 100 ke..maka dapatkan subject yg freeze, tapi akan nampak mcm dlm gua sebab semuanya gelap kecuali subject.

    slow sync flash ni pulak terbahagi kpd 2:
    1.rear curtain sync - flash hanya akan ditembak dihujung exposure. apabila shutter ditekan, sensor akan mula mengumpulkan cahaya dan sebelum curtain/mirror sensor tertutup, masa tu lah flash akan meletup utk meng-freeze kan subject anda tetapi akan ada pergerakan bebayang (subject trails) pada penghujungnya.
    2.front curtain sync - flash akan meletup di permulaan exposure, tetapi shutter tetap open utk mengutip cahaya ambient dari background.

    dlm dewan atau konsert dsb, teknik no 1 dan no 2 boleh digunakan. takde byk beza...kalau ada pun utk situasi tertentu shj. ini perlukan penjelasan lebih detail. lain kali sajalah..hehhehe

    payah ambo nak terangkan dlm bhs melayu ni, sebab semua manual dlm bhs omputeh. tapi ada yg faham dan mungkin tak faham penerangan ni. apapun..itulah explanation secara ringkas dari ambo..harap membantu
    terima kasih avam karimy
    semoga ilmu ni dapat beri manfaat kepada semua

    aji [at] fotomedia.com.my
    direct: +6012 254 7398

    don't follow aji on facebook

  6. #21

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,522

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    betul tu ji..bagus tuan syed kita ni,memang karimy

  7. #22

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    a'kum....

    pada pandangan saya 18-70mm, mungkin x cukup klu jarak anda jauh... tapi bukanlah bermaksud tak bleh amek.. buleh juge... tapi yang bestnyer klu diamek menggunakan telephoto lens f2.8...

    slalunya aper yang saya wat ialah mendapatkan reading diatas stage... klu saya x dapat naik atas stage sebelum konsert bermula, saya akan adjust ISO, shutter dan aperture menggunakan histogram... bila dah ok, saya akan 'lock' setting ini dan hanya fikirkan pasal composition....

    flash boleh membantu kalau kita berada didalam jarak.... tetapi klu amek gambar live telecast, slalunya floor manager x bagi guna flash... so tengok2 le keadaan....

    kebanyakan kamera baru (eg D3) membenarkan kita menggunakan ISO6400 dan noise pun kurang.... klu tak de, praktis2 menekan shutter supaya kene pada 'masa'nya... contohnya kita menekan shutter pada 'lengok' yang pegun dengan shutter speed yang slow...
    contohnya klu penari tu sedang mengibarkan tudungnya, jadi kita pegun pada lentikkan tangan dan mukanya... biar nampak motion blur pada tudung dan kakinya, tapi muka dan tangan stay 'still'..

    slamat mencuba...
    visit http://miefoto.fotopages.com
    or call at 012-3081985

  8. #23

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    uwah bertuahnya kita w/pun nama2 nampak baru spt karimy dan miefoto, tips yang diberi amat bagus sekali, syabas, tahniah dan terima kasih.
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  9. #24

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    alaa... hanty.. mende ni komensen jo (cakap org kampung saya)....
    jangan le puji2 camtu... segan la saya.... apa exp. saya apa salahnya kita kongsi sama-sama....

    Quote Originally Posted by scofield
    nak tanya sikit...

    apsal bila on je speedlite/built in flash, automatik je shutter d80 saya jadi 1/60, esp kat S mode dan P?..

    tq
    scofield... dalam kamera, kita ada istilah yang dipanggil 'synch speed'.... synch speed sesetengah kamera tidak sama, ia mengikut model kamera tersebut...

    synch spped ni sebenarnya dia synchronize diantara 'shutter opening' kita dengan 'flash burst' kita...
    untuk makluman scofield, flash kita memancar cahaya selama 1/1000s (atau lagi tinggi/cepat) jdi, kita kena pastikan shutter terbuka sepenuhnya untuk kesemua cahaya masuk didalam frame....

    klu synch speed kamera kita 1/125s, ini bermakna shutter buleh terbuka sepenuhnya pada shutter 1/125s... kalau kita setkan 1/250s, shutter akan terbuka separuh disebabkan shutter mengawal kemasukkan cahaya separuh dari synch speed. kalau kita setkan 1/500s, shutter akan terbuka suku.

    Jadi kalau kita setkan 1/500s menggunakan flash... hanya suku sahaja dari frame kita yang terdedah dengan cahaya.. yang lainnya bergelap tanpa flash....

    untuk mengelakkan dari perkara ini terjadi, kebanykan camera manufacturer membuat dedicated flash mereka supaya boleh berkomunikasi dengan body kamera... mereka akan mengelakkan dari fotografer tersilap setting menggunakan lebih dari synch speed.

    tapi kalau kita menggunakan flash yang bukan dedicated flash (bukan TTL flash), kamera tidak mengetahui yang kita sedang menggunakan flash... jadi kita boleh setkan speed 1/500s... masalahnya gambar akan jadi suku!!!!

    Jadi scofield sebenarnya boleh set shutter speed yang lebih perlahan dari synch speed, contohnya 1/60, 1/30, 1/15 atau lagi slow... gambar tetap jadi....

    Bila kita gunakan P mode... haaa... memang kita tak leh lagi kontrol flash... sebab kamera dah amek alih semua kawalan....

    kadang-kadang bila kita nak balancekan lighting kat background, mmg kita setkan shutter speed yang slow... supaya background tak jadi gelap....

    t.kasih...
    visit http://miefoto.fotopages.com
    or call at 012-3081985

  10. #25

    Join Date
    Dec 2008
    Location
    mana2 pun samalah
    Posts
    28

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    Quote Originally Posted by zainzubir
    uwah bertuahnya kita w/pun nama2 nampak baru spt karimy dan miefoto, tips yang diberi amat bagus sekali, syabas, tahniah dan terima kasih.
    betul kata miefoto tu, takyah lah puji..kalau nak puji pun katakanlah sy ni hensem. yg itu mmg sy terima dgn penuh bangga..muahahaa

  11. #26

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    yalah2 korang berdua memang ensem macam dato saruk an....
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  12. #27

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    Best reference on flash and low light photog:

    http://planetneil.com/tangents/

  13. #28

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    Quote Originally Posted by mznordin
    Best reference on flash and low light photog:

    http://planetneil.com/tangents/
    terima kasih dah kenalkan diri di mylens??jom lah kenal2 dulu..jom jom...
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  14. #29

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Melaka
    Posts
    1,596

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    Salam..

    Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light.. satu topik yg menarik nie.. sebab saya rasa pasti kita semua akan berdepan dengan keadaan low light nie tapi masih nak juga shoot gambar..

    So mari kita lihat satu2 perkara2 atau permasalaahan yg berkaitan dengan low light dulu..

    Back to the basic.. photography is about light..
    Enough light as what you plan will give you the photo as what you want.. sebab correct exposure nie adalah relative, bergantung pada individu tertentu..

    Perkara yg paling penting ialah shutter speed dan apature, kemudian ialah ISO..dan kalau tak cukup, kita tambah additional light iaitu flash. kalau keempat2 faktor ini in balance, kita akan dapat gambar yg well expose seperti yg kita mahu.. Perlu tahu, tiap2 satu pada 4 faktor tu ada good n bad point masing2..

    Kalau nak apature besar, kena guna fast lens la, mahal tu.. dan kita mungkin akan lost dof kita kalau deeper dof diperlukan dalam gambar tersebut, kalau nak slow speed, kita akan terdedah pada risiko gambar blur sebab camera shake atau subject sendiri bergerak.. guna tripod tu boleh, tapi tak semua situasi sesuai utk guna tripod.. guna high ISO, gambar jadik noise banyak.. guna flash, kena setting yg sesuai.. kalau tak, mungkin subject je yg terang, background semua gelap..

    So cam mana nak buat..

    Untuk mengimbangi keempat2 faktor diatas tu, kita kena tengok keadaan low light kita dulu.. ada macam2 keadaan low light nie. Low light satu hal, perkara2 lain seperti movement, ambiance light, subject sendiri, foreground, background dan lain2 hal yg berkenaan pon perlu diamil kira jugak. So untuk memudahkan perbincangan disini, kita mula dengan yg agak general.. seperti gambar vacation outdoor waktu malam..

    Bagi saya, mula2 saya akan guna fast lens mana yang saya ada untuk dapatkan apature yang besar, contoh f1.8. kalau tak de fast lens, set apature jadik yg paling maximum besar sekali.. untuk shutter speed, try as slow as possible dimana bergantung pada focal length apa yg saya guna (dan tengok how steady your hand for handheld slow shutter).. contoh, kalau guna 50mm, boleh down ke 1/30s.. tapi kalau guna kat 70mm maybe kurang dan kalau guna wide as 14mm maybe boleh up to 1/15s. saya rasa relation focal length n shutter speed nie semua tau kan.. Iso boleh start kat 400. try shoot.. kalau rasa boleh turun lagi exposure dia, saya akan adjust speed dulu, sebab nak kurangkan risiko shake n blur image. saya tak pilih apature dulu sebab apature besar akan dapatkan bokeh yg agak cantik (bagi saya la). Kalau kurang dan apature dah setting kat paling besar dan speed paling slow yg kita boleh shoot using handheld.. try naik kan ISO.. Ini semua setting kalau tak guna flash. Guna flash bukan menjadi pilihan pertama kalau dalam keadaan low light, sebab dia akan menghilangkan ambiance light kita masa tu. Satu perkara lagi ialah saya selalu cuba shoot tak guna tripod.. sebab guna tripod nie leceh la.

    Kalau nak tambah flash jugak.. boleh try. bisa saya akan guna cara atau setting lebih kurang di atas tu dan turunkan EV flash saya. boleh start kat -2.0EV ke. try shoot n tengok.. adjust EV flash mana yg berpatutan..

    Bila guna flash nie, kita boleh pelbagaikan teknik or mode flash kita untuk dapat hasil yg berbeza.. atau pada sesetengah situasi, suatu2 mode flash tu mungkin lebih sesuai dari mode flash yang lain.. masa nie baru la istilah2 TTL, balance TTL, front n rear curtain sync, slow sync, red-eye reduction, red-eye reduction with slow sync, flash sync speed, flash shutter speed dan lain2 yg berkenaan tu kita nak amil kira.. kena bukak topic lain la kalau nak cerita pasal flash nie..

    berbalik pada persoalan pertama thread nie.. shoot concert guna 18-70. kalau lens 18-70 yg saudara maksudkan tu ialah lens 18-70 f3.4-4.5, saya rasa pasti saudara akan mendapat kesulitan mendapat gambar yg cantik.. sebab lens tu tak cukup fast untuk capture aksi2 pantas masa concert tu. guna flash mungkin pulak akan menganggu suasana concert tersebut dan akan menghilangkan ambiance light yg cantik kat situ. so saya rasa pilihan pertama dalam keadaan ini ialah guna high iso je, then mantain with widest apature n control speed accordingly..

    Teknik n setting yg saya sebut di atas tu cuma pendapat personal dari saya je. anda boleh buat cara2 lain yg difikirkan sesuai. Cuba buat satu flow chart sendiri, setkan mana setting yg nak diadjust dulu tu didulukan, yg kemudian dikemudiankan..jadikan dia satu teknik sendiri, get familiar.. later nanti saya pasti anda akan boleh mengawal keadaan dan dapat gambar yg sesuai..


    Harap dapat menbantu.. dan selamat mencuba..



  15. #30

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Tips bagaimana ambil gambar dalam keadaan low light

    terimak kasih dr Malek...ramai yang dapat faedah dari perbincangan dan perkongsian ilmu seumpama....bertuah yang bertanya dan bertuah juga yang menumpang sekaki dua macam hanty ni..
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •