Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 15 of 36

Thread: Cara-cara Menggunakan DSLR

  1. #1

    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    29

    Unhappy Cara-cara Menggunakan DSLR

    akum,,
    xpasti dah ada org tanya atau belum...
    tapi sy dh try search n x jumpa..

    sy baru beli dslr d3000.. mmg tak tau ape2 lgsg ttg dslr ni..

    dulu pakai sony cybershot.. tadi sy try amek gambar pakai d3000 ni tp gambar jd x elok.. blur, gelap n sebagainya..

    so nak tanya.. utk permulaan ni.. mode P,S,A,M - yg mana satu kita perlu guna? selain dari auto..

    utk ambil gambar scene dgn familly..

  2. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,519

    Re: Cara-cara menggunakan DSLR

    cara paling mudah baca buku manual yg di bekalkan bersama kamera. dalam tu semua penggunaan asas tentang kamera dah ada tulis. bila tak faham boleh tanya kat sini.

    manual book adalah guru pertama kita

    aku masih ingat lagi time aku mula2 beli kamera aku selalu bawak buku manual tu dalam beg.bila aku shot tak jadi aku refer kat buku manual tu..bila tak jadi juga baru aku tanya mereka yg lebih mengetahui

    persoalan mode mana nak guna , gambar blur atau gelap itu sebenarnya tidak timbul jika kita mengetahui tentang 3 perkara asas tentang photography iaitu shutter speed, aparture dan ISO..kerana apa juga mode tak dapat lari dari 3 benda ini.

    kalau buka buku manual D3000 . mukasurat 67 . ada di tulis tentang mode P,S,A,M .
    contohnya mode S , pengguna memilih nilai shutterspeed dan kamera akan memilih nilai aparture yg terbaik...dan seterusnya
    malah di dalam buku di sertakan contoh gambar2 ..kalau aparture kecil mcm mana gamba dan aparture besar mcm mana gambar...

    dan baca juga mengenai exposure pada mukasuratt 74 dan white balance pada m/s 80..semua ini benda2 asas yg perlu kita ketahui...sebelum jari kita memetik butang shutter.


    malah apa2 peralatan yg kita beli biasakan di bekalkan buku manual sebagai panduan asas penggunaan peralatan tersebut.jadi jangan anggap buku manual itu sebagai tidak ada apa2 .. ada yang pernah aku jumpa tanya itu ini pasal kamera...bila di tanya ada baca manual tak .. katanya 'tak tahu dah duk mana buku manual..atau malas nak baca' .. jadi rugilah kita...jangan selalu mengharap suapan ilmu dr org lain di saat ilmu itu sudah berada di tgn kita. kecuali OKU

    selamat berphotography

  3. #3

    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    29

    Re: Cara-cara menggunakan DSLR

    tq bro atas reply yg segera..
    x tido lg la nampaknya..

    dah baca page yg bro bg.. n boleh dikatakan paham 90% benda disana..

    cuma yg masih confuse.. katakan kita nak ambil gambar pemandangan.. mode mana yg kita kena choose..?

    dan satu lagi.. mode s dan mode a boleh dianggap mudah difahami.. tapi utk mode P bila kita gunakan..?

  4. #4

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,519

    Re: Cara-cara menggunakan DSLR

    kalau faham 90% mesti tahu mode mana yg mesti di pakai.
    kerana setiap mode itu memberikan kita kawalan yg berbeza2 terhadap kamera kita dengan apa gambar yg kita hendak rakam.
    cuba baca lagi 2-3 kali , lagi bagus bawa buku tu pergi keluar mana2 dan cuba shot satu2 mode tu.
    nanti boleh faham punya.

    mode P bergantung kepada keadaan..biasa dalam keaadan yang kurang memungkinkan kita utk menukar2 shutterspeed/aparture utk merakam sesuatu peristiwa atau moment. rakan2 yg kerja dgn newspaper biasa diorang suka pakai mode P ini.pasal katanya janji dapat gambar.kalau tak balik kena sekeh kepala dengan bos.

    w/pun mode P ini di katakan kamera yg mengawal shutter dan aparture tp kita boleh menidakkan nilai yang di beri oleh kamera dgn fungsi 'flexible proggram' , contohnya kamera memberi bacaan 1/250 f3.2 , tapi kita nak 1/100 f5.6 , maka boleh di putar2 butang 'command dial' mengikut nilai yg kita hendakki. utk bacaan lanjut sila rujuk m/surat 68


    'Practice makes perfect but nobody's perfect so why practice?'

  5. The Following User Like This Post:


  6. #5

    Join Date
    Nov 2009
    Location
    Tampin, Rembau, Cheras, Melaka Tengah
    Posts
    338

    Re: Cara-cara menggunakan DSLR

    mode P bergantung kepada keadaan..biasa dalam keaadan yang kurang memungkinkan kita utk menukar2 shutterspeed/aparture utk merakam sesuatu peristiwa atau moment. rakan2 yg kerja dgn newspaper biasa diorang suka pakai mode P ini.pasal katanya janji dapat gambar.kalau tak balik kena sekeh kepala dengan bos.

    suka tang yang diboldkan tu...haha...
    "Seek the lights and live within the lights" :cool:
    www.flickr.com/amy_amirah

    ~maaf atas kekurangan...saya budak baru~

  7. #6

    Join Date
    Mar 2009
    Location
    KOTO BHARU KELATE
    Posts
    1,206

    Re: Cara-cara menggunakan DSLR

    Quote Originally Posted by AmyAmirah View Post
    mode P bergantung kepada keadaan..biasa dalam keaadan yang kurang memungkinkan kita utk menukar2 shutterspeed/aparture utk merakam sesuatu peristiwa atau moment. rakan2 yg kerja dgn newspaper biasa diorang suka pakai mode P ini.pasal katanya janji dapat gambar.kalau tak balik kena sekeh kepala dengan bos.

    suka tang yang diboldkan tu...haha...
    Macam pernah dgr jew ayat ni..
    We Create Something Ordinary 2 Become Extraordinary\\m/


    http://www.flickr.com/johnnystanfet

  8. #7

    Re: Cara-cara menggunakan DSLR

    hehe..btul gak..watpe nak risiko amek mode susah2 pastu gamba tak dapat.. :P
    nak blaja leh la..tapi kalo tugasan baik amek mode auto jek kot..

  9. #8

    Join Date
    Dec 2007
    Location
    kuL!M - Pokok s3N@ (kedah)
    Posts
    378

    Re: Cara-cara menggunakan DSLR

    aku dah setahun lebih dah pakai dslr.masih lagi membaca buku manual... basic dah paham. cuma nak belajar jadikan gambar menarik dan cantik. bila dah paham sikit cuba try n error. belasah jer kamera tu.nih la untung pakai digital kamera... tak payah susah2 beli filem. cara aku senang jer. ambik la apa2 benda buat objek. lepas tuh shoot jer benda tuh menggunakan pelbagai setting dan bandingkan hasilnya... pastikan manual kat sebelah. lepastuh barulah ko akan kata "ooooo baru aku tahu". inilah cara aku....

  10. #9

    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    29

    Re: Cara-cara Menggunakan DSLR

    tq kawan2..
    jadi bermaksud tiada mode yg tetap utk seseorg ambil gambar..
    cuma yg dpt sy simpulkan mode auto n m boleh kita kiv dulu.. try guna 3 lagi mode iaitu p, a, s, then cuba,,

    betul ke ape yg ku paham ni..
    thanks dome for d page index..

  11. #10

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,519

    Re: Cara-cara Menggunakan DSLR

    betul dah tu ..satu lagi utk gambar utk lebih kreatif gunakan mode M,
    ada setengah ajaran menidakkan mode2 lain dan menyatakan dgn menggunakan mode M gambar akan jadi cantik dan anda akan jadi seorang PRO,
    kalau macam tu kenapa di kamera PRO seperti D3 masih ada mode P,S & A ?
    apa2 pun mode jika di guna sesuai dgn keadaan itulah keprofesionalan seorang photographer,
    kerana photographer yg bikin gambar bukan kamera

  12. #11

    Join Date
    Nov 2005
    Posts
    4,986

    Re: Cara-cara Menggunakan DSLR

    sedap dgr satu ayat "keprofesionalanG"
    What Does " Shooting From The Hip " Mean?
    http://www.aiman.my/

  13. #12

    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Spiderville
    Posts
    6,685

    Re: Cara-cara Menggunakan DSLR

    tak pe la kalau tak paham pun, ambik je gambar dulu. cuba2 dgn setting dan adjustment, tengok apa kesan dan perbezaan. bukan cam zaman filem dulu, kalau nak eksperimen tu ngabiskan filem je. tak yah la nak sayang shutter count tu, ko tala je sampai puas.

    kalau dah baca manual, dah eksperimen tapi tak paham gak, otai2 kat sini sedia membantu. sebenarnya aku pun sampai skrg x paham2 lagi P mode.
    Shoot all the way because that's the way to shoot.

    Spider Blog: http://malaysianspiders.blogspot.com

    Spider Directory: http://www.flickr.com/photos/labah-labah/

  14. #13

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,519

    Re: Cara-cara Menggunakan DSLR

    Quote Originally Posted by PeLaris View Post
    sedap dgr satu ayat "keprofesionalanG"
    lang greng ork?

  15. #14

    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    29

    Re: Cara-cara Menggunakan DSLR

    Quote Originally Posted by dome View Post
    betul dah tu ..satu lagi utk gambar utk lebih kreatif gunakan mode M,
    ada setengah ajaran menidakkan mode2 lain dan menyatakan dgn menggunakan mode M gambar akan jadi cantik dan anda akan jadi seorang PRO,
    kalau macam tu kenapa di kamera PRO seperti D3 masih ada mode P,S & A ?
    apa2 pun mode jika di guna sesuai dgn keadaan itulah keprofesionalan seorang photographer,
    kerana photographer yg bikin gambar bukan kamera
    ok dome,, tq

  16. #15

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    387

    Re: Cara-cara Menggunakan DSLR

    kalau A semuanya ditentukan oleh kamera. P masih macam A cuma photog diberikan kebebasan sikit untuk buat setting. Begitu juga TV dan AV. M pulak bagi kebebasan 99.9% kepada photog untuk buat setting sendiri. kalau malas nak ubah2 setting manual tu boleh setkan kat C1, C2 dan C3 mengikut citarasa sendiri. P, TV, AV dan M adalah Zon Kreatif (klu Canon lah). Pakai P kalau nak nyawa selamat. Kalau santai, tak rushing, atau tak ada saingan di tempat kejadian pakai M. Dah hampir setahun bawa 40D ni ke hulu ke hilir, masih lagi membawa buku manual poket size di dalam beg kamera. taku ada masalah boleh rujuk. Buku manual sebenar diletak di tepi katil untuk belek2 sebelum tido (tak selalu belek sbb dah ngantuk).

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •