Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 22

Thread: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

  1. #1

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    Tutorial Makro #1 | Lenses
    Tutorial Makro #2 | Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv
    Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto,Post Processing

    Tutorial Makro | #2 Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv

    Pencahayaan amat penting apabila mengambil gambar macro..... cahaya kene cukup untuk amik.. natural light kebiasaannya tak cukup untuk freezekan motion.. oleh itu kenelah gunakan flash.. dan flash direct biasanya harsh.. kene diffusekan.. ada orang pakai styrofoam plate untuk diffusekan (kalau styrofoam plate.. built in flash pun bulih) .. ade buat DIY flash extender... contoh diffuser leh tengok kat link sinie & sinie (ada panduan cara nak buat)..

    Boleh kasik option lighting dalam macro?
    1. natural light - hanya sesuai kalau objek anda mati .. angin zero... dan kamera anda still (bukan handheld)... bunga bolehlah wat cara nie..
    2. flash built in - boleh guna.. tapi kenelah diffuse dan tumpukan cahaya dengan betul.. sbb cahaya dari built in flash akan tersekat/blok oleh lens anda pada 1:1 (melainkan anda pakai sigma 150mm :P)
    3. external flash - antara opsyen terbaik utk makro.. tapi perlu di diffusekan dan sebaiknya ditumpukan pada subjek
    4. ring flash - mmg best.. tapi harganya pun best.. praktikal dan mudah guna.. pencahayaan rata.. saya penah beli yang OEM version... tade brand.. murah.. cahaya ok.. tapi rosak selepas sebulan.. so elakkanlah dari yang tade brand macam nie..
    5. twin light - opsyen yang saya gunakan sekarang.. ambo_az juga gunakan teknik nie.. saya gunakan cara ini sebab convenient..

    contoh gambar guna ring flash


    contoh gambar guna external flash + ombibounce diffuser (masa awal-awal dulu.. iso 800 nie.. Av hanya 9.0 .. speed 1/80 )


    contoh gambar guna external flash + DIY flash extender


    contoh gambar guna twin lite tak diffuse


    contoh gambar guna twin lite diffuse sket


    contoh gambar twin lite diffuse setup sekarang


    Kenapa kene diffuse? apa beza on flash kemudian diffuse dengan tak on flash terus?
    flash tak on - cahaya tak cukup.. terpaksa bergantung kepada natural light.. menyebabkan terpaksa guna wide aperture dan push ISO.. (bila wide aperture DOF nipis)

    flash on tapi tak diffuse - cahaya boleh dikatakan cukup... boleh lah push aperture tinggi sket seperti F16 ke atas(narrow aperture).. tapi cahaya amat harsh.. macam direct flash... kawasan tertentu pada subjek akan burn out... sebahagian pula akan gelap semacam..

    flash on kemudian diffuse cahaya boleh dikatakan cukup.. boleh push aperture tinggi.. cahaya tidak harsh dan rata pada subjek... detail tidak hilang... bayang tidak terlalu kuat... kurang kawasan akan burn out

    flash on kemudian ditumpukan pada subjek dan didiffusekan - cara ini hanya boleh dicapai kalau guna flash extender (konsep lantunan ke tracing paper dRali pun konsep yang hampir serupa) dimana ia tumpukan cahaya pada subjek.. teknik ini saya gunakan sebelum berpindah kepada flash mt-24ex sekarang.. diffuser tue dah diwariskan kepada azli.. hehhe... teknik ini membolehkan cahaya yang amat cukup .. confirm boleh push aperture sampai F22 walaupun ISO 100 dan shutter speed 160... cahaya cuku kemudian didiffusekan membolehkan cahaya rata pada subjek... tidak ada kawasan burn out.. tidak ada kawasan terlalu gelap...

    lihat link ini utk mengetahui kepentingan diffuser.. http://myrmecos.wordpress.com/2007/12/0 ... diffusion/

    Macamana nak diffuse cahaya?
    ada pelbagai cara.. piring styrofoam.. kertas styrofoam.. kertas tracing paper... (jangan pakai kertas putih.. warna die jadi semacam).. cuba lihat link nie dimana dia test beberapa jenis bahan diffuser http://www.fredmiranda.com/forum/topic/703424

    Boleh tunjuk cara paling mudah nak buat diffuser express?

    guna botol peel fresh


    cara ini pun boleh


    contoh beberapa diffuser utk external flash saya dari beberapa generasi terdahulu.. yang latest dah wariskan kat azli... yang 2nd latest ntah ke mane tah anak main.. hehe..


    diffuser yang saya gunakan sekarang


    Apa peranan DOF dalam macro photography?
    DOF = depth of field.. area of focus

    kalau DOF luas - semua texture/objek dalam gambar dalam keadaan fokus
    kalau DOF halus - sebahagian kecil sahaja dalam keadaan fokus.. contoh mata kanan serangga fokus tapi gigi dia kabur

    cara dapat DOF halus - pakai F/2.8 hingga F/5.6
    cara dapat DOF luas - pakai F/18-F/32

    contoh DOF nipis (mata jek focus)


    contoh DOF tebal sket (luas)..


    DOF mana nak pilih?
    sebaiknya yang tak terlalu halus.. kalau terlalu halus in focus pun gambar macam tak fokus.. gunalah F11 ke atas.. kalau boleh push sampai F18 atau F22 lagi bagus.. luas DOFnya..

    selalunya emran pakai aperture braper?
    kalau dengar jawapan saya nanti konpius.. pilih lah aperture sendiri ikut keperluan anda

    kalau nak tahu juga sekarang saya guna hanya F11-F13.. kenape? bila magnification 5:1.. bila saya guna F16 gambar terlalu soft... kene step down untuk sharpkan gambar.. mungkin masalah lens (problem yang mungkin disebabkan magnification yang terlalu besar) .. mungkin juga masalah pencahayaan.. mungkin ada kesilapan teknik saya... masih belum solve dan tengah test lagi sekarang nie.. masih dalam proses pembelajaran.. (nota: maksimum aperture utk MPE 65mm hanya F16)

    semasa saya pakai Tamron SP90mm saya push aperture sampai F22.. jadik objek dalam gambar hampir semua bahagian dalam fokus.

    saya cadangkan utk mereka yang berlegar sekitar 1:1 kepada 2:1 gunalah aperture F18 ke atas.. kalau pakai MPE baru tune the rules..

    ISO berapa nak guna ye?
    100.. sbb noise dalam makro senang kelihatan.. kalau terpaksa push pun jangan lebih ISO 400

    Tv (shutter speed)?
    Gegaran dalam makro senang sangat kelihatan... untuk mengurangkan kesan gegaran silalah gunakan shutter speed yang lebih laju.. Shutter speed kalau baru bermula silalah gunakan 1/160.. bila tangan dah stabil tue bolehlah mula 1/100..

    saya guna 1/160 sbb gegaran pada 5:1 macam earthquake.. hehe..

    cadang saya setlah 1/100 sebagai minimum... bukan ape... kekadang bila balik rumah tengok gambar terasa frust gambar kantoi sbb gegaran.. kat LCD tak nampak..

    power pada flash macamane yek... nak pakai FEC berapa? mode ape? manual? eTTL? multi?
    yang ini agak penting... kebiasaannya saya gunakan ISO, Tv dan Av yang constant.. saya cuma dok ubah FEC sahaja..

    caranya macam nie.. setkan flash kepada TTL/eTTL/eTTLII .. kemudian setkan FEC pada zero (sebaiknya gunakan yang set pada body.. mudah sket.. macamana nak buat? baca lah manual kamera anda yek )

    bila amik gambar.. lihatlah gambar anda.. kalau rasa under.. naikkan FEC.. kalau rasa over.. rendahkan FEC.. setting lain (Av/Tv/ISO) takyah kaco melainkan terpaksa.. lama-kelamaan anda akan boleh mengagak FEC yang diperlukan berdasarkan lokasi subjek..

    tambahan sket.. bila amik gambar lalat /rama-rama tertentu... TTL takleh pakai sbb TTL ada preflash yang menyebabkan mereka lari... jadi utk kes kes serangga sensitif anda kenelah gunakan manual dan pepandailah cuba ubah intensitynya..

    macamana nak dapatkan background yang gelap yek?
    background mmg gelap jika objek dan background jauh kemudian anda guna flash .. mmg akan jadi gelap

    ape lagi ekk... nanti saya updatekan ape-apa yang tertinggal.. dRali tolong tambah ker

    #nota - sebahagian besar teknik ini adalah mengikut pengalaman saya yang amat terhad... jadi ianya bukan standard.. anda cuba lah sendiri dan build up dari pengalaman anda... cara saya dan cecikgu makro saya juga berbeza... jadi tade masalah utk guna teknik berbeza...
    Last edited by emran; 27th May 2009 at 11:55 AM.

  2. #2

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro | #2 Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv

    beberapa lagi diffuser lama.. kalau ade yang berminat /malas nak wat sendiri punye boleh ambil satu dari saya... tak pakai dah nie..


    yang lelain mungkin boleh post diffuser yang anda pakai untuk panduan forumer.. .. diffuser ade pelbagai cara dan bentuk.. jangan terhadkan kepada teknik yang saya pakai..

  3. #3

    Join Date
    Apr 2008
    Location
    Petaling Jaya
    Posts
    251

    Re: Tutorial Makro | #2 Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv

    waa...rajin tol en emran menaip..hehe..terima kasih berkongsi ilmu.. jom2 macro lg, mission x accomplish lg nih.. weevil ooo weevil

  4. #4

    Join Date
    Mar 2007
    Location
    putrajaya
    Posts
    466

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    thx a lot. yg ni pn bookmark siap2 dah. baca xlagi
    No virus found in this outgoing message | http://www.kapalkertas.net

  5. #5

    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Nibong Tebal, Malaysia
    Posts
    1,417

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    emran..... terima kasih saudara ....

    semoga tuhan aja yg membalasnya ......
    Official Website | flickr | Official Blog | facebook
    : : w w w . d u n i a p e s o n a . c o m : :

  6. #6

    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Sg. Petani, Kedah
    Posts
    354

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    he he nak try reka buat DIY diffuser utk makro flash lah lepas nih
    freezing it~
    ------------------------------
    Hanis Huqaimi
    hanis_q[at]yahoo[dot]com
    O13.458.69.42
    My Flickr

  7. #7

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    cuba lihat link ini utk lihat pelbagai bentuk dan teknik lighting untuk makro.. ada diantara teknik /gaya lighting yang dipostkan adalah oleh jurugambar makro level tertinggi seperti lordv dan dalantech

    http://photography-on-the.net/forum/sho ... p?t=142566

    # kesimpulan.. ada pelbagai teknik lighting utk dicuba.. cubalah sendiri dan anda akan tahu setting apa yang paling sesuai untuk anda...

  8. #8

    Join Date
    Feb 2009
    Location
    Puchong
    Posts
    760

    Re: Tutorial Makro | #2 Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv

    Quote Originally Posted by emran View Post
    beberapa lagi diffuser lama.. kalau ade yang berminat /malas nak wat sendiri punye boleh ambil satu dari saya... tak pakai dah nie..

    Masih ada lagi tak?

  9. #9

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro | #2 Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv

    Quote Originally Posted by samosa View Post
    Masih ada lagi tak?
    majoritinya telah diwakafkan.. saki baki ade tapi saya tak perasan kat mane skang nie.. hehe...

    wat jek sendiri.. sonang ajo...

  10. #10

    Join Date
    Oct 2008
    Location
    shah alam+tg karang
    Posts
    119

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    wah tq bro...mmg nak blaja cr lighting ni tp course di smpai ratus2..tq sgt2..hmmm ini basic atau advands hhehehehe...
    ingin jadikan kamera bekerja dengan ku..
    www.bortaksfoto.com

  11. #11

    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Queen Garden, Jitra, Kedah DA
    Posts
    48

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    tq lah emran mmg best tutorial ni huhu.. terpikir lak nak try diffuse flash light kat mobile phone hehe.. sbb pernah try shot pakai flash direct mmg burn habis gambar tu, start tu terus tk pakai flash lagi main natural light je.

    mcm pic ni :


  12. #12

    Join Date
    Sep 2009
    Location
    kedah
    Posts
    63

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    sy pakai extension tube yg murah... ok x? terang sgt kut ke camna??

  13. #13

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    Quote Originally Posted by wasebaqsuntun View Post
    sy pakai extension tube yg murah... ok x? terang sgt kut ke camna??
    utk permulaan.. ok lah nie... lighting tak harsh.. nampak natural.. dah dapat gambar camnie is a very good start

    area to improve
    -DOF kasik luas sket.. cube pakai aperture F18-22


  14. #14

    Join Date
    Sep 2009
    Location
    kedah
    Posts
    63

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    nnt sy try sy pos lain.... 10q

  15. #15

    Join Date
    Nov 2010
    Location
    1MALAYSIA (pahang-K.L)
    Posts
    114

    Re: Tutorial Makro #2 | Pencahayaan, DOF, Pemilihan ISO, Av, Tv

    thx u so much...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •