Page 1 of 7 123 ... LastLast
Results 1 to 15 of 95

Thread: 12-12-09 | Majlis Doa Selamat FMDC Central di Desa Saujana

  1. #1

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    12-12-09 | Majlis Doa Selamat FMDC Central di Desa Saujana

    Assalamualaikum wbt.,

    Adalah dimaklumkan semua ahli Fotomedia Malaysia di jemput ke majlis membaca doa Fotomedia Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Disember 2009. Antara lain majlis doa ini betujuan:-

    1) Memohon doa agar Puan Diana, isteri kepada Shaiful Rizal juga dikenali sebagai SaifulR diperolehi kesihatan yang baik dan selamat menjalani prosedur2 kanser usus yang dialami.Untuk makluman kepada ahli2 baru, SaifulR adalah antara ahli fotomeida yang terawal yang sering mengongsi ilmu dan memberi sokongan di dalam aktiviti2 Fotomedia Malaysia yang dulunya dikenali sebagai FMDC.Seiring dengan konsep Fotomedia Malaysia sebagai "one big family" dan sebagai isteri, Puan Diana bersama anak sering memberi sokongan dan menyertai aktiviti2 komuniti disini. Oleh itu kita sama2 mendoakan SaifulR dan isteri tabah dalam menghadapi dugaanNya.

    2)Majlis juga merupakan majlis kesyukuran kepada ahli Fotomedia Malaysia yang telah selamat mengerjakan ibadah haji terutamanya Tuan Haji Askme yang juga antara ahli Fotomedia Malaysia yang banyak membantu membangunkan perkembangan aktiviti FM.

    3) Juga majlis kesyukuran atas kelahiran anak kembar Dr Malek. Dr Malek juga merupakan ahli FM yang lebih dikenali dengan "Macro King".Walaupun Dr Malek sibuk dengan urusan di klinik, beliau sentiasa adakan masa untuk mengongsi ilmu fotografi bersama ahli fotomedia yang lain. Kehadiran beliau sering kali juga disertai oleh isteri iaitu Dr Mariam dan anak. Dr Mariam disaat melahirkan anak kembar juga telah turut bersama ahli fotomedia memberi sokongan.

    4)Akhir sekali majlis ini adalah untuk kita semua. Kita mohon kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan. Kita mohon di rahmati, di berikan kita kekuatan menghadapi apa juga kesulitan dan dugaan, kita mohon keharmonian diantara ahli dan terus bersama dalam masa susah dan senang sebagai satu komuniti dibawah konsep "one big family", dan tentunya kita tidak lupa untuk mendoakan mereka yang telah pergi untuk selama2nya agar dimasukkan kedalam golongan mereka yang beriman.

    BUTIRAN MAJLIS

    TARIKH: 12 DISEMBER 2009
    TEMPAT: RESIDEN JIE LIA ADREA (ahli Fotomedia terawal juga dikenali sebagai Kak Jie)
    No. 13 JALAN 1/9
    DESA SAUJANA
    (Berdekatan Simpang ke Sek teknik Sepang)
    JAM: 4.30 Petang

    Program (tentative)

    4.30 Kehadiran ahli
    4.45 Majlis Doa bermula
    5.00 Jamuan

    NOTA:Hidangan minuman dan makanan disediakan, tetapi jika ada yang ingin membawa makanan/pencuci mulut dialu2kan.

    TEAM BANTUAN ARAH DIPERLUKAN:Sila beri nama dan number talipon kepada yang ingin membantu dalam team ini. Boleh beri respon di sini atau yg malu2 kucen boleh sms hanty 016-6932414

    Terima kasih, semuga majlis ini berjalan lancar, Aaameen.
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  2. The Following 3 Users Like This Post:


  3. #2

    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Shah Alam
    Posts
    1,206

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    Terima kasih kepada Fotomedia dan pihak penganjur.
    Terlalu sikit rasanya sumbangan dan pengorbanan saya kpd Fotomedia utk diraikan berbandingkan dgn pengorbanan masa yg diluangkan oleh sahabat2 Fotomedia yg lain.

  4. The Following User Like This Post:


  5. #3

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    Quote Originally Posted by AskMe View Post
    Terima kasih kepada Fotomedia dan pihak penganjur.
    Terlalu sikit rasanya sumbangan dan pengorbanan saya kpd Fotomedia utk diraikan berbandingkan dgn pengorbanan masa yg diluangkan oleh sahabat2 Fotomedia yg lain.
    sikit atau banyak bukan ukuran, apa yang penting??sokongan dan kerjasama...
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  6. #4

    Join Date
    Oct 2006
    Location
    Bertam City
    Posts
    2,010

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    Tahniah atas usaha murni Hunty Zain. Semoga Majlis ini mendapat berkat dari Illahi.

    Kepada Bro ShaifulR: Semoga tabah menghadapi dugaan.

    Kpd Tn Hj. Askme. Selamat kembali ke tanah air, Semoga mendapat Haji Mabrul.

    Kpd Dr. Malek: Tahniah mendapat anak kembar...


    p/s: kami dari UTARA mengalu-alukan usaha murni seperti ini.

  7. The Following User Like This Post:


  8. #5

    Join Date
    Mar 2007
    Location
    10km to dead sea
    Posts
    3,655

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    jika tiada aral melintang pukang..boleh menyampaikan diri ini...

  9. The Following User Like This Post:


  10. #6

    Join Date
    Nov 2009
    Location
    Tampin, Rembau, Cheras, Melaka Tengah
    Posts
    342

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    12 hb..hari garisan mati (dateline) kerja..tak leh janji boleh datang.panjang umur..ade rezeki..sampai la saya
    "Seek the lights and live within the lights" :cool:
    www.flickr.com/amy_amirah

    ~maaf atas kekurangan...saya budak baru~

  11. The Following User Like This Post:


  12. #7

    Join Date
    Sep 2005
    Location
    Kajang
    Posts
    1,430

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    alahaii tak dapat nak pergi. ada di Ganu shoot wedding masa tu. Semoga majlis ini berjalan lancar.

  13. The Following User Like This Post:


  14. #8

    Join Date
    Sep 2007
    Location
    Setiawangsa, KL
    Posts
    508

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    ~Hanty..apa keperluan yang perlu utk jadi team bantuan arah ni?..

  15. #9

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    somewhere...in ur dreams
    Posts
    4,288

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama



    Ini peta untuk pergi ke Desa Saujana, Sg Merab yg berdekatan dengan Sek Men Teknik Sepang, dan juga Teratak Hafizz dulu dikenali dengan nama Astana Dugang (maaf ler K Jie mmg kantoi ttg nak buat peta hehehe)

    cuba intai dlm google map ye....

    K Jie tidak dpt nak bertenet daripada rumah keran K Jie akan berada di luar kawasan (PD) kerana tugasan (kena handle training untuk agensi MOSTI dan agensinye selama 3 hari) and insyallah akan berada di Putrajaya pada mlmnye....and maaf ye...k Jie x boleh nak bertenet daripada opissss....faham2 aje ler...tp di facebookkkkkkkk adeeeeee........nasib baik PM kata bolehhhhhh
    "Our lives improve only when we take chances and the first and most difficult risk we can take is to be honest with ourselves." - Walter Anderson



    http://lianaadra.fotopages.com
    http://anna1404.fotopages.com
    http://www.jieadra.com/gallery

  16. The Following User Like This Post:


  17. #10

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia: Susah Senang Kita Bersama

    Quote Originally Posted by reezuan View Post
    ~Hanty..apa keperluan yang perlu utk jadi team bantuan arah ni?..
    Bantuan arah ini akan menunggu ketibaan ahli dari beberapa simpang/port yg akan kita bincang kemudian. Satu pertemuan team akan dibuat dlm masa terdekat..atau team akan datang awal melihat lokasi dan menunggu dimana perlu. Sedia maklum tidak semua ahli fotomedia familiar dgn area putrajya /pinggir putrajaya ini.
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  18. #11

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia | Susah Senang Kita Bersama

    Logistik kehadiran yang di perlukan (sila isi list berikut kpd mereka yang akan hadir-semua dijemput)

    1.Jie Lea (tuan rumah)
    2. Pokcik
    3. hanty
    4.
    5.
    6.
    .
    .
    .
    .
    .
    100

    dan mereka yang sukarela utk team bantuan arah (tak sukarela akan hanty paksa nanti (seperti biasa hanty suka paksa..ahhahaha)

    keperluan:enpon dan kenderaan..ada moto lagi bagus ...cepat mcm pizza service..

    1. Reezuan (ketua pengarah...wakakak...kan dah kena paksa..padan muka)..hp?
    2.
    3.
    4.
    5.
    .
    .
    .
    10
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  19. #12

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia | Susah Senang Kita Bersama

    SALAM

    Harap program berjalan lancar hendakNya.
    Saya xdpt menhadirkan diri.
    Berada di kuantan.

  20. The Following User Like This Post:


  21. #13

    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Selangor
    Posts
    1,692

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia | Susah Senang Kita Bersama

    Logistik kehadiran yang di perlukan (sila isi list berikut kpd mereka yang akan hadir-semua dijemput)

    1.Jie Lea (tuan rumah)
    2. Pokcik
    3. hanty
    4. mkrash
    5.
    6.
    .
    .
    .
    .
    .
    100
    "There is nothing worse than a sharp image of a fuzzy concept." — Ansel Adams (1902—1984).
    http://www.mkrash.com

  22. #14

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Melaka
    Posts
    1,596

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia | Susah Senang Kita Bersama

    Salam..

    Terima kasih pada FMDC dan pihak penganjur.. semoga semua dapat berjalan dengan baik dan lancar nanti..
    Insyaallah saya akan usahakan untuk kesana nanti..


  23. The Following User Like This Post:


  24. #15

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Putrajaya
    Posts
    2,297

    Re: Majlis Doa Fotomedia Malaysia | Susah Senang Kita Bersama

    Assalamualaikum....

    Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih tak terhingga dan amat terharu kepada Hanty Zain..Kak Jie dan lain2 kerana menganjurkan majlis doa selamat utk isteri saya Dianna dan AskMe serta Dr Malik. Terima kasih juga pada Kak Jie pasal buat kat umah dia (sorry kak jie..tak bagitau pasal benda ni) Bukan taknak bagitau..tapi ye lah...kalau dah tau takpe lah..huhuhuh...

    Terima kasih kepada kawan2 yg lain kerana memberi kata2 semangat...terima kasih juga kepada yang call saya bertanyakan khabar ini...dan mencadangkan beberapa rawatan tradisional...

    Jadi..untuk pengetahuan semua, isteri saya sudahpon 'berperang' dengan rawatan radioterapi dan kimoterapi yang baru selesai 2/3 minggu lepas...dan beliau sekarang dalam keadaan tidak 'selesa' akibat kesan dari terapi tersebut...InsyaAllah pembedahan akan dijalankan sebelum krismas (doktor cakap camtu..tapi tak tau tarikh..ingat tis week)...
    Disebalik kejadian yg menimpa saya sepanjang tahun ini...saya yakin...ada hikmah dan juga pengajaran yang baik..
    Dia maha mengetahui...

    Insyaallah..jika tiada aral melintang..saya akan hadir bersama keluarga untuk majlis doa selamat ini...

    Terima Kasih...Terima Kasih dan...Terima Kasih...kepada semua..sekali lagi....

  25. The Following User Like This Post:


Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •