Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 15 of 18

Thread: Dunia Semut

  1. #1

    Join Date
    May 2007
    Posts
    6

    Dunia Semut

    Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah,

    Saya ingin berkongsi gambar berkenaan semut.

    Semut adalah serangga Eusosial dari Keluarga Formicidae dalam Aturan Hymenoptera. Mereka disifatkan sebagai saling menjaga antara satu sama lain, pertindihan generasi pekerja dalam koloni dan juga mempunyai sistem kasta yang maju (Wilson 1971). Sistem kasta terdiri daripada satu atau lebih betina yang reproduktif (ratu), sebilangan kecil jantan yang reproduktif dan ramai pekerja, yang mana boleh didapati disekitar dan didalam sarang. Semua semut hidup dalam koloni dan setiap kasta mempunyai peranan mereka tersendiri di dalam mengekalkan dan mempertahankan seluruh koloni. Daripada telur, semut membesar menjadi larva dan seterusnya menjadi dewasa. Didalam koloni, anda akan mendapati ribuan pekerja berkeliaran dalam galeri dan terowong di dalam sarang. Mereka bertanggungjawab dalam aktiviti harian seperti mengumpul makanan, menjaga dan memberi makan semut yang belum matang, mengekalkan dan juga mempertahankan koloni. Apa yang menarik ialah pekerja dalam koloni mempunyai tugas yang spesifik, yang menunjukkan pembahagian tugas yang maju. Pekerja yang lebih muda biasanya akan tinggal didalam sarang untuk menjaga semut yang belum matang sementara pekerja yang dewasa mencari makanan diluar sarang dan membina serta mengali tanah untuk membesarkan atau membuat sarang yang baru. Semut adalah invertebrata yang mempunyai sistem komunikasi yang maju (Hoelldobler & Wilson 1990). Semut boleh berkomunikasi dengan merembeskan cecair kimia memandangkan kebanyakkan daripada mereka mempunyai penglihatan yang lemah, dan dalam beberapa kes ada terdapat semut yang tidak mempunyai mata. Mereka berkomunikasi menerusi semiochemicals yang dipanggil feromon yang dirembeskan daripada kelenjar eksokrin.


  2. #2

    Join Date
    May 2007
    Posts
    6

    Re: Dunia Semut

    Satu (1) lagi gambar semut yang sempat saya rakami. Semut yang sedang menguruskan larva agar selamat dari sebarang potensi bahaya. Dalam konteks ini, ancaman datangnya dari saya. Saya juga ingin berkongsi berkenaan sistem reproduktif semut yang mempunyai kitaran metamorfosis lengkap. Iaitu yang bermula dari telur, larva, puppa dan juvenil.



    Gambar di bawah dipetik dari internet:


  3. #3

    Join Date
    May 2007
    Posts
    6

    Re: Dunia Semut

    Dalam Kelas Serangga (Insecta), terbahagi kepade dua (2) Sub-Class iaitu:

    1) Sub Class Apterygota - Serangga yang tidak mempunyai Kepak. Contoh serangga dalam Sub-Class ni ialah Gegat.

    2) Sub Class Pterygota - Serangga yang mempunyai Kepak. Semut berada dalam Sub Class ini.

    Disini saya cuba fokuskan lebih lanjut Sub Class Pterygota. Dalam Sub Class Pterygota (Serangge berkepak), terbahagi pula kepada 2 Superaturan (Superorder) iaitu:

    1) Superaturan Exopterygota (Yang menjalani kitaran Metamorposis tak lengkap)

    Kitaran Metamorposis Tak Lengkap

    1) Telur
    2) Nymph (juvenil yang seakan2 dewase tapi tidak mempunyai kepak)
    3) Dewasa

    2) Superaturan Endopterygota (yang menjalani kitaran Metamorposis lengkap)

    Kitaran Metamorposis Lengkap

    1) Telur
    2) Larva (contoh: anak semut yang rupanya seperti cacing)
    3) Puppa (Larva yang diselaputi Cocoon)
    4) Dewasa


  4. #4

    Join Date
    May 2007
    Posts
    6

    Re: Dunia Semut

    Disini saya cuba senaraikan Aturan2 (Order) yang ada dalam Superaturan Exopterygota (Metarmorposis Tak Lengkap). Ada 13 Aturan kesemuanya.

    Superaturan Exopterygota (Superorder Exopterygota)

    1) Aturan Odonata - contohnya pepatung
    2) Aturan Plecoptera - contohnya kepinding batu
    3) Aturan Ephemheroptera - contohnya kupu2 air
    4) Aturan Blattaria - contohnya lipas
    5) Aturan Mantodea - contohnya cengkadak
    6) Aturan Orthoptera - contohnya belalang
    7) Aturan Phasmida - contohnya serangge samaran kayu (ranting)
    8) Aturan Dermaptera - contohnya lelawi
    9) Aturan Isoptera - contonye anai2
    10) Aturan Psocoptera - contohnya kutu kulit kayu
    11) Aturan Phthiraptera - contohnya kutu biasa
    12) Aturan Thysanoptera - contohnya kepinding Trip
    13) Aturan Hemiptera - contohnya pianggang




    Semut dan larvanya.

    Semut mempunyai naluri di mana keselamatan koloninya adalah paling utama. Sifat mereka yang sentiasa berjaga-jaga membuatkan serangga ini aggresif bila koloninya dalam bahaya. Semut sanggup berjuang hingga ke hujung nyawa untuk koloni.

  5. #5

    Join Date
    May 2007
    Posts
    6

    Re: Dunia Semut

    Kemudian saya senaraikan pula Aturan yang berade dalam Superaturan Endopterygota (Metarmorposis Lengkap). ada 10 Aturan kesemuanya:

    1) Aturan Neuroptera - contohnya kepinding renda
    2) Aturan Megaloptera - contohnya kepinding pokok alder
    3) Aturan Raphidiodea - contohnya kepinding ulor
    4) Aturan Siphonaptera - contohnya pinjai
    5) Aturan Coleoptera - contohnya kumbang
    6) Aturan Mecoptera - contohnya kepinding jengking
    7) Aturan Trichoptera- contohnya contohnya kepinding kadi
    8) Aturan Lepidoptera - contohnya rama2
    9) Aturan Diptera - contohnya lalat
    10) Aturan Hymenoptera - contohnya semut

    Seperti yang tertera di atas, semut berade dalam Aturan Hymenoptera yang terdapat di dalamnye Lebah, Tebuan dan Penyengat.



    Semut mempunyai kekuatan yang luar biasa. Semut mampu mengangkat beban yang berkali ganda dari berat badannya.

  6. #6

  7. #7

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,263

    Re: Dunia Semut

    Pagi tadi ke Lata Mentagan, berhampiran dgn Kg Belimbing dan Tasik Chini...
    Ada air terjun 7 tingkat di sana...
    airnya jernih... kami layan macro...
    jumpa semut nih...



    Klik utk gambar besar....


  8. #8

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,434

    Re: Dunia Semut

    Isk..semut spesis apa tu drAli??..ada bawa balik sekor dua tak??jika org sibuk ternak lintah...hanty nak ternak semut ok ke??

    **Btw...terima kasih daeng...maklumat ni dah di upload sejak bulan February lagi,tetapi baru hanty terlihatnya, itupun kerana dRaLi yg bumped kan so tq to dR Ali juga.........dan kepada ahli fotomedia...jgn lupa bulan April POTM mengenai semut...ya ikuti link di signature hanty dibawah ya...jom meriahkan POTM....jom!!
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  9. #9

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,263

    Re: Dunia Semut

    Quote Originally Posted by zainzubir View Post
    Isk..semut spesis apa tu drAli??..ada bawa balik sekor dua tak??jika org sibuk ternak lintah...hanty nak ternak semut ok ke??

    **Btw...terima kasih daeng...maklumat ni dah di upload sejak bulan February lagi,tetapi baru hanty terlihatnya, itupun kerana dRaLi yg bumped kan so tq to dR Ali juga.........dan kepada ahli fotomedia...jgn lupa bulan April POTM mengenai semut...ya ikuti link di signature hanty dibawah ya...jom meriahkan POTM....jom!!
    betul tu hanty... jom meriahkan POTM April...
    Semut atas tu nama dia Velvet Ant...

    Lagi gambor semut...



    Klik gambor utk gambor besor..



  10. #10

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,263

    Re: Dunia Semut

    # ali10 : Winged Ant @ Jeram Mengaji


  11. #11

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,263

    Re: Dunia Semut

    Semut mau turn...



    tak jadi turn pulok...


  12. #12

  13. #13

    Join Date
    Dec 2008
    Location
    cheras
    Posts
    1,058

    Re: Dunia Semut

    jom jual gambarpistolseven gallery

  14. #14

  15. #15

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Kuantan
    Posts
    8,263

    Re: Dunia Semut

    Semut @ Gunung Nuang


Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •