Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 15 of 36

Thread: Jangan jadikan forum ini tempat...

  1. #1

    Jangan jadikan forum ini tempat...

    Assalamualaikum, saya baru masuk forum ini tak sampai 4 bulan barangkali, pada pendapat saya, biasalah orang yang dikritik mempertahankan kritikan masing-masing, tapi ada yang sampai menyindir forumer yang lain, contohnya saya timbulkan ungkapan " seni" pada karya saya maka pengkritik setiap kali menyendir " ITU NAMA SENI, CIKGU YAA KAN? " setiap kali kali menjawap kritikan saya mesti dia sentuh perkataan SENI, seperti menghina karyawan seni, seolah -olah memperli perkataan itu dan diulang-ulang berkali-kali dengan sombongnya. Seburuk mana karya atau hasil senofoto sekalipun, kita forumer tidak boleh mengherdik atau memperli karya orang lain. Kritiklah dengan sopan,jangan nak menyakiti hati orang lain, kalau kita rasa kita pandai ada lagi orang lain lebih pandai, kalau rasa kita bodoh ada lagi orang lebih bodoh. Ini lah sifat orang kita suka mempermainkan orang lain. Saya tahu ramai yang di sini teror-teror belaka dalam fotografi, tapi bukanlah diberi lesen untuk menghina orang lain dengan memperli saya " ok lah Cikgu, seni kan atau memang berseni cikgu! bunyi macam memuji tapi sebenar ada unsur menghina dan memperli" sekian

  2. #2

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,543

    Re: Jangan jadikan Forum ini tempat...

    Kritiklah dengan sopan,jangan nak menyakiti hati orang lain, kalau kita rasa kita pandai ada lagi orang lain lebih pandai, kalau rasa kita bodoh ada lagi orang lebih bodoh
    ..rasanya semua ahli sedia maklum akan statement ini, dan amat setuju bebeno... mana yg terlupa ..kita igt mengingati agar forum disini lebih harmoni...4 bulan mmg baru jadi mungkin belum biasa dgn cara tulisan dan kritikan ahli lain...berprasangka baiklah ya..bukan apa, dikalangan ahli ni mempunyai latarbelakang yg berbeza..dari tukang kebun hingga ketaraf profesorrr jadi kita cuba adaptlah dgn responses yg diberikan...auntie percaya kita disini semua baik2 belaka, tapi biasalah dua tiga kucing berlari ..tentu ada sekor dua yg masuk longkang.....eh ada ke peribahasa cenggini??...
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  3. #3

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,522

    Re: Jangan jadikan Forum ini tempat...

    kitorang kat sini buta SENI, cikgu.
    takpe la cikgu..tunggu dalam lagi 4 tahun
    nanti cikgu review balik apa yang di kritik tu.

    *mintak maap kepada KARYAWAN-KARYAWAN SENI

  4. #4

    Re: Jangan jadikan Forum ini tempat...

    itulah saya berulang-kali minta maaf kepada pengkritik yang lain tapi perkataan SENI itu berulang kali diulang untuk memperli saya, cukuplah tu!

  5. #5

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di Sini
    Posts
    7,522

    Re: Jangan jadikan Forum ini tempat...

    bukan perli tu..itu cabaran tu
    supaya cikgu boleh buktikan SENIFOTO (fineart) cikgtu tu boleh di terima oleh ramai orang
    bukan setakat cikgu sorang jer ,
    ambil contoh topik pasal wedding hdr tu .. bila ramai kritik secara teknikal
    cikgpu duk beralasan SENI , bukan memberi alasan secara teknikal utk org memahami keSENIan itu,

    jangan jadi mcm puak2 jabariah cikgu,beralasan dgn takdir semata2.
    thehehehehe

  6. #6

    Join Date
    Mar 2009
    Location
    KOTO BHARU KELATE
    Posts
    1,206

    Re: Jangan jadikan Forum ini tempat...

    Quote Originally Posted by azamyvirago View Post
    itulah saya berulang-kali minta maaf kepada pengkritik yang lain tapi perkataan SENI itu berulang kali diulang untuk memperli saya, cukuplah tu!
    sabar lah saudara, sy pernah dikritik, pernah dimaki, pernah dihina masa mula2 dalam fotografi ni. malah ada otai kat luar tu ckp sy xlayak langsung nak jadi jurugmbar.

    sy bykkan bersabar, sy tau ini dugaan sbb sy masih baru dalam fotografi ni..saudara perlu buktikan kepada orang2 itu yang saudara tidak lah yang seperti mereka sangkakan..kadang2 manusia suka memperli orang lain atas sbb2 tertentu.
    We Create Something Ordinary 2 Become Extraordinary\\m/


    http://www.flickr.com/johnnystanfet

  7. #7

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    sabar? memanglah saya ni penyabar. kalau tak sabar memang dah keluar dari forum ni!
    Kat sekolah banyak lagi karenah budak2, tak ada apa pon, rilek jea!

  8. #8

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    8,158

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    untuk lebih adil
    saya berikan link bagaimana ianya bermula
    supaya semua orang boleh menilai

    http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8936

    cikgu nak stay atau nak keluar itu terpulang kepada cikgu
    kami telah lama bersama di sini
    saya hormat apa jua keputusan cikgu

    salam
    aji [at] fotomedia.com.my
    direct: +6012 254 7398

    don't follow aji on facebook

  9. #9

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Balai Polis Bkt Kepong
    Posts
    11,513

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    saya kagum cikgu
    artist always say "great images" , " great colour", "perfect timing"..but gearhead always says "what camera did you use" . what lens did you use?", " can we see the EXIF data for the picture"..wakakakakka

  10. #10

    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Puchong, Malaysia
    Posts
    5,492

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    Salam hari Selasa....

    Eheeee... sabag cikgu, di tahun baru Muharram ni elokla kita muhasabah diri memasing, memperbaiki segala kekurangan & kelemahan, meningkatkan lagi keteroran & kepoweran sedia ada supaya lebih baik dari tahun2 yang berlalu. Setiap hari kita hidup adalah satu pembelajaran bagi kita... tak gitu?

    Ambo setuju sokmo dengan dapa bro Dome katakan, anggaplah ia satu cabaran, bukan 1 perkara yang melemahkan semangat kita. Bersedia untuk menerima apa jua kritikan, perlian, kutukan untuk memajukan diri kita. Sikap tidak dapat menerima kritikan & tidak brani menerima realiti kesilapan kita ambo rasa kurang bijak. Daripada link yang bro Aji bagi tu mudah ja kesimpulannya. Ambo dah penah rasa perlian2 & kutukan sepanjang nak memajukan diri dalam bidang fotografi ni. Sebelum kita menyanggah individu yang memberi komen, cuba kita tengok portfolio individu tersebut, berapa jauh level dia dari kita? Mereka tu ramai yang dah lama makan garam, ambo sendiri banyak tengok HDR dari laman2 profesional, apa yang cikgu cuba sampaikan & pertahankan tu masih jauh dari target.

    Camni lah cikgu, pe kata kita jumpa kat luar sana berTT, kenal hati budi masing-masing, nanti cikgu taulah sapa tu Dome, Aji, inspektor buttet, mr engku & ramai lagi.. tambah2 lagi hanty zainzubir, semuanya sempoi2 belaka. Diorang bukan sepupu atau adik beradik ambo pun nak bekap, ambo tak dapat seposen saham pun... pecayalahhhhh... Cikgu memang mahir dalam kerjaya cikgu sebagai pendidik, tapi tak semestinya kita mahir dalam semua bidang, ada ketika kita perlu gak kita jadi pelajar. Ambo bukan cikgu, cuma bapak ambo je cikgu pencen... hehehe... Peace No War !!

  11. #11

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Putrajaya
    Posts
    2,297

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    Quote Originally Posted by azamyvirago View Post
    .... setiap kali kali menjawap kritikan saya mesti dia sentuh perkataan SENI, seperti menghina karyawan seni, seolah -olah memperli perkataan itu dan diulang-ulang berkali-kali dengan sombongnya. Seburuk mana karya atau hasil senofoto sekalipun, kita forumer tidak boleh mengherdik atau memperli karya orang lain. Kritiklah dengan sopan,jangan nak menyakiti hati orang lain, kalau kita rasa kita pandai ada lagi orang lain lebih pandai, kalau rasa kita bodoh ada lagi orang lebih bodoh. Ini lah sifat orang kita suka mempermainkan orang lain. Saya tahu ramai yang di sini teror-teror belaka dalam fotografi, tapi bukanlah diberi lesen untuk menghina orang lain dengan memperli saya " ok lah Cikgu, seni kan atau memang berseni cikgu! bunyi macam memuji tapi sebenar ada unsur menghina dan memperli" sekian
    sukati cikgu lah..cikgu dah besar.....bukan budak sekolah lagi

  12. #12

    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    10

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    sabar semua..bawak bertenang

  13. #13

    Join Date
    Sep 2005
    Location
    Kajang
    Posts
    1,430

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    saya kritik secara sopan tanpa ada perkataan perli pon cikgu tak jawab. Macam mana orang nak tumpahkan rasa hormat jika cikgu asyik elak je?

    Fine art pon orang boleh kritik dan punyai pandangan pada karya tersebut. Kita di sini adalah satu komuniti yang rapat. Kebanyakan sumer di sini pernah bersua muka dan kenal di dunia nyata. Jadi perkataan2 yang mendapat perhatian seperti SENI tu biasalah menjadi ikutan. Macam iklan P1 kat TV jugak. Jadi popular perkataaan Potong.

    Jika cikgu ingin masuk dlm komuniti ini, tidak dapat tidak, cikgu kena lah bermuasyarah dengan ahlinya dengan cara yang paling disenangi ramai.

    Kita tidak ada prejudis kepada seorang cikgu atau seorang peguam. Kita berkongsi satu persamaan yang besar iaitu minat yang mendalam terhadap fotografi. Sementelah cikgu mempunyai Diploma dalam fotografi, secara lansung ahli di sini akan memandang tinggi terhadap keupayaan cikgu dlm bidang ini. Sekurang-kurangnya melepasi aras mereka-mereka yang baru berjinak dlm fotografi dan tidak punya apa-apa pengetahuan asas dalam fotografi.

    Sekian.

  14. #14

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    Terima kasih, byeee

  15. #15

    Join Date
    Mar 2009
    Location
    Antara Juru, Bukit Mertajam & AU2, Taman Keramat
    Posts
    734

    Re: Jangan jadikan forum ini tempat...

    assalamualaikum.. menarik jgk nie.. sy masih org baru kt cni.. beberapa hari lpas, sy ada ikut kwn sy anjur kursus fotografi.. smasa dlm kursus tersebut, dia ada menceritakan pengalaman smasa di UiTM dlm Diploma fotografi.. mmg sepatutnya kita mempertahankan hasil karya kita wlupun pelbagai kritikan yg diberikan.. tetapi jangan jadikan alasan seni utk tidak menerima apa jua kritikan org.. mgkin org lain lebih nmpak apa kesalahan yg ada pada hasil karya tersebut.. ayat yg dia slalu sebut, klu hasil karya yg dipandang hebat oleh org lain, itu adalah karya yg terbaik.. tetapi klu hasil karya tersebut tidak mendapat tempat di mata org lain tetapi di mata kita nmpak cantik, itu adalah seni n kita shj yg memahami.. seharusnya kita kna alasan penceritaan yg kuat kenapa kita hasilkan karya sebegitu.. sekiranya penceritaan kita tidak sma dengan pandangan org lain, msg yg kita cuba sampaikan itu tidak berjaya...
    "Sesungguhnya ilmu itu datangnya dari langit, pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah, ilham pula dari pengamatan, renungan dan pengalaman" - madah pujangga

    http://www.flickr.com/photos/fier1285/
    http://fier1285.fotopages.com

  16. The Following User Like This Post:


Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •