Page 1 of 14 12311 ... LastLast
Results 1 to 15 of 196

Thread: Tutorial Makro #1 | Lenses

  1. #1

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Tutorial Makro #1 | Lenses

    Tutorial Makro #1 | Lenses
    Tutorial Makro #2 | Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv
    Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto,Post Processing

    Tujuan tutorial nie utk memudahkan sesiapa yang berhajat memulakan eksplorasi dunia makro.makro nie memang best.tetibe kita boleh dapat lihat dunia yang selama nie tak leh dilihat oleh mata kasar.Tutorial makro nie jugak berdasarkan pengalaman saya yang terhad.ada pelbagai approach utk makro nie,ada pelbagai pendapat juga dalam makro nie,jadi apa yang saya tulis BUKAN standard ye.carilah pengalaman sendiri dan build uplah dari situ.untuk siri ini saya startkan dengan definisi dan lenses dulu lah,

    Tutorial Makro | #1 Lenses

    Apa dia makro nie?
    Makro adalah aliran fotografi untuk amik gambar objek kekecik.definisi makro nie pelbagai.Antara yang menyebabkan berlaku kekeliruan adalah sebab marketing kamera atau lens yang nak letak label makro pada produk mereka sehinggakan yang tak sebesar mana pun nak dilabelkan makro

    Jadi?
    Kalau nak dikira sebagai makro,biarlah sekurang-kurangnya life size 1:1. Definisi lens with macro capability yang saya sandarkan adalah yang sekurang-kurangnya 1:1,yang tak sampai tue tak kira macro lah,

    Apa dia life size 1:1?
    Life size bermaksud saiz objek yang ditangkap sama saiz pada sensor. Jadi katakan sensor bersaiz 23mm (kebanyakan sensor digital bersaiz sekitar ini) maka untuk mendapat life size 1:1 dia mestilah capable untuk dapatkan objek panjang 23mm memenuhi frame gambar

    contoh gambar 1:1 (saiz sensor 35mm)


    2:1 3:1 4:1 5:1 tue pulak?
    Ini sekadar nisbah,kalau 1:1 adalah 23mm, 2:1 panjang objek yang penuh pada gambar adalah 11.5mm,kalau 3:1 8mm lah dan seterusnya,boleh tahu cara kiranya kan,

    contoh gambar 5:1 untuk objek yang sama di atas (saiz sensor 35mm)


    kalau saya nak buat makro,kene beli lens makro yang khas ker?
    sebaik-baiknya,kalau tak mampu boleh juga cara lain tapi kualitinya agak kurang berbanding dengan makro lens sebenar

    guna 50mm + ET - kepada yang low budget,boleh jek start dengan 50mm F1.8 (saya percaya kebanyakan orang yang minat photography ade lens nie,around RM280 jek utk brand canon,nikon RM400) ditambah dengan extension tube,magnificationnya setanding dengan macro lens 1:1,(sebenarnya lebih besar sedikit,dalam 1.2:1)

    gambar canon 50mm F1.8 + ET


    contoh orang yang mengguna 50mm + ET leh tengok kat sinie (skeller )

    Extension tube ade dua jenis,manual atau electronic. Manual harganya kurang seratus (sekarang lebih kurang RM85-update: sekarang RM55 sahaja) ,elektronic lebih kurang RM450-500,perbezaannya adalah bila guna elektronic,boleh control aperture semasa menembak.Yang manual kene preset sebelum menembak,itu ajelah yang membezakan RM400 tue,saya dulu start dengan ET manual jek,RM90(sekarang RM55 jek)

    Gambar electronic ET


    Gambar manual china made ET


    Raynox - satu lagi option,beli raynox,yang ini kene tanya orang yang selalu pakai raynox lah,sbb saya tak guna,output magnificationnya pun ok.

    Reverse lens - satu lagi kaedah adalah reversekan lens,lens seperti 50mm bila reverse anda akan dapat hampir 1:1,kurang sikit jek,lagi pendek mm lagi besar magnification bila diterbalikkan,reverse lens adapter ring ada dijual,kalau china brand tue rasanya kurang seratus,periksalah harganya dan kongsi di sinie ye,

    ada juga yang pegang manual tade adapter ring bila buat reverse lens nie,saya rasa cara nie terlalu sukar untuk dapatkan objek yang in focus secara konsisten,dan menambah risiko habuk masuk body kamera anda,ikut anda lah,

    Boleh cadangkan lens?
    Sebarang lens yang mencapai life size 1:1 boleh digunakan untuk makro,hati hati kerana ada lens yang di cap MACRO padanya sedangkan magnificationnya kadang-kadang hanya 1:3 (70mm saiz objek yang boleh masuk frame).Bagaimana nak tau?bacalah spec lens sebelum membeli,janganlah masuk kedai tanya tokei sbb diorang kekadang nak abeskan stok aje,BACA TENTANG LENS DARI RUMAH BUKAN TANYA DI KEDAI.Jangan menangis kata magnification tak cukup 1:1 kalau tak buat homework,ada banyak review orang dah buat kat internet,google aje.

    Banyak sangatlah lens,kasik short list boleh?
    kalau tak rajin nak wat survey,nie antara lens yang boleh dipertimbangkan
    1.Sigma 150mm f2.8 APO Macro DG EX HSM 1:1
    harga sedikit mahal,tetapi berbaloi,mendapat review yang terbaik dari rakan/sahabat kaki makro saya yang terdekat,difahamkan kalau nak guna AF pun sonang pakai lens nie,saya ada test,mmg beh lens nie,
    -kelebihan utama ,jarak sedikit jauh untuk dapatkan 1:1,so takyah lah dedekat dengan subjek,jadi lagi senang nak shoot,serangga nie sensitif,jadi kalau leh shoot jejauh lagi bagus,die tak lari,bila dekat jek die lari,senang lah nak shoot yang sensitif macam giraffe weevil ker,
    -kelemahan ,sbb distance jauh,sedikit goyang pun akan kacau gambar,so kenelah kurangkan kegoyangan samada pakai shutter speed lebih laju atau guna monopod
    2.Tamron SP90mm f2.8 1:1
    lens yang banyak dipakai oleh kaki makro termasuklah saya,amat memuaskan dan harganya pun sedikit murah,(lingkungan RM1300-1400,kene checklah sbb lama tak update tentang pricing nie)
    - jarak dengan subjek acceptable (tapi 1:1 agak dekat jugaklah),
    - kelebihan dan kekurangan berlawanan dengan yang atas,
    3.Canon 100mm F2.8 Macro 1:1 (ada versi USM,ada versi tade USM)
    kalau pakai canon ,bleh amik 100mm F2.8,tapi kalau tanya saya,harganya tak jauh beza dengan sigma 150mm,so baik amik sigma 150mm

    Macam mana dengan lens Canon MP-E 65mm?
    Ini lens yang terbaik untuk magnification 5:1,saya gunakan lens ini,tetapi not advisable utk mereka yang baru bermula,terlalu sukar untuk digunakan kalau tak biasa dengan makro ,melainkan anda telah biasa dan konsisten dengan magnification sekurang-kurangnya 2:1 boleh dapatkan lens ini


    Macamana dengan autofocus?
    Generally utk makro anda mesti bersedia menggunakan manual focus,biasanya autofocus masih boleh guna untuk kurang dari 1:1 tapi bila cecah 1:1 ke atas susah sedikit melainkan autofocus anda lebih laju dari gegaran tangan anda yang mengubah kawasan fokus,difahamkan ada lens tertentu pantas autofokusnya seperti sigma 150mm dan juga canon 100mm F2.8 USM (yang ada USM yek,yang tade tue slow),diwarwarkan juga olympus pun pantas autofokusnya,cariklah jawapan anda sendiri untuk brand/lens anda ye, ,(ps: standard laju juga mungkin berbeza antara anda dan saya)

    Kalau manual,macamana nak fokus sebaiknya?
    Ada beberapa cara,cara yang saya cadangkan adalah anda preset magnification anda,cuba gunakan 1:1 sepanjang masa melainkan anda jumpa subjek yang besar barulah set kurang dari 1:1 ,kemudian gunakan teknik fokus maju undur kamera sehingga objek fokus,teknik nie dinamakan 'tengkuk focusing' oleh dRali,hehe,sememangnya nama yang tepat sekali,untuk mengurangkan gegaran silalah gunakan sebarang kayu/batang paip untuk menyokong tangan yang memegang kamera semasa membuat maju undur ini,kalau ade budget,guna monopod untuk sokong kamera,

    Macamana nak tingkatkan capability 1:1 kepada 2:1 3:1 dsbnya?
    Kalau anda dah rasa ok dan hendak besarkan magnification ,ada beberapa solution,di antaranya menambah extension tube (ET) atau teleconverter (TC),kalau tanya saya tambah ET lebih baik dari TC kerana guna TC akan jatuh kualiti gambar,

    Berikut adalah contoh magnification bila ditambah ET/TC ,nak tau effect untuk lens anda? test lah sendiri dan kongsi bersama forumer lain yekk,

    Utk dapat 1:1 ,
    -lens tamron sp90mm atau memana lens macro yang sampai life size 1:1
    -50mm + ET lebih sket dari 1:1
    -50mm + TC 2x lebih sket dari 1:1

    Utk dapat 2:1
    -lens tamron sp90mm + ET
    -lens tamron sp90mm + TC 2X
    -50mm + ET + TC2x (lebih sket dari 2:1)

    Contoh gambar 2:1 (saiz sensor 35mm)


    Utk dapat 3:1 kepada 4:1
    -lens tamron sp90mm + ET + TC 2X

    Contoh gambar 3:1 (saiz sensor 35mm)


    Contoh gambar 4:1 (saiz sensor 35mm)


    Utk dapat 5:1
    -kene upgrade kepada lens Canon MPE 65mm 1x-5x

    Bagaimana kita nak tahu saiz magnification yang kita ada?
    tembaklah pembaris,lepas tue bahagikan panjangnya yang anda dapat dengan saiz sensor dslr anda,(contohnya saiz sensor d90 - 23.7mm, canon 5d - 35mm),
    kalau saiz pembaris 5mm -> 23/5=5 --> 5:1
    kalau saiz pembaris 6mm -> 23/6=4 --> 4:1
    kalau saiz pembaris 7mm -> 23/7=3 --> 3:1

    setakat ini dulu lah untuk siri pertama nie,yang seterusnya saya akan sentuh tentang cara pengambilan dan pencahayaan
    Last edited by emran; 27th May 2009 at 11:54 AM.

  2. #2

    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Rawang,Selangor
    Posts
    55

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    Saya budak baru belajar. Nak bertanya, takut-takut sesat jalan.

    Soalanya.

    1. Bagaimana nak mendapatkan latarbelakang yang gelap?.

  3. #3

    Join Date
    Mar 2007
    Location
    kuantan-kerteh
    Posts
    3,661

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    Quote Originally Posted by sentosa
    Saya budak baru belajar. Nak bertanya, takut-takut sesat jalan.

    Soalanya.

    1. Bagaimana nak mendapatkan latarbelakang yang gelap?.
    jarakkan subject dari background sebaik mungkin dan guna flash. both builtin n external boleh.
    http://ikelah.fotopages.com
    ------------------------------------------------------


  4. #4

    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Rawang,Selangor
    Posts
    55

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    terima kasih akan ku cuba........hingga berhasil

  5. #5

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    atas permintaan... saya masukkan contoh gambar 1:1 dan 5:1 .. (eh.. takleh edit thread ker? cari butang edit tak jumpe)

    contoh gambar 1:1


    contoh gambar 5:1untuk objek yang sama di atas

  6. #6

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    satu tutorial yg best.....mekasih cikgu emran
    http://www.flickr.com/photos/azliismail/
    http://www.wanitamelayu.com/forum/showt ... ost2371483

    PHOTOGRAPHY!!!!????
    whatever they defined it, i dont give a damn....i just love it

  7. #7

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    Quote Originally Posted by ikelah
    Quote Originally Posted by sentosa
    Saya budak baru belajar. Nak bertanya, takut-takut sesat jalan.

    Soalanya.

    1. Bagaimana nak mendapatkan latarbelakang yang gelap?.
    jarakkan subject dari background sebaik mungkin dan guna flash. both builtin n external boleh.
    dan guna aperture kecik (f belas2 ke atas) dan speed ratus2.


    thanks emran for the very good tutorial. banyak membantu saya.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  8. #8

    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Underground
    Posts
    4,866

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    thanks for sharing emran..
    info yg berguna..

  9. #9

    Join Date
    Jul 2008
    Location
    Bamboo River
    Posts
    674

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    tengah keracunan macro nih... bajet2 nak ambik lens nih...

    apa apa2 lagi tips tak nak sambar lens macro... tringin gak nak ambik gambo ulat2 posing nih... hehehhe
    Hello : 0 1 7 6 9 0 2 2 9 8
    Sport Images at its BEST - www.sukandaily.com.my

  10. #10

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    Emran, terima kasih atas perkongsian ilmu nie...
    Baru lah faham sikit2... ....

    Botak, jom makro...
    Blasah jer...

  11. #11

    Join Date
    Apr 2008
    Location
    Petaling Jaya
    Posts
    251

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    info yg berguna.. mantap2

  12. #12

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    oleh sebab saya tak jumpe butang edit.. saya repost tutorial beserta beberapa gambar untuk membantu penerangan.. tutorial seterusnya saya bukak thread lain lah kot... (ke sinie jek? memana jek lah)

    Tujuan tutorial nie utk memudahkan sesiapa yang berhajat memulakan eksplorasi dunia makro.. makro nie memang best.. tetibe kita boleh dapat lihat dunia yang selama nie tak leh dilihat oleh mata kasar ... Tutorial makro nie jugak berdasarkan pengalaman saya yang terhad.. ada pelbagai approach utk makro nie... ada pelbagai pendapat juga dalam makro nie.. jadi apa yang saya tulis tak semestinya standard ye.. carilah pengalaman sendiri dan build uplah dari situ.. untuk siri ini saya startkan dengan definisi dan lenses dulu lah...

    #semua siri tutorial makro saya rasa saya post di thread ini sajalah..

    Tutorial Makro | #1 Lenses

    Apa dia makro nie?
    Makro adalah aliran fotografi untuk amik gambar objek kekecik... definisi makro nie pelbagai.. dan juga antara yang menyebabkan berlaku kekeliruan adalah sebab marketing kamera atau lens yang nak letak label makro pada produk mereka sehinggakan yang tak sebesar mana pun nak dilabelkan makro

    Jadi?
    Kalau nak dikira sebagai makro.. biarlah sekurang-kurangnya life size 1:1 .. definisi lens with macro capability yang saya sandarkan adalah yang sekurang-kurangnya 1:1.. yang tak sampai tue tak kira macro lah..

    Apa dia life size 1:1?
    Life size bermaksud saiz objek yang ditangkap sama saiz pada sensor.. jadi katakan sensor bersaiz 23mm (kebanyakan sensor digital bersaiz sekitar ini) maka untuk mendapat life size 1:1 dia mestilah capable untuk dapatkan objek panjang 23mm memenuhi frame gambar

    contoh gambar 1:1 (saiz sensor 35mm)


    2:1 3:1 4:1 5:1 tue pulak?
    ini sekadar nisbah.. kalau 1:1 adalah 23mm, 2:1 panjang objek yang penuh pada gambar adalah 11.5mm.. kalau 3:1 8mm lah dan seterusnya.. boleh tahu cara kiranya kan..

    contoh gambar 5:1untuk objek yang sama di atas (saiz sensor 35mm)


    kalau saya nak buat makro.. kene beli lens makro yang khas ker?
    sebaik-baiknya... kalau tak mampu boleh juga cara lain tapi kualitinya agak kurang berbanding dengan makro lens sebenar

    guna 50mm + ET - kepada yang low budget.. boleh jek start dengan 50mm F1.8 (saya percaya kebanyakan orang yang minat photography ade lens nie.. around RM280 jek utk brand canon.. nikon RM400) ditambah dengan extension tube... magnificationnya setanding dengan macro lens 1:1.. (sebenarnya lebih besar sedikit.. dalam 1.2:1)

    gambar canon 50mm F1.8 + ET


    contoh orang yang mengguna 50mm + ET leh tengok kat sinie (skeller )

    extension tube ade dua jenis.. manual atau electronic .. manual kurang seratus (sekarang lebih kurang RM85) .. elektronic lebih kurang RM450-500.. perbezaannya adalah bila guna elektronic.. boleh control aperture semasa menembak... yang manual kene preset sebelum menembak.. itu ajelah yang membezakan RM400 tue.. saya dulu start dengan ET manual jek.. RM90..

    gambar electronic ET


    gambar manual china made ET


    guna raynox - satu lagi option.. beli raynox... yang ini kene tanya orang yang selalu pakai raynox lah.. sbb saya tak penah try.. tapi output magnificationnya pun ok..

    reverse lens - satu lagi kaedah adalah reversekan lens.. lens seperti 50mm bila reverse anda akan dapat hampir 1:1... kurang sikit jek.. lagi pendek mm lagi besar magnification bila diterbalikkan... reverse lens adapter ring ada dijual.. kalau china brand tue rasanya kurang seratus.. periksalah harganya dan kongsi di sinie ye..

    ada juga yang pegang manual tade adapter ring bila buat reverse lens nie.. saya rasa cara nie terlalu sukar untuk dapatkan objek yang in focus secara konsisten.. dan menambah risiko habuk masuk body kamera anda.. ikut anda lah..

    boleh cadangkan lens?
    sebarang lens yang mencapai life size 1:1 boleh digunakan untuk makro.. hati hati kerana ada lens yang di cap MACRO padanya sedangkan magnificationnya kadang-kadang hanya 1:3 (70mm saiz objek yang boleh masuk frame).. bagaimana nak tau? bacalah spec lens sebelum membeli... janganlah masuk kedai tanya tokei sbb diorang kekadang nak abeskan stok aje.. BACA TENTANG LENS DARI RUMAH BUKAN TANYA DI KEDAI.. jangan menangis kata magnification tak cukup 1:1 kalau tak buat homework... ada banyak review orang dah buat kat internet.. google aje..

    banyak sangatlah lens.. kasik short list boleh?
    kalau tak rajin nak wat survey.. nie antara lens yang boleh dipertimbangkan
    1. Sigma 150mm f2.8 APO Macro DG EX HSM 1:1
    harga sedikit mahal.. tetapi berbaloi.. mendapat review yang terbaik dari rakan/sahabat kaki makro saya yang terdekat.. difahamkan kalau nak guna AF pun sonang pakai lens nie... saya ada test.. mmg beh lens nie..
    -kelebihan utama .. jarak sedikit jauh untuk dapatkan 1:1.. so takyah lah dedekat dengan subjek.. jadi lagi senang nak shoot.. serangga nie sensitif.. jadi kalau leh shoot jejauh lagi bagus.. die tak lari.. bila dekat jek die lari.. senang lah nak shoot yang sensitif macam giraffe weevil ker..
    -kelemahan ... sbb distance jauh.. sedikit goyang pun akan kacau gambar... so kenelah kurangkan kegoyangan samada pakai shutter speed lebih laju atau guna monopod
    2. Tamron SP90mm f2.8 1:1
    lens yang banyak dipakai oleh kaki makro termasuklah saya...amat memuaskan dan harganya pun sedikit murah.. (lingkungan RM1300-1400.. kene checklah sbb lama tak update tentang pricing nie)
    - jarak dengan subjek acceptable (tapi 1:1 agak dekat jugaklah)..
    - kelebihan dan kekurangan berlawanan dengan yang atas..
    3. Canon 100mm F2.8 Macro 1:1 (ada versi USM.. ada versi tade USM)
    kalau pakai canon .. bleh amik 100mm F2.8.. tapi kalau tanya saya.. harganya tak jauh beza dengan sigma 150mm.. so baik amik sigma 150mm

    macam mana dengan lens Canon MP-E 65mm?
    lens yang terbaik untuk magnification 5:1 .. saya gunakan lens ini... tetapi not advisable utk mereka yang baru bermula.. terlalu sukar untuk digunakan kalau tak biasa dengan makro .. melainkan anda telah biasa dan konsisten dengan magnification sekurang-kurangnya 2:1 boleh dapatkan lens ini


    macamana dengan autofocus?
    generally utk makro anda mesti bersedia menggunakan manual focus.. biasanya autofocus masih boleh guna untuk kurang dari 1:1 tapi bila cecah 1:1 ke atas susah sedikit melainkan autofocus anda lebih laju dari gegaran tangan anda yang mengubah kawasan fokus.. difahamkan ada lens tertentu pantas autofokusnya seperti sigma 150mm dan juga canon 100mm F2.8 USM (yang ada USM yek.. yang tade tue slow)... diwarwarkan juga olympus pun pantas autofokusnya.. cariklah jawapan anda sendiri untuk brand/lens anda ye.. ..(ps: standard laju juga mungkin berbeza antara anda dan saya)

    kalau manual.. macamana nak fokus sebaiknya?
    ada beberapa cara.. cara yang saya cadangkan adalah anda preset magnification anda.. cuba gunakan 1:1 sepanjang masa melainkan anda jumpa subjek yang besar barulah set kurang dari 1:1 ... kemudian gunakan teknik fokus maju undur kamera sehingga objek fokus.. teknik nie dinamakan 'tengkuk focusing' oleh dRali... hehe.. sememangnya nama yang tepat sekali.. untuk mengurangkan gegaran silalah gunakan sebarang kayu/batang paip untuk menyokong tangan yang memegang kamera semasa membuat maju undur ini.. kalau ade budget.. guna monopod untuk sokong kamera..

    macamana nak tingkatkan capability 1:1 kepada 2:1 3:1 dsbnya?
    kalau anda dah rasa ok dan hendak besarkan magnification .. ada beberapa solution.. di antaranya menambah extension tube (ET) atau teleconverter (TC).. kalau tanya saya tambah ET lebih baik dari TC kerana guna TC akan jatuh kualiti gambar..

    berikut adalah contoh magnification bila ditambah ET/TC .. nak tau effect untuk lens anda? test lah sendiri dan kongsi bersama forumer lain yekk..

    utk dapat 1:1 ..
    -lens tamron sp90mm atau memana lens macro yang sampai life size 1:1
    -50mm + ET lebih sket dari 1:1
    -50mm + TC 2x lebih sket dari 1:1

    utk dapat 2:1
    -lens tamron sp90mm + ET
    -lens tamron sp90mm + TC 2X
    -50mm + ET + TC2x (lebih sket dari 2:1)

    contoh gambar 2:1 (saiz sensor 35mm)


    utk dapat 3:1 kepada 4:1
    -lens tamron sp90mm + ET + TC 2X

    contoh gambar 3:1 (saiz sensor 35mm)


    contoh gambar 4:1 (saiz sensor 35mm)


    utk dapat 5:1
    -kene upgrade kepada lens Canon MPE 65mm 1x-5x

    bagaimana kita nak tahu saiz magnification yang kita ada?
    tembaklah pembaris.. lepas tue bahagikan panjangnya yang anda dapat dengan saiz sensor dslr anda.. (contohnya saiz sensor d90 - 23.7mm, canon 5d - 35mm)...
    kalau saiz pembaris 5mm -> 23/5=5 --> 5:1
    kalau saiz pembaris 6mm -> 23/6=4 --> 4:1
    kalau saiz pembaris 7mm -> 23/7=3 --> 3:1

    setakat ini dulu lah untuk siri pertama nie.. yang seterusnya saya akan sentuh tentang cara pengambilan dan pencahayaan

  13. #13

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Melaka
    Posts
    1,596

    Re: Tutorial Makro | #1 Lenses

    Salam..

    Bagus informasi macam nie.. pastinya dapat memberi manfaat pada ahli2 sini semua.. syabas diucapkan kepada saudara emran yg sudi bersusah payah menyediakan tutorial nie..

    ada cadangan sikit untuk perkemaskan tutorial camnie..
    kalau dapat, baik tutorial camnei dapat disediakan dari mula sampai abis. Bagi bab macro nie, saya cadangkan topic atau sub2 topic macam nie dapat disediakan..

    1. definasi macro
    apa itu macro photography..
    *saya rasa dah kemas dah apa yg ada kat sini..


    2. dedicated macro lenses
    apa itu macro lenses, kenapa ia jadik macro lenses,
    kriteria macro lenses, contoh2 macro lenses.


    3. altenative pada dedicated macro lenses
    termasuk ET, close up lens, reverse ring, +- TC atau apa2 lain yg ada
    pro n cons each equipments tu..


    4. extreme macro
    apa itu extreme macro..
    bellows, any special lenses or any special equipment
    or setup for extreme macro.. eg combination macro lenses dengan TC ke,
    atau dengan ET ke atau close up lens


    5. lighting for macro
    termasuk dedicated macro flash
    any DIY macro flash
    any setup macro flash
    setting flash untuk macro


    6. shooting teknik untuk macro
    termasuk pemilihan lenses atau alternativenya,
    seting apature, shutter speed, focusing,
    flash, alat2 tambahan macam magnifying finder, tripod or monopod ke..


    7. fomulating semua..bagaimana untuk mendapat gambar macro yg baik..
    bermula dari equipment termasuk lenses, shooting
    seting and teknik, composition, pemilihan subject,
    post process and presenting the photos..


    Sekadar pendapat saya je nie..
    Selamat bermacro..


  14. #14

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Tutorial Makro #1 | Lenses

    doc, selit2 la ilmu sikit.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  15. #15

    Join Date
    Dec 2007
    Location
    Depan komputer
    Posts
    1,003

    Re: Tutorial Makro #1 | Lenses

    Alhamdulillah... terima kasih Emran dan lain2 yg pakar dlm bidang ni.
    Sikit sebanyak, dpt jugak ilmu.

    It's not about the camera!
    It's how to get great images with any DSLR.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •