Sejak kebelakangan ini, kami melihat terlalu banyak iklan mengenai penganjuran workshop fotografi
di seluruh negara dan terima kasih kerana memilih Fotomedia Malaysia sebagai salah satu pilihan anda.

Kami menghargai agar Garis Panduan Berforum di Portal Fotomedia Malaysia yang telah disusun-selia ini
diikuti oleh semua pihak penganjur yang ingin mengiklankan perkhidmatan/perniagaan mereka.

Klause No.4

Anda dilarang mengiklankan & menawarkan sebarang bentuk perkhidmatan, perniagaan atau produk kecuali pihak Admin FMDC sahaja yang boleh membuat sebarang bentuk pengiklanan tanpa sebarang sekatan dan syarat. Sebarang pengiklanan akan dibenarkan setelah mendapat kebenaran dari pihak Admin FMDC setelah menawarkan harga promosi & menarik untuk ahli berdaftar FMDC atau jika tiada tawaran menarik untuk ahli, caj pengiklanan di portal ini adalah sebanyak rm197.50 untuk 3 bulan atau 90 hari. Pihak Admin FMDC berhak membatalkan sebarang bentuk iklan atau promosi anda jika semua perkara di atas gagal dilaksanakan. Pembatalan tersebut akan dibuat tanpa notis.

Sumber: http://forum.fotomedia.com.my/showthread.php?t=948

Terima kasih.

Admin Fotomedia Malaysia
Kuala Lumpur