Page 2 of 4 FirstFirst 1234 LastLast
Results 16 to 30 of 52

Thread: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

  1. #16

    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Bangi, Malaysia, Malaysia
    Posts
    2,024

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Sambungan...

    Secara umumnya, 3 bahagian/zon utama dalam sesebuah gambar yang harus diberi perhatian/penekanan

    1. Subjek Utama (Objek/Model dan sebagainya)
    2. Latar Belakang Subjek/Background ( Bangunan, dinding, jalan, pokok dan sebagainya)
    3. Langit ( Sunset/sunrise, awan biru, awan putih dan sebagainya)

    Point penting secara umum:

    - Flash Unit yang digunakan ialah untuk fill-in / menerangkan subjek utama
    - Cahaya daripada Matahari dan lampu-lampu di persekitaran akan menerangi langit, lokasi dan latar belakang/back ground
    - Flash Unit yag digunakan dikawal secara manual dan wireless triggered

    Aliran Kerja / General Workflow

    1 Setting pada kamera ialam MANUAL EXPOSURE MODE (M)
    - betujuan supaya kita mengawal exposure pada setiap zon

    2. Film speed / ISO permulaan yang digunakan pada kamera ialah paling rendah (100/200 - bergantung kepada kamera anda)

    3. Tetapkan Shutter Speed kamera kepada sync-speed yang paling tinggi.
    - Nilai Sync-speed adalah berbeza bergantung kepada setiap kamera, sebagai contoh, D70s mempunyai nilai Sync-speed sehingga 1/500 manakala D300 pula pada kadar 1/320. KAlau pada ketika itu anda kurang pasti apakah nilai sync-speed kamera anda, set pada nilai selama iaitu sekitar 1/160 – 1/200

    4. Power flash unit yang digunakan disetkan kepada ¼ - 1/8 sebagai penanda aras permulaan

    5. Ambil bacaan meter / exposure untuk latar belakang / back ground / lokasi untuk mendapatkan nilai aperture yang diberikan oleh kamera dan set nilai tersebut kepada kamera anda

    6. Mulakan test shot anda dan perhatikan / review gambar yang diambil melalui skrin lcd

    bersambung....

  2. The Following 2 Users Like This Post:

  3. #17

    Join Date
    Sep 2007
    Location
    kandang
    Posts
    169

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    ok paham...
    Ade beberape soalan min

    1.kedudukan flash unit..kalo 1 unit cam ner kedudukan dia, begitu gak kalo 2 atu 3,... depan, 45 darjah dari subjek atau sebagainya

    2.dalam strobish ni..ade x konsep key light, fill light..kalo ade..adakah konsep dia same seperti mane yang kite amalkan bile dalam studio

    3. cam ner plak kedudukan payung..nak letak sebelah mane kedudukan payung patut kite letakkan?

    Maap min....tanya banyak sgt....aku baru nak blajo strobish ni....
    ::TheFotosintesisKandang::
    http://www.flickr.com/photos/hellomaker/
    ::Nak Buat semua Album CUSTOM:: sini---------------->http://epiloguecreations.com/blog/

  4. #18

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    terengganu
    Posts
    4,608

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Quote Originally Posted by hellOMaker View Post

    aku rasa aku leh tolong amin jawab.. takpe kan amin kan....

    1. kedudukan flash ni biasanya bergantung kepada bgmana effect lighting yg ingin di hasilkan... lain kedudukan menghasilkan kesan yg berbeza... di sini lah yang menjadi keunikan sesuatu setting dan kreativiti seseorg fotografer itu berbeza.
    2. yg ni aku tak tau nak jawab... kena amin gak jawab
    3. sama seperti jawapan no 1.

    harap membantu

  5. #19

    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Bangi, Malaysia, Malaysia
    Posts
    2,024

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Quote Originally Posted by cgmulia View Post
    aku rasa aku leh tolong amin jawab.. takpe kan amin kan....

    1. kedudukan flash ni biasanya bergantung kepada bgmana effect lighting yg ingin di hasilkan... lain kedudukan menghasilkan kesan yg berbeza... di sini lah yang menjadi keunikan sesuatu setting dan kreativiti seseorg fotografer itu berbeza.
    2. yg ni aku tak tau nak jawab... kena amin gak jawab
    3. sama seperti jawapan no 1.

    harap membantu
    Thanks CG... ada gak kengkawan membantu...

    nanti lah aku try jawab...mencabar minda sebenarnya nak susun ayat nih..letih...ehehehe

  6. #20

    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Bangi, Malaysia, Malaysia
    Posts
    2,024

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Quote Originally Posted by hellOMaker View Post
    ok paham...
    Ade beberape soalan min

    1.kedudukan flash unit..kalo 1 unit cam ner kedudukan dia, begitu gak kalo 2 atu 3,... depan, 45 darjah dari subjek atau sebagainya

    2.dalam strobish ni..ade x konsep key light, fill light..kalo ade..adakah konsep dia same seperti mane yang kite amalkan bile dalam studio

    3. cam ner plak kedudukan payung..nak letak sebelah mane kedudukan payung patut kite letakkan?

    Maap min....tanya banyak sgt....aku baru nak blajo strobish ni....
    soklan no 2: ada...dan bila anda buat camtu, tanya pada diri sendiri, adakah ia membantu mencantikkan gambar? Walau apa pun, bottom line masih sama, kita ingin menghasilkan gambar yang lebih baik.

  7. #21

    Join Date
    Jan 2009
    Location
    Home Alone
    Posts
    375

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    All the best to aminorazmi. Really appreciate what you have done here.

  8. #22

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Selangor
    Posts
    1,692

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Quote Originally Posted by hellOMaker View Post
    ok paham...
    Ade beberape soalan min

    2.dalam strobish ni..ade x konsep key light, fill light..kalo ade..adakah konsep dia same seperti mane yang kite amalkan bile dalam studio

    Maap min....tanya banyak sgt....aku baru nak blajo strobish ni....

    2- Konsep fill light, key light adalah sama untuk strobist dan studio tetapi bergantung kepada hasil yang hendak dicipta... disini bergantung kepada creativity sesaorang photograper

    Key-light perlu especialy untuk portrait.
    "There is nothing worse than a sharp image of a fuzzy concept." — Ansel Adams (1902—1984).
    http://www.mkrash.com

  9. #23

    Join Date
    Sep 2007
    Location
    kandang
    Posts
    169

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    ok2 paham...sbb ramai yg segan2 nak tanye ataupon x tau nak tanye..aku tanya lagi...hahaha

    next min...boleh x kalo ko upkan beberapa koleksi gambo strobish ko dan bgtau setting dia..kedudukan flash....payung dan sebagainya...kalo ade gambo the making lagi best...supaya boleh dijadikan rujukan...

    p/S: sory min..aku tgh nak sedut ilmu strobish dari ko..hahaha...
    ::TheFotosintesisKandang::
    http://www.flickr.com/photos/hellomaker/
    ::Nak Buat semua Album CUSTOM:: sini---------------->http://epiloguecreations.com/blog/

  10. #24

    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Bangi, Malaysia, Malaysia
    Posts
    2,024

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Quote Originally Posted by hellOMaker View Post
    ok2 paham...sbb ramai yg segan2 nak tanye ataupon x tau nak tanye..aku tanya lagi...hahaha

    next min...boleh x kalo ko upkan beberapa koleksi gambo strobish ko dan bgtau setting dia..kedudukan flash....payung dan sebagainya...kalo ade gambo the making lagi best...supaya boleh dijadikan rujukan...

    p/S: sory min..aku tgh nak sedut ilmu strobish dari ko..hahaha...

    Sedut tak sedut...suka hati ko...tak luak pon rasanya..ehehehe..tapi aku takleh manjakan ko camni..apa kata ko bukak balik ruangan strobist yang pernah aku dan kengkawan post, dah ada dah aku letak segala mak nenek setting...rajinkan diri sket...takleh nak suap selalu..ehehehe

  11. #25

    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Bangi, Malaysia, Malaysia
    Posts
    2,024

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    sambungan...

    7. Buat analisa terhadap subjek ( subjek di sini adalah merujuk kepada objek utama yang diterangi dengan menggunakan flash). Jika subjek terlalu gelap:

    - Ubah nilai aperture: turunkan nilai aperture kepada bukaan yang lebih besar

    - Dengan mengubah nilai aperture kepada bukaan yang lebih besar, ini akan membolehkan lebih banyak jumlah cahaya daripada flash

    - Harus diingat, bukaan lensa yang lebih besar mempengaruhi keseluruhan exposure yang diperolehi dalam gambar disebabkan jumlah cahaya yang masuk adalah lebih banyak

    - Naikkan nilai kekuatan flash anda. Katakan pada permulaan, kita menggunakan kekuatan flash sebanyak 1/16, naikkan kepada nilai 1/8 dan seterusnya. Penambahan nilai kekuatan flash ini menghasilkan cahaya yang lebih terang ketika menyuluh subjek. Ulangi test shoot anda

    - Gerakkan kedudukan flash untuk lebih dekat dengan subjek utama berbanding kedudukan pada permulaan shooting. Ulangi test shoot dan analisa gambar anda

    8. Sekiranya setelah test shoot pertama, didapati subjek utama ( yang disuluh dengan flash) terlalu cerah:

    - Ubah nilai aperture. Naikkan nilai aperture kepada bukaan yang lebih kecil. Bukaan aperture yang lebih kecil menjadikan jumlah cahaya flash yang masuk menjadi lebih sedikit.

    - Harus diingat juga, bukaan aperture yang lebih kecil akan mempengaruhi exposure keseluruhan gambar kerana jumlah cahaya yang masuk adalah lebih sedikit berbanding permulaan shooting. Mulakan test shoot anda

    - Kurangkan nilai kekuatan pada flash anda. Katakan pada mulanya, kekuatan cahaya daripada flash ialah 1/8, kali ini letakkan kekuatan flash pada nilai 1/16 atau 1/32 dan seterusnya sehingga memeperolehi kecerahan yang dikehendaki. Ulangi test shoot anda

    - Gerakkan kedudukan flash untuk jarak yang lebih jauh dengan subjek utama berbanding kedudukan pada permulaan shooting. Ulangi test shoot dan analisa gambar anda

  12. The Following 5 Users Like This Post:

  13. #26

    Join Date
    Jul 2008
    Location
    penang, kuala terengganu
    Posts
    13

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    btw..utk tentukan flashoutput ni ad consider GN number tak?

    mcm dlm manual ad nyatakan

    GN = shooting distance X aperture / ISO factor

    so, kalau metering, let say spot dan kt ambil metering background e.g. langit biru. ada x lagi consideration lain utk setup flash ni secara manual?
    heaven on earth, captured and dreamed
    www.flickr.com/photos/crazea1

  14. #27

    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Bangi, Malaysia, Malaysia
    Posts
    2,024

    Smile Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Salam...

    Sambungan...

    9. Setelah berpuashati/berjaya dengan kawalan exposure pada Subjek Utama, buat analisa terhadap existing/ambient light dalam shot anda. Sekiranya latarbelakang / background (yang diterangi oleh matahari) terlalu gelap, laraskan semula perkara berikut:

    - Penggunaan Shutter Speed yang lebih rendah (kalau tadi pada permulaan, nilai Shutter Speed ialah 1/200 atau 1/160, kali ini turunkan kepada nilai yang lebih perlahan, sekitar 1/100 bagi membolehkan lebih banyak ambient light dapat dirakam

    - Laraskan nilai ISO/ASA kepada nilai yang lebih tinggi (sekitar 1 atau 1 ½ stop) bagi membolehkan sensor kamera lebih sensitive terhadap cahaya. ( untuk rekod, pelarasan semula nilai ISO/ASA ialah perkara terakhir yang dilakukan kerana ia akan mempengaruhi kecerahan subjek yang telah dilaraskan terlebih dahulu sebelum ini. Sebaiknya, nilai ISO/ASA ini dilaraskan semula sekiranya nilai Shutter Speed menjadi terlalu rendah untuk hand-held shooting (shutter speed bawah daripada 1/50)

    10. Sekiranya latarbelakang/background (yang diterangi oleh ambient/matahari) didapati terlalu terang, laraskan semula perkara berikut:

    - Tambahkan nilai kelajuan Shutter Speed (daripada 1/160 atau 1/200 kepada 1/250 atau 1/320) bagi mengawal jumlah cahaya ambient yang masuk ke dalam kamera

    - Laraskan nilai ISO/ASA kepada nilai yang lebih rendah supaya sensor menjadi kurang sensitive terhadap cahaya.

    Nota kaki:
    Pemahaman terhadap fungsi dan bagaimana perkaitan antara Shutter Speed, Aperture dan ISO yang baik sangat membantu dalam mempercepatkan proses pembelajaran pada tahap ini)

  15. The Following User Like This Post:

  16. #28

    Join Date
    Nov 2005
    Location
    Bangi, Malaysia, Malaysia
    Posts
    2,024

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    Quote Originally Posted by joetahir View Post
    btw..utk tentukan flashoutput ni ad consider GN number tak?

    mcm dlm manual ad nyatakan

    GN = shooting distance X aperture / ISO factor

    so, kalau metering, let say spot dan kt ambil metering background e.g. langit biru. ada x lagi consideration lain utk setup flash ni secara manual?
    joe tahir: Saya berpendapat, persoalah GN ini telah melangkaui level basic outdoor strobist. Honestly, saya tidak pernah mengambil masa untuk mencari GN semasa shooting. Ini kerana, instant result boleh dilihat pada LCD kamera ketika itu juga

    "so, kalau metering, let say spot dan kt ambil metering background e.g. langit biru. ada x lagi consideration lain utk setup flash ni secara manual?"

    saya tidak melihat permasalahan di antara metering pattern, langit biru dan manual flash setup. Secara umumnya, bergantung kepada waktu dan kecerahan latarbelakang dan langit ketika shooting, yang akhirnya akan menghasilkan perbezaan berapa stop di antara exposure langit/background dan Subjek Utama.

    Perkara no. 1 (SUBJEK UTAMA) diterangi oleh pancaran flash, yang secara common sense nya ialah menentang kekuatan ambient light. So, seperti yang telah diterangkan sebelum ini, sekiranya subjek utama masih gelap, tambahkan nilai kekuatan flash output.

    terima kasih

  17. #29

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    mungkin cuti panjang ada yang nak meng strobist..so hanty bump topik ini sebagai guidance ....
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  18. #30

    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Putrajaya
    Posts
    225

    Re: Panduan Asas Untuk Mengenali Outdoor Strobist

    adeh.. aku dah habis baca..tp aku blum fhm spenuhny.. may be sbb aku bkn pngguna camera canggih mcm korg.. tp xpe, ilmu brguna ni

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •