Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 15 of 32

Thread: Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto, Post Processing

  1. #1

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    Tutorial Makro #1 | Lenses
    Tutorial Makro #2 | Pencahayaan,DOF,Pemilihan ISO,Av,Tv
    Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto,Post Processing

    Macro Tutorial #3| Proses pengambilan gambar,post processing

    Beberapa perkara boleh dijadikan panduan untuk semasa pengambilan makro

    Di mana hendak mencari subjek?
    Banyak! belakang rumah pun boleh.Tapi tentunya tempat seperti hutan lipur atau air terjun ada lebih banyak subjek untuk dimakrokan.Adakalanya semak sebelah longkang pun banyak subjeknya..Tipsnya mudah, di mana ada air di situe ada subjek.

    bila anda mencari,jangan laju jek berjalan mengharap serangga menyerah diri,cuba stop pada sebarang semak atau pokok renek dan perhatikan sekeliling pokok tersebut,jarang tiada subjek pada satu pokok,mesti ada cuma dia akan menyorok balik daun bila die sense ada kehadiran manusia,

    Senang ker?
    Senang ini relatif,mungkin mudah utk ah chong tapi susah utk samy,kebiasaannya mereka yang baru bermula akan rasa susah,ye lah,dengan angin sepoi sepoi yang menggoyangkan daun,dengan serangga yang tak reti dok diam,dengan gegaran tangan,dengan berbelas belas shot yang tak menjadi dan sebagainya,banyak cabaran peringkat awal bermakro nie,first outing mesti sakit badan,tapi insyaAllah akan bertambah baik selepas itu,kalau nak subjek yang mudah sila ke tanah tinggi di waktu pagi (genting,bukit tinggi,fraser hill,cameron,etc) ,serangganya mandom kerana kesejukan,

    Ada subjek yang mudah?
    Ada,ulat bulu,hehe,saya selalu lihat orang yang start makro akan mula dengan semut,kalau mulakan dengan semut banyak pelajaran boleh dapat,hehhe,iman kene teguh,ye lah,semut tue kuat berjalan,laju pulak tue,bila dia stop kita baru jumpe fokus terus die jalan balik,boleh mati akal dibuatnya,

    Secara realiti,ada subjek yang mudah,ada yang sukar,pepandailah anda memilih dan mencarinya

    Bagaimana mendekati subjek,diorang tak lari ker?
    Bergantung kepada jenis serangga,tapi kebanyakannya akan steady di tempat mereka kalau anda mendekatinya dengan perlahan lahan,kene sabar,rileks,jangan gopoh gapah,mereka akan menunggu anda,kesabaran dan makro datang seiring sejalan,

    yang kedua,anda boleh menunggu ditempat yang dijangka mereka pasti datang,misalnya di bunga bunga di mana lebah pasti akan hinggap,tempat dragonfly hinggap juga ok dimana diorang selalunya akan datang kembali ke spot yang sama,robberfly juga mempunyai sifat yang sama dimana dia selalu balik ke tempat hinggap yang asal walaupun die terbang lari sebentar,

    cara menunggu ini juga saya gunakan untuk menjejak giraffe weevil dimana saya tahu jenis pokoknya,jadi saya akan menunggu di sekitar pokok tersebut dalam lingkungan 15-20 minit,30% success rate utk berjumpa,tapi lepas jumpe tak semestinya dapat tangkap gambar,sbb dia sensitif,apatah lagi sejak pakai MPE tak penah dapat amik dah gambar yang elok,(kalau ramai manusia,susah die nak muncul)..

    Kenapa pakai kasut pua chu kang?
    Hahaha,saya paling tak berkenan dengan mr pacat,cukup jem bila kene gigit,jadi ini adalah satu satu langkah saya mengelakkan mereka,setakat nie sangat berjaya mengurangkan serangan berbanding sebelum ini,

    Bagaimana hendak mengambil gambar secara manual fokus ?
    (Diambil dari tutorial 1) ada beberapa cara,cara yang saya cadangkan adalah anda preset magnification anda,cuba gunakan 1:1 sepanjang masa melainkan anda jumpa subjek yang besar barulah set kurang dari 1:1 ,kemudian gunakan teknik fokus maju undur kamera sehingga objek fokus,teknik nie dinamakan 'tengkuk focusing' oleh dRali,hehe,sememangnya nama yang tepat sekali,untuk mengurangkan gegaran silalah gunakan sebarang kayu/batang paip untuk menyokong tangan yang memegang kamera semasa membuat maju undur ini,kalau ade budget,guna monopod untuk sokong kamera..

    Kenapa ada yang pakai kayu? atau paip?
    Bila anda membuat maju undur,tangan anda juga bergetar memegang beban (kamera + lens + flash),tiada kestabilan,menggunakan batang paip boleh mengurangkan ketidakstabilan ini,caranya tangan kiri pegang kayu/batang paip,dalam masa yang sama sokong kamera untuk maju undur,cubalah,ada kelainannya berbanding bare hand..

    tripod?
    penggunaan tripod hanya sesuai untuk mengambil subjek yang dah mati aje,hehe,tak praktikal! melainkan anda nak prefokus pada bunga dan tunggu lebah datang,bolehlah guna tripod,ada tripod yang kekonon untk macro jugak sebenarnya tetap tidak praktikal,kerena kumbang sensitif dan takkan menunggu anda setup tripod anda,kemudian bagaimana pula buat fokus maju undur,takleh buat,

    monopod?
    amat digalakkan,praktikal dan pantas,dapat menstabilkan kamera,dapatkan kepala yang jenis bebola (ball head) utk mudah anda mengubah kedudukan kamera,saya gunakan monopod,cuma kalau nak cepat kekadang pakai batang paip lah,hhehe

    Ada sebarang etika?
    Etikanya mudah,janganlah rosakkan habitat mereka,nanti diorang pupus kita juga kehilangan subjek untuk dimakrokan,jangan juga gatal-gatal bawa balik sbb mereka pasti mati di rumah anda atau di tempat baru yang anda lepaskan!biarlah mereka aman ditempat mereka sambil kita hanya mengambil gambarnya saja,jangan juga perangkap mereka menggunakan madu atau apa-apa benda utk melekatkan mereka, - kalau nak join outing yang saya kelola,sila patuhi etika ini,

    ambil format ape ye? raw ke jpg?
    Saya ambil RAW,sebabnya saya nie bukanlah pandai amik gambar sangat dan adakalanya tersilap setting semasa di lapangan,gambar yang nampak ok pada LCD tak semestinya ok di komputer,format RAW membantu saya membetulkan sebarang kesilapan di lapangan seperti a bit over atau a bit under ataupun nak edit contrast,ataupun nak edit saturation,kekadang auto white balance jugak terkantoi semasa dilapangan (tapi jaranglah sbb pakai cahaya flash kan),kalau nak betulkan pada jpg akan berlaku quality loss dan juga kene pandai photoshop,saya jenis tak minat nak bukak photoshop edit gambar ,kalau boleh saya nak sebarang editing tamat di RAW editor sahaja..

    tips asas pengambilan gambar?
    MATA SERANGGA MESTI FOKUS,itu aje,

    ada tips komposisi?
    tentang komposisi..saya pun kurang teliti..main hentam jek biasanya, tapi adelah beberapa tips
    rule of third - tetap boleh pakai,contohnya macam gambar kumbang oleh skeller nie

    pandangan sisi - cuba ambil pandangan sisi (anda perlu turun sama level dengan bug tue)

    pandangan depan - pandangan depan sentiasa mengancam

    bontot shot - cuba elakkan bontot serangga lebih dekat dengan kamera,gambar nampak semacam,hehe,biarlah kepalanya yang lebih dekat dengan kamera ,tapi kekadang bontot shot menjadik juga..

    active space - berikan sedikit ruang (space) di bahagian depan kumbang tersebut,cuba elakkan letak dia bebetul kat tengah melainkan penuh satu frame,

    horizontal senteng - saya biasanya sentengkan horizontal bug saya,jadi tadelah nampak macam product shot,ini stail saya lah,(tapi ini utk side atau view tertentu,front view tak sesuai senteng)..

    sebahagian tips ini diberikan oleh orionmystery,salah seorang mentor macro saya..

    Ape setting saturation yang patut digunakan ?
    Dalam makro sebaiknya kita cuba dekat dengan keadaan sebenar,misalnya intensity warna dalam dunia sebenar dengan gambar biarlah sama,kalau push saturation tinggi jadi tak natural..gambar nampak semacam sket, saya kebiasaanya menggunakan saturation=0 hingga saturation =+1 sahaja,sebaiknya set pada body saturation yang zero,

    Apa setting sharpness ?
    Kalau anda terlalu sharpkan gambar anda,senang sahaja kelihatan pada gambar macro nie,terus nampak artificial sharpness tue,saya gunakan sharpness pada canon raw editor di antara +1 hingga maksimum +5 (maksimum pada canon raw editor adalah +10) sahaja..lebih dari ini terus nampak kurang natural...

    Contrast (teknikal lebih menjurus kepada pengguna canon)?
    Kebiasaannya saya gunakan contrast pada RAW editor di antara -1 sehingga +2 bergantung kepada gambar,kalau shadow anda keras/harsh,rendahkan contrast anda untuk kurangkan kesan shadow yang harsh itu,contrast yang tinggi akan menghilangkan detail pada gambar,misalnya kalau sepatutnya nampak sesungut halus,contrast yang tinggi akan terus hilangkan sesungut tersebut,jadi cuba maintain di antara -1 sehingga +2

    saya rasa setakat inilah dulu siri tutorial makro,seperti yang saya nyatakan ianya untuk memudahkan sesiapa yang baru ingin bermula mendapatkan maklumat-maklumat untuk mereka bermula,maklumat lebih lanjut ada di google,hehe,saya sedia menjawab soalan kalau ada yang nak tanye tapi say juga masih belajar dan jangan anggap apa yang saya tulis sebagai standard,jadikan panduan aje,kalau ade yang silap betul betulkan lah ,sekian...
    Last edited by emran; 27th May 2009 at 12:00 PM.

  2. The Following User Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Sep 2007
    Location
    Kuantan WA 596192 WMR 422913
    Posts
    735

    Re: Macro Tutorial #3| Proses pengambilan gambar,post processing

    bagus tutuorial emran ni...byk tip yg sy tak tau ni...thank you emran share ilmu...

  4. #3

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Macro Tutorial #3| Proses pengambilan gambar,post processing

    Quote Originally Posted by ambo_az
    bagus tutuorial emran ni...byk tip yg sy tak tau ni...thank you emran share ilmu...
    ambo az pun xpert juga.. share lah skali... .. kita sama-sama belajar

  5. #4

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    penang
    Posts
    845

    Re: Tutorial Makro #3| Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    macam mana yg dok cerita guna paip dan set "preset macnification"..
    masih x paham benda ni..esp yg guna paip tu..ada gmbr tak?

    -saya x dak macro lense lagi..

  6. #5

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro #3| Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    Quote Originally Posted by ayarx_oren
    macam mana yg dok cerita guna paip dan set "preset macnification"..
    masih x paham benda ni..esp yg guna paip tu..ada gmbr tak?

    -saya x dak macro lense lagi..
    ikut outing.. kite demo..

  7. #6

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,264

    Re: Tutorial Makro #3| Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    Great tutorial...
    beruntung kita dapat sahabat macam Emran...

    kawan nok tamboh sikit..

    nok masuk kampung... baca doa masuk kampung...
    nok masuk hutan/semak/belukar... baca doa masuk hutan...
    pendek jer doa dia...



  8. #7

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    penang
    Posts
    845

    Re: Tutorial Makro #3| Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    Quote Originally Posted by emran
    Quote Originally Posted by ayarx_oren
    macam mana yg dok cerita guna paip dan set "preset macnification"..
    masih x paham benda ni..esp yg guna paip tu..ada gmbr tak?

    -saya x dak macro lense lagi..
    ikut outing.. kite demo..
    perghh..dekat sgt kot nak outing..
    kalau ikut outing..saya sorang ja tau..
    kalau kat sini..semua org bleh tau

  9. #8

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,264

    Re: Tutorial Makro #3| Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    Quote Originally Posted by dR ali
    Great tutorial...
    beruntung kita dapat sahabat macam Emran...

    kawan nok tamboh sikit..

    nok masuk kampung... baca doa masuk kampung...
    nok masuk hutan/semak/belukar... baca doa masuk hutan...
    pendek jer doa dia...



  10. #9

    Re: Tutorial Makro #3| Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    terima kasih dr ali.....
    http://www.flickr.com/photos/azliismail/
    http://www.wanitamelayu.com/forum/showt ... ost2371483

    PHOTOGRAPHY!!!!????
    whatever they defined it, i dont give a damn....i just love it

  11. #10

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    8,158

    Re: Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    Allah dah janji
    lagi kita kongsi ilmu lagi Allah tambah pengetahuan kita
    tanpa berkurang sedikitpun dengan apa yg kita ada
    syabas & terima kasih kepada emran & semua kat sini
    hari-hari dapat belajar
    aji [at] fotomedia.com.my
    direct: +6012 254 7398

    don't follow aji on facebook

  12. #11

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Balai Polis Bkt Kepong
    Posts
    11,513

    Re: Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    tengkiu semua atas tips yang luar biasa
    artist always say "great images" , " great colour", "perfect timing"..but gearhead always says "what camera did you use" . what lens did you use?", " can we see the EXIF data for the picture"..wakakakakka

  13. #12

    Re: Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    emran setting kat body selalu ko pakai apa.....cth mcm picture type, white balance dsb

    mekacih....
    http://www.flickr.com/photos/azliismail/
    http://www.wanitamelayu.com/forum/showt ... ost2371483

    PHOTOGRAPHY!!!!????
    whatever they defined it, i dont give a damn....i just love it

  14. #13

    Join Date
    Sep 2008
    Location
    University of Malaya
    Posts
    900

    Re: Tutorial Makro #3| Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    Quote Originally Posted by dR ali
    Great tutorial...
    beruntung kita dapat sahabat macam Emran...

    kawan nok tamboh sikit..

    nok masuk kampung... baca doa masuk kampung...
    nok masuk hutan/semak/belukar... baca doa masuk hutan...
    pendek jer doa dia...


    doa nak kasik bug tue dok diam ade tak dRali.. dengar cite dRali ade 'connection' dengan bug.. heheh

    Quote Originally Posted by azliismail
    emran setting kat body selalu ko pakai apa.....cth mcm picture type, white balance dsb

    mekacih....
    nie stail aku lah... jgn ikut sangat.. selalu jugak tune tune... ikut memasing lah..
    • -picture type aku custom ikut suka aku.. heheh.. (sharpness =+3 hingga +5 ,saturation=0 atau +1,color tone=0.. ini utk makro jek.. utk benda lain macam potrait anak kene tukar lah balik.. )..

    • -white balance = auto / flash ..

    • -fec mula dengan zero..

    • -iso 100


    Quote Originally Posted by aji
    Allah dah janji lagi kita kongsi ilmu lagi Allah tambah pengetahuan kita
    tanpa berkurang sedikitpun dengan apa yg kita ada syabas & terima kasih kepada emran & semua kat sini
    hari-hari dapat belajar
    time kasih aji.. tak join ker weekend nie..

    Quote Originally Posted by buttet
    tengkiu semua atas tips yang luar biasa
    buttet pun mesti ade tips utk dikongsi bersama kan.. tambah tambah

  15. #14

    Join Date
    May 2007
    Location
    Terengganu/Perak
    Posts
    64

    Re: Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    amin...
    selesai 3 chapter..
    terima kasih bro
    mmg nice~

  16. #15

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Tutorial Makro #3 | Proses Pengambilan Foto, Post Processing

    saya tambah sikit ye.

    antara keseronokan ambik makro ni ialah memburu subjek tu. jalan2.... tup jumpa kumbang. tengok betul2 rupanya weevil. jenis apa tu, oooo... giraffe weevil.

    pengetahuan tentang subjek adalah antara faktor yg membantu untuk mendapatkan gambar yg cantik dan juga memberi keseronokan "discovery". kita tahu habitat dia camne, apa makanan dia, deria dia sensitif yg mana etc. kita juga boleh tahu dalam cuaca camne subjek tu berkeliaran, camne camouflage dia dan apa tanda2 dia pernah ada di sesuatu tempat. camne nak tahu semua benda ni, pakai la google. nak lagi mendalam, beli buku pasal haiwan tu dan study betul2 tentang natang tu. baru la kita tahu subjek yg kita jumpa tu rare, common atau ntah2 orang lain x discover lagi.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •