-
9th April 2006 10:34 AM
#1
diffuser apa korang pakai...
haa..bab2 diffuser ni aku minat sangat....apa yang korang pakai?...kalau nikon sb800 ada kecik punya diffuser...tak best....pernah nampak dalam mag sorang mamat ni pakai satu diffuser tu..hujung dia bulat cam bola..then ada satu tiub attach kat kepala flash..nampak ok tapi 'gedongga' sangat...pernah try botol susu potong setengah...nampak ok tapi ada orange tinted sikit...power flash lak kurang...nak pakai kad lak rasa tak berapa best effek dia....nak pakai mini softbox lak mahal...dan mungkin agak 'besar;...sapa2 ada idea bagus?.....maybe idea mcgyver ke?..
-
-
9th April 2006 10:34 AM
# ADS
-
16th April 2006 08:50 AM
#2
Senior Member
soklan ni terlalu khusus azizan..
ramai jurufoto ikut sentuhan memasing..
sprt saya, sekadar guna white diffusser/white card yg dibekalkan tu dah memadai..
dengan cara mana sekalipun, pengiraan cahaya adalah sama, walaupun menggunakan pelbagai model diffusser...
orange tint atau jugak dikenali warm cast sebenarnya dtg dari botol tersebut dan bkn datang dari "the magnificient SB800". Atau berkemungkinan datang dari ambient light atau ketika itu bahagian atas tempat tersinggahnya tumpangan simbahan bounce tidak benarČ putih..
simbahan dari permukaan SB800 memberi 70% blue cast bersamaan mid-day 3200 kelvin.
-
-
17th April 2006 07:36 AM
#3
boe guna SB600 w/sto-fen diffuser...
-
-
17th April 2006 08:00 AM
#4
Senior Member
kalo tak silap, SB600 tidak disertakan
apaČ diffuser semasa beli..
so, kena beli berasingan
btol tak boe?
-
-
17th April 2006 08:03 AM
#5
betul tu bang.. boe bli Sto-fen tu kat desmond..
-
-
17th April 2006 08:19 AM
#6
Senior Member
sto-fen antara diffuser terbaik...
king of thailand skrg pun guna jenama niH!
-
-
17th April 2006 08:30 AM
#7
hehehhee...
tp kenkdang guna DIY bouncer card juga
ehhehehehe...
-
-
17th April 2006 09:44 AM
#8
Sama la Boe... Just buat DIY bouncer card hahaha janji leh guna... saya rasa part-part diffuser ni Bro Bubba terror. Beliau seorang yang kreatif lagi inovatif... kagum dgn kreativiti Bro Bubba...
-
-
17th April 2006 09:48 AM
#9
boe pon byk belajar dari Bro Bubba...
infact..berkenaan size yg sesuai untuk DIY bouncer card dia yg ajarkan...
-
-
27th April 2006 04:45 PM
#10
ah haa..bro bubba...tolon le bagi tips sikit2 pasal diffuser ni...stofen bagus ke..sapa2 guna lumiquest?...
-
-
27th April 2006 05:30 PM
#11
Kenapa nak pakai diffuser? Tahu ke kegunaan diffuser ni? Kenapa tak buat aje "2 flash setup on camera"?
-
-
27th April 2006 05:41 PM
#12
rasanya pakai diffuser ni.. ada dibincangkan didalam thread perkakasan photografi...
nanti boe carikan link dia...
-
-
28th April 2006 12:49 PM
#13
Senior Member
boe menulis :-
boe pon byk belajar dari
Bro Bubba...
infact..berkenaan size yg sesuai untuk DIY bouncer card dia yg ajarkan
...
ya, di depan saya, pernah sekali saya nampak boe menuntut di depan sifoo bubba, sagafiore & zzoux
-
-
28th April 2006 04:33 PM
#14

Originally Posted by
PeLaris
soklan ni terlalu khusus azizan..
ramai jurufoto ikut sentuhan memasing..
sprt saya, sekadar guna white diffusser/white card yg dibekalkan tu dah memadai..
dengan cara mana sekalipun, pengiraan cahaya adalah sama, walaupun menggunakan pelbagai model diffusser...
orange tint atau jugak dikenali warm cast sebenarnya dtg dari botol tersebut dan bkn datang dari "the magnificient SB800". Atau berkemungkinan datang dari ambient light atau ketika itu bahagian atas tempat tersinggahnya tumpangan simbahan bounce tidak benarČ putih..
simbahan dari permukaan SB800 memberi 70% blue cast bersamaan mid-day 3200 kelvin.
Saya setuju dengan PeLaris. penggunaan diffuser ni ikut kesedapan sendiri. Saya ada membuat diffuser sendiri dengan menggunakan botol plastik putih. Botol ini agak besar, lantas menjadikan Flash kita sebagai satu sumber cahaya yang besar. Walaubagaimanapun, penggunaan botol plastik tersebut akan menggurangkan kecerahan cahaya flash, jadi kita harus "adjust" exposure untuk cahaya sedemikian. Kebaikan diffuser botol DIY ini ialah permukaannya yang luas untuk memantul cahaya. Lebih besar sumber cahaya, bayang2 yang terhasil adalah lebih "lembut". Saya gemar menggunakan diffuser ini didalam dewan. Kelemahan Diffuser besar ialah pengcahayaan pada subjek akan menjadi "flat" ... (boleh guna perkataan leper ker dalam konteks ini)
gambar contoh diffuser DIY saya.

(maaf, latarbelakang saya sengaja kaburkan kerana bilik saya agak semak :P)
Stofen Omnibounce ialah satu diffuser komersil. Harga dalam lingkungan RM90 (Mahal tuh). Sungguhpun begitu saya masih membeli satu untuk kegunaan saya. Diffuser ini agak kecil dan senang dibawa. Stofen ini sentiasa bersama flash saya dan saya banyak menggunakan nya semasa penggambaran di luar (outdoor shoot). Saya gemar cara stofen ini melembutkan cahaya flash lebih lebih lagi semasa menggunakan fill-in flash dan subject berada hampir dengan saya.
gambar stofen omnibounce pada flash

(background saya blurkan kerana terlalu semak :P)
Satu lagi alat kegemaran saya semasa menggunakan flash ialah bounce card. Ada sesetengah flash, bounce card ini built-in pada badan flash. Flash yang saya gunakan Canon 420EX tidak mempunyai bounce card, jadi saya membuat satu daripada kotak kadbod yang berwarna putih. Alang-alang buat sendiri saya potong kadbod itu supaya lebih besar dari flash. Fungsi bounce card ini adalah untuk memantulkan sebahagian dari cahaya flash kehadapan (kepada subjek). Saya menggunakan bounce card selalunya didalam bilik atau dewan yang silingnya putih dan tidak terlalu tunggi. Flash digunakan didalam keadaan menegak supaya cahaya flash ti "tembak keatas" dan cahaya tersebar lebih luas didalam bilik tersebut. Sekarang, apabila cahaya datang dari atas, sudah tentu bayang2 akan terbentuk (pada muka misalnya, akan terbentuk bayang2 di bawah mata dan hidung). Bounce card pada flash ini akan memantulkan dalam 30% dari cahaya tersebut kehadapan. Jika subjek ialah muka seseorang, ada cahaya "kedua" yang menerangi muka subjek dari depan seterusnya mengurangkan bayang pada mata dan bawah hidung.
gambar bounce card yg saya gunakan.

Saya disini menceritakan penggunaan alat alat aksesori flash ini mengikut kesusuaian saya. Gambar2 adalah untuk ilustrasi kerana saya tidak berapa mahir dalam peneranga secara bertulis ini.
-
-
28th April 2006 04:37 PM
#15
background semak??? :roll:
ingatkan bokeh tadi....hehehehhe
-