Page 1 of 4 123 ... LastLast
Results 1 to 15 of 58

Thread: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

  1. #1

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Alhamdulillah perancangan singkat ke beberapa tasik untuk percutian singkat yang bermula pada 28 telah berakhir pada 31 Januari 2010. Terima kasih kepada "Ayep" selaku guide, Shukur (ipar kepada Ayeb) selaku boatman dan tentunya suami tersayang yang amat bersabar dan memberi sokongan penuh dengan minat fotografi isterinya.

    Sememangnya puas berjalan-jalan sambil mengambil gambar, menyusuri tasik dan menjejaki hutan dan ladang getah tanpa dua anak yang cerewet. Berhenti makan ditepian jalan, mengutip pakis dan terung liar di hutan, serta memancing ikan tengalan, sebarau, dan ntah apa lagi nama ikan yang pertama kali didengar dan dirasa keenakan dan kemanisan nya...pengalaman yang paling menggembirakan bertemu dengan gajah liar yang sedang mandi di tepian tasik..kenangan pahit??well, taklah pahit mana...mula2 hubby tergelincir menuruni anak bukit, dan kemudian hanty sendiri yang tergelongsor semasa memanjat anak bukit..alhamdulillah tiada kecederaan serious cuma jadi bahan ketawa dan mungkin ingatan seumur hidup...ya ingatan dalam minda hanya bayangan kepada yang melaluinya, bagaimana pula kepada yang tidak melaluinya? tulisan tidak dapat memberi gambaran jelas ..jom kita lihat buah tangan hanty sepanjang percutian ringkas ini.

    Lokasi:i Tasik Raban. Hari pertama, kami berhenti sebentar untuk nikmati keindahan tasik sebelum teruskan perjalanan ke Gerik.

    Pemandangaan tasik dari hentian rehat (lama)




    Pemandangan dari hentian rehat baru

    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  2. #2

    Join Date
    May 2006
    Location
    behind U
    Posts
    1,078

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    hanty.....nak lagi...nak lagi......
    " shoot to frame not to kill "
    http://sniper44photography.com/

  3. #3

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Tasik Bersia. Ini merupakan pemandangan di hulu Sungai Perak ketika air dari empangan tasik Bersia belum di lepaskan. Disini juga merupakan tempat para penoreh menaiki boat atau mendayung? rakit untuk menyeberangi sungai menuju ke kebun getah masing2. Penoreh akan menaiki boat/mendayung? rakit dari seawal jam 7 pagi.





    Empangan Tasik Bersia dari hulu sungai Perak.

    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  4. #4

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Masih di tasik Bersia (hulu sungai Perak)



    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  5. #5

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Parking disini free..



    yang "covered"dgn pohon buluh pun free gak..


    kalau di KLIA parking lelama cenggini sure beratus kena, tetapi tidak di Hulu Sg Peghok..parking ler lama mana suka...

    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  6. #6

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Igt nak hangkut balik buat ole2 askme satu, badang satu...





    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  7. #7

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Pokok yang amat berguna sekali.....



    Tiada pokok buluh diatas jgn harapler dapat merakit sebegini..

    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  8. #8

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Balai Polis Bkt Kepong
    Posts
    11,513

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    tak gie kampung di tengah tasik raban ka..tak melawat perusahaan pekasam di tasik raban aunty? tak pie lata kekabu seberang jalan depan tasik raban aunty...wakakakkakakaka
    artist always say "great images" , " great colour", "perfect timing"..but gearhead always says "what camera did you use" . what lens did you use?", " can we see the EXIF data for the picture"..wakakakakka

  9. #9

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    Di depannya masjid, di belakangnya mini market..
    Posts
    2,321

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Hanty, mana gambar Uncle Hussein tgh mancing kat Tasik ?
    “the only time politicians tell the truth is when they call each other liars” http://abahwafi.fotopages.com

  10. #10

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Quote Originally Posted by abahwafi View Post
    Hanty, mana gambar Uncle Hussein tgh mancing kat Tasik ?

    adaaa...sat aar...

    arin...raban hanya singgah sebentar jer...
    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  11. #11

    Join Date
    Jun 2009
    Location
    Subang, wangsa maju
    Posts
    261

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    waaaa...best la aunty jenjalan...tak cukup..nak lagi..orang perak pun tak berpeluang lagi nak shoot mcm aunty....best..best..
    ~ I don't care if I fall as long as someone else keeps on shooting. ~:rolleyes:
    http://www.flickr.com/photos/hakeim134/

  12. #12

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Ini merupakan pengalaman julung kali melihat penoreh menaiki bot untuk pergi/kembali dari menoreh. Untuk makluman, semua getah torehan akan dikutip dalam bentuk beku atau sekerap dan akan dijual seminggu sekali. Harga getah pada hari tersebut ialah RM4.70 kupang . Oh ya bahasa penduduk di Bersia agak berbeza seakan lebih mirip Kelantan atau Kedah dan buat hanty kompiusss.





    membersihkan bot sekembalinya dari menoreh

    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  13. #13

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Generasi sekarang lebih mengenali PSP ke ipod dari pokok getah...jadi kepada uptown ke downtown people..meh kita belek2 susu dan pokok getah..



    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  14. #14

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Tasik Air Ganda antara lokasi pemancing dan memandangkan hubby minat memancing walaupun letih (Khamis mlm Jumaat) kami keluar menuju ke Tasik Air Ganda lewat malam hinggga ke Subuh. Hanty dan hubby ynag keletihan, kesudahannya tidur didalam kenderaan manakala "Ayep" yang meneruskan pencarian tengalan, lampam dan ntah apa2....Kami kesejukan mengalahkan naik Cameron Highland di Air Ganda ini, bangun pagi inilah pemandangan indah yang hanty dapat capture..



    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

  15. #15

    Join Date
    Aug 2005
    Location
    K.L.
    Posts
    17,444

    Re: Tasik | Raban, Bersia, Ganda dan Temenggor

    Sebenarnya malam di Air Ganda amat menarik, bulan terang..hanty pun tak hengat camner nak shoot bulan..main blasahjer ni...ala2 pro.



    Walau bagaimana pun terang bulan tidak mencukupi untuk memasukkan umpan dalam mata pancing yang halus, jadi lampu karbait inilah yang membantu...juga kali pertama melihat lampu karbait dihidupkan..hmmm bau nya yg tak tahan...

    Tak tahu cara upload foto di Fotomedia Malaysia??http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=8574

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •